40

6.2K 183 0
                                    

Adam Al-Haffey melangkah laju ke bilik Affef Maliky. Tanpa mengetuk pintu, tombol pintu terus dipulas oleh Adam dan memandang ke arah Affef yang khusyuk memandang ke arah komputer.

  Pintu yang ditutup kuat menyedarkan Affef bahawa Adam telah masuk ke ruang biliknya. Adam duduk di hadapan Affef.

"Asal jumpa aku tiba-tiba ni ? Projek semua dah siap kan ? Ada projek baru ke ?"

  Soal Affef serentak itu dia memandang ke arah Adam dan bersandar ke belakang. Wajah Adam dipandang lama. Affef sudah dapat mengagak apa yang Adam ingin bicarakan.

"Ada. Dan projek baru ni kau kena ikut tanpa sebarang bantahan."

"Projek apa ?"

"Rose akan kerja dengan aku. Dia bukan PA kau lagi. Kak Sal aku akan pindahkan ke Penang. Jadi, aku rasa kau dah boleh buat notis jawatan kosong."

  Affef tersentak. Dia memandang wajah Adam yang jelas tiada keraguan dan jelas serius. Jadi apa Rose cakap tadi pagi tu betul lah ? Rose memang dah taknak kerja dengan aku ?

"Bro, kau juga yang cakap dulu Rose under aku. Kenapa tiba-tiba kau nak dia kerja dengan kau pula ?"

"Bukan aku yang minta. Tapi Rose yang minta. Are you crazy bro ? First, you hurting her and second you kiss her ? Are you mad dude ?! " Suara Adam naik satu oktaf.

  Affef meraupkan wajahnya. Ya ! Salah aku ! Aku bodoh sebab layankan nafsu.

"I will marry her bro. I will."

  Adam tersentak. Affef nak kahwin dengan Rose ? Aku ? Bagaimana dengan perasaan aku ? Tak.. Aku kena halang.

"Lepas kau buat macam-macam dekat dia, kau rasa dia akan terima lamaran kau ke ?"

"Yes ! She will accpect !! "

"Tak !! Saya tak akan terima !! "

  Entah bila Rose Hanina masuk langsung tidak disedari. Adam dan Affef memandang wajah Rose yang tampak marah itu. Rose kemudiannya berjalan dan menuju ke arah Adam.

"Saya tak akan kahwin dengan awak Affef. Tak akan ! "

  Affef tersentak. Wajah Adam dan Rose dipandang berkali-kali.

"Tapi kenapa ? Rose.. saya cintakan awak."

  Pengakuan Affef mengejutkan Adam dan Rose. Adam memandang ke arah Rose. Rose Hanina berlagak tenang.

"Cintakan saya ? Kalau awak cintakan saya awak tak akan buat semua tu ke atas diri saya. Saya benci awak Affef."

  Affef meraupkan wajah. Dari gaya Affef itu, Adam sudah dapat meneka yang sebentar lagi Affef akan mengamuk.

"Benci ? Awak benci saya ?! Okay sekarang saya nak tanya awak, siapa awak tak benci ? Tak ! Persoalannya, do you love someone Rose ?"

"Yes ! I love Adam. I really love him. Puas ?!"

  Affef tersentak. Adam memandang wajah Rose. Cuba menghadam apa yang diperkatakan oleh Rose itu benar atau dusta.

Drastik ! Fail-fail yang berada di atas meja ditolak ke tepi sehingga jatuh ke lantai. Rose berundur selangkah. Adam yang duduk kini sudah berdiri dan menghampiri Rose.

"Kau nak tahu tak Rose ? Kau langsung tak layak untuk aku !! Langsung tak !! Memang bagus papa kau anggap kau orang gaji !!"

  Suara Affef naik dua oktaf. Rose Hanina tersentak. Airmatanya mengalir laju.

  Affef tahu ? Affef tahu aku dilayan seperti orang gaji ? Macam mana dia tahu ? Siapa yang bagitahu ?

"Kau memang perempuan...."

  Belum sempat Affef menghabiskan ayatnya, pipinya ditumbuk kuat oleh Adam. Affef tersentak.

"Sekali lagi Affef ! Sekali lagi kau hina dia, kau dengan aku bukan kawan lagi. Ingat tu !"

  Serentak itu tangan Rose Hanina ditarik oleh Adam. Adam dan Rose melangkah keluar dari pejabat Affef.

  Rose Hanina masih menangis. Dia terasa dengan apa yang dicakap oleh Affef. Tidak sangka, ramai rupanya yang sudah tahu dia anak kandung yang dilayan seperti orang gaji.

'Mama... Han rindu mama.. Kenapa mama tak bawak Han sekali ? Han kena hina maa.... Hati Han sakit sangat maa...'

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now