71

6K 136 0
                                    

Dato Alham menutup Yassin yang sudah dibaca. Jag air yang berisi bunga bunga harum disiram dari atas batu nisan hingga ke tanah kubur itu.

  Batu nisan yang sedikit comot dilap menggunakan sehelai kain yang dibawa sekali. Air yang sudah habis diletakkan ke tepi. Tangan nya meramas tanah kubur itu.

  Tanpa dia sedar, air matanya menitis.

"Husna, Abang datang ni. Tapi abang minta maaf sebab abang tak Ayu dengan Qass sekali. Mereka datang bulan."

  Dato Alham menyeka airmatanya. Mindanya teringat kenangan dia bersama arwah isterinya. Satu per satu berlegar di minda.

"Abang rindu sangat dekat Husna, kenapa awal sangat tinggalkan abang ? Kenapa Husna nak sangat abang kahwin dengan Ayu ? Kenapa Husna tak larang ? Abang rindu anak abang Husna.."

  Fikiran Dato Alham terus memikirkan Rose Hanina. Gelak tawa Rose Hanina bermain di mindanya. Senyuman Rose Hanina berlegar di ruang matanya.

"Abang minta maaf. Abang layan anak kita jahat. Abang bukan papa yang terbaik. Abang.. abang tak tahu apa yang membuatkan abang benci Rose. Tolong abang Husna.. Abang buntu... Abang rindu sangat dengan Rose."

  Tanpa Dato Alham sedari, ada seseorang yang berdiri tidak jauh dari nya, dan manusia itu ialah Rose Hanina dan Adam Al-Haffey.

Rose memandang Adam. Adam pula masih menatap Dato Alham yang sedang menangis itu. Tangisan seorang lelaki bergelar bapa tidak pernah tipu. Tangisannya seorang lelaki bergelar bapa adalah tangisan ikhlas.

  Air mata Rose Hanina merembes keluar. Kakinya ingin melangkah pergi tetapi hatinya kata jangan.

"Abang tak tahu apa patut abang buat. Abang silap, kalau abang tahu ini kesudahan yang abang terima, abang tak akan setuju dengan permintaan Husna. Permintaan Husna menyuruh nikahi Ayu. Abang menyesal. Abang rindu keluarga kita."

  Rose Hanina terkedu. Permintaan mama ? Perkahwinan papa dan makcik Ayu adalah permintaan mama ? Tapi kenapa ?! Kenapa mama wujudkan permintaan begitu ? Apa sebenarnya ni ?

"Abang.. Maafkan abang Husna, abang ternaik tangan dengan anak kita. Sedangkan dulu Husna pernah pesan dengan abang, jangan pernah naik tangan dengan Rose. Abang minta maaf. Abang minta maaf..."

  Dato Alham membenamkan wajahnya ke tanah beralaskan tapak tangannya. Tangisan Dato Alham semakin galak. Akhirnya, Rose menarik tangan Adam dan beredar dari situ.

Pintu kereta dibuka, pantas Rose masuk ke dalam perut kereta, selendang ditarik ke depan sedikit hingga menutup wajahnya. Dia tidak mahu Adam melihat dirinya sedang menangis.

  Kereta yang dipandu sudah bergerak di atas jalan raya dan tangisan Rose Hanina masih kedengaran.

"Rose.. Jangan lah menangis macam ni. Saya susah hati." Pujuk Adam.

  Dengan suara yang serak dan tangisan yang tidak berhenti, Rose membuka bicara.

"Papa rindukan saya, tapi kenapa papa tak nak mengaku ? Kenapa papa hukum saya macam ni ? Kenapa ?."

  Rose Hanina memandang Adam apabila Adam hanya menyepi.

"Kenapa mama suruh papa kahwin dengan makcik Ayu ? Kenapa papa setuju ? Kenapa benda ni berlaku dekat saya ? Apa salah saya ?." Sambung Rose lagi.

  Adam jadi tidak keruan. Akhirnya, Adam memberhentikan kereta ke tepi. Rose Hanina yang masih menangis itu dipandang oleh Adam.

"Kenapa semua orang yang saya sayang tinggalkan saya ? Mama.. Papa.. Sofia.. kenapa Adam ?! Kenapa ?!!"

  Rose seperti orang meroyan. Selendang yang menutup rambutnya ditarik dan dibaling. Tangan nya menumbuk kakinya sendiri. Kakinya pula dihentak hentak.

  Drastik. Adam menarik Rose ke pelukannya. Diusap belakang badan Rose. Dibelai rambut Rose Hanina yang berikal itu. Rose Hanina masih menangis.

"Shh.. Saya ada dengan awak kan ? Shh.. Jangan nangis lagi sayang.."

  Rose Hanina menumbuk dada Adam. Adam merelakan biar pun sakit asalkan Rose tidak menyakiti dirinya sendiri.

"Kenapa ? Kenapa buat Rose macam ni... Apa dosa Rose ?"

  Suara Rose Hanina semakin sayu. Adam mengetap bibir. Dikucup ikhlas dahi Rose Hanina.

"Rose sayang.. Saya ada dengan awak ni kan ? Jangan nangis macam ni. Saya tak tinggalkan awak. Saya janji."

  Rose Hanina memeluk Adam erat. Hatinya terlalu pilu. Dugaan ini terlalu berat.

****

Perlahan-lahan Rose membuka kelopak matanya. Rose memandang ke arah sisinya. Kosong. Mana Adam ?

  Rose bangun dari pembaringan nya, dia bersandar di kepala katil. Selang beberapa minit, pintu biliknya dibuka. Terpancul wajah Adam bersama sedulang makanan.

  Adam senyum dan berjalan ke arahnya. Makanan yang dibawa diletak atas katil.

"Your special menu for your dinner."

  Rose Hanina memandang ke arah dulang makanan itu. Memang special sangat ni, ada Spagetti Bolognes, Blueberry chesse cake, Lamb chop, lemon tea ?

  Rose Hanina memandang Adam.

"Awak masak ke ?" Soal Rose Hanina.

  Adam sengih.

"Pasta dengan air je saya buat, yang lain saya emmm saya beli"

  Rose Hanina senyum. Dielus pipi Adam.

"Kenapa susah-susah masak untuk saya ? Tak perlu lah."

  Tangan Rose yang berada di pipinya diambil dan dicium.

"Tak salah kan kalau saya masak untuk isteri saya ?."

  Rose Hanina menggelengkan kepala dan senyum.

"Saya nak makan, suapkan boleh ?" Pinta Rose dengan manja.

"Bukan setakat suap, mandikan awak pun boleh." Sakat Adam.

  Rose Hanina gelak. Ada saja perangai suami aku sorang ni.

***

Dato Alham memandang Puan Sri Ayuni. Puan Sri Ayuni yang perasan dirinya sedang diperhatikan oleh Dato Alham terus menegur.

"Kenapa abang pandang saya macam tu ? Abang ada benda nak tanya ke ?" Soal Puan Sri Ayuni.

  Dato Alham hanya menggelengkan kepala. Bukan sekarang Alham, nanti. Masanya akan tiba juga..

"Kalau tak ada apa nak tanya, kenapa pandang saya macam tu ?" Soalnya lagi.

"Mana Qassandra ? Dah berapa hari abang tak nampak dia dekat rumah."

  Puan Sri Ayuni menelan air liur. Bukannya dia tak tahu ke mana Qassandra pergi. Anak daranya sorang tu kalau bukan pergi club,private party lepas tu tidur rumah kawan tak reti nak balik.

"Err.. Qass.. Dia.. Tak silap Ayu, dia kata dia pergi short vacation dekat Langkawi. Ah.. betulah lah Langkawi."

"Oh. Patutlah abang dah lama tak nampak dia. Bila dia balik ?" Soal Dato Alham lagi.

"Entahlah. Ayu pun tak pasti. Kenapa abang tanya ?"

"Saja tanya. Sebab anak abang tu perempuan, jadi kenalah pantau."

  Puan Sri Ayuni senyum nipis. Di dalam hati tidak berhenti dia memarahi Qassandra.

Budak ni memang tau ! Tak reti nak balik rumah. Sudahnya aku yang kena menipu !! Tunggu nanti bila dia balik, aku marah cukup-cukup.

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now