95

5.8K 132 1
                                    

Untuk beberapa hari ini, telinga Rose tidak berhenti mendengar segala suara-suara yang menasihatinya. Mula-mula Akira, bawa ke Sofia. Kini, Dato Alham pula. Bukan dia hendak mengendahkan segala nasihat, tetapi Rose rasa perkara ini ada caranya sendiri untuk diselesaikan.

  Wajah Dato Alham yang duduk di hadapannya dipandang. Ikutkan hati yang malas memang dia taknak keluar, dia lebih suka memerap dalam rumah seorang diri. Akira ? Kerjalah. Takkan join Rose tanam anggur ?

  Eh.. Tanam anggur bersebab, untungnya kali ini tanam anggur gaji jalan.

"Papa ajak Rose keluar cuma nak cakap pasal Adam je ? Itu je ?" Soal Rose. Melihat anggukkan di kepala Dato Alham, Rose Hanina memegang dahi. Kalau nak cakap pasal Adam, boleh je kan on call ?

  Rose Hanina menyedut minuman yang berada disisi. Kek disuap ke belum sebelum memandang kembali wajah Dato Alham.

"Look papa, Rose dah besar. Rose dah berumah tangga, masalah Rose dan Adam biarlah Rose selesaikan sendiri. Terima kasih atas segala nasihat papa. Tapi, Rose tetap dengan cara Rose."

  Dato Alham membetulkan bajunya sebelum badannya digerakkan ke hadapan sedikit.

"Cara Rose ? Papa tak nampak satu pun effort Rose. Nak tahu apa papa nampak ? I just see that now you are playing hide and seek."

  Rose Hanina tersentak. Dato Alham kembali bersandar ke belakang.

"Rose cuma tahu sembunyi dari Adam, sembunyi dari masalah. Rose langsung tak ada rasa nak selesaikan."

  Rose Hanina mengetap bibir. Dalam hatinya dia mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Dato Alham. Selama 4 hari ini, dia seperti main sorok-sorok. Segala panggilan dan mesej Adam tidak dilayan, tidak dijawab. Apabila Adam datang ke rumah Akira, dia mengunci diri di bilik.

  Sejujurnya, rasa sakit itu tersangat lah dalam dan lukanya amatlah perit. Tetapi, apabila mengenangkan nyawa yang sedang dia hurung di dalam perutnya itu, dia jadi rindu akan Adam.

  Segala rasa sakit dan perit itu hilang. Dia sedang cuba memaafkan Adam dan memberi peluang kepada Adam, tetapi kadang kala hatinya meraung sakit kerana luka.

"Lagi 2 hari sebelum papa dan mama Ayu berangkat menunaikan Umrah, Adam akan hantar kami ke airport. Papa nak sangat tengok Rose dan Adam berbaik semula sebelum papa pergi."

  Rose Hanina mengeluh. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Kadang, dia rasa ingin robohkan bangunan egonya, tetapi dia tidak mampu. Dia merasakan dalam hal ini bukan salah dia, semuanya salah Adam. Maka, yang patut merobohkan bangunan ego itu Adam, bukan dirinya.

"Papa tahu sebelum ni Rose tak pernah bercinta. Langsung tak pernah. Adam was my first love and i put 100% trust upon him. But, once he broke my trust, at the same time he broke my heart and  it was very painful."

"But you need to hear him explanation before jump to conclusions. I did not want you regret. Regret is more painful than the trust that was destroyed."

   Rose Hanina diam tidak membalas. Penyesalan lebih menyakitkan daripada kepercayaan dihancurkan.. Penyesalan ? Penyesalan apa yang aku terima jika aku tidak beri peluang untuk jelaskan segalanya ?

"Papa cuma nak tengok bahagia. Papa nak pastikan Rose bahagia. Rose tak pelik ke kenapa papa langsung tak membantah saat Adam cakap dia memilih Rose ?" Soal Dato Alham.

  Ingatan Rose Hanina kembali teringat akan kejadian yang berlaku di rumah agam milik Dato Alham beberapa bulan yang lepas sebelum dia dan Adam bernikah.

Ya ! Waktu itu, pengumuman Adam memeranjatkan semua penghuni di dalam rumah tersebut, dan Rose ingat lagi yang Dato Alham langsung tidak membantah malah ditanya Rose adakah Rose mahu dinikahi Adam.

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now