30

6K 183 0
                                    

"Kenapa susah sangat awak nak dengar kata saya ni ?! Arahan saya senang je, balik dengan saya."

  Suara Afeff Maliky naik satu oktaf. Rose Hanina memandang ke arah mata yang memerhatikan mereka berdua.

Malu ! Iya itu perasaan nya kini ... Affef sentiasa berkelakuan begini. Kadang dia sendiri tidak mengerti mengapa dia lebih rapat dengan Affef.

"Boleh tak, awak jangan paksa saya ?! Saya tak suka dipaksa."

"Kalau saya tak paksa, awak tak akan ikut apa saya suruh."

  Selang beberapa minit, uber yang di tunggu oleh Rose Hanina tiba. Affef memandang ke arah kereta uber tersebut.

  Drastik ! Affef mengeluarkan not 100 dari poket seluarnya dan dihulurkan kepada pemandu uber itu. Rose Hanina tersentak.

  Pemandu uber itu mengambil huluran not 100 itu dan terus berlalu pergi. Rose Hanina tergamam.

  Rose Hanina mendapatkan Affef Maliky. Ditolak kasar bahu Affef Maliky. Rose Hanina mendengus geram.

"Apasal awak ni haa ?! Saya nak balik tahu tak ?! Apa masalah awak ni ?! "

  Suara Rose Hanina naik satu oktaf. Nampak gayanya, perang akan bermula.

"Awak tu ! Payah sangat ke nak dengar cakap saya ? Saya cuma suruh awak naik saya je ! Bukan nya kahwin dengan saya !! "

  Rose Hanina terkedu. Dia menjeling tajam wajah Affef Maliky.

"Kalau saya terpaksa kahwin dengan awak sekali pun, saya tak akan kahwin ! Sekarang, saya nak balik naik apa ?!"

"Naik saya !!"

"I don't want Mr.Affef Maliky"

  Rose Hanina terus melangkah pergi. Dia tinggalkan Affef di situ. Namun langkah nya mati apabila Affef Maliky memaut pergelangan tangan Rose Hanina.

  Rose Hanina cuba lepaskan, tetapi tidak berdaya. Tangan nya yang dicengkam kuat itu terasa sakit.

"Let me go !! "

  Rose Hanina cuba melepaskan cengkaman Affef Maliky, tetapi tidak berjaya. Tangan nya semakin sakit dan pedih. Cengkaman Affef terlalu kuat dan sakit. Air matanya sudah mula menitis.

"Lepaskan dia Affef."

  Tangan yang mencengkam pergelangan Rose Hanina dileraikan oleh seseorang. Rose Hanina menarik tangan nya dan mengurut tangan yang sedikit lebam.

"Jangan masuk campur hal aku dengan Rose, Adam."

  Amaran Affef dibiarkan begitu. Adam Al-Haffey memandang ke arah Rose Hanina. Matanya melihat ke arah tangan Rose Hanina yang merah padam itu.

"Rose masuk dalam kereta."

  Automatik.. kaki Rose Hanina melangkah masuk ke dalam kereta Honda CR-Z berwarna kelabu itu. Dari dalam kereta, dia memerhatikan Adam yang sedang berbual dengan Affef.

  Selang beberapa minit, Adam munculkan diri. Affef dilihat sudah beredar. Rose Hanina memandang ke arah Adam yang duduk di sebelahnya.

  Serentak itu, tangan Rose Hanina ditarik oleh Adam, pergelangan tangan Rose Hanina disentuh perlahan. Rose Hanina mengadu sakit.

  Adam memandang ke arah kolam mata Rose Hanina yang sudah bertakung. Adam tahu, bila-bila masa sahaja Rose akan menangis.

"Kita pergi klinik eh ?"

  Rose Hanina hanya menganggukkan kepala. Tidak di bantah. Saat Rose Hanina ingin mengalihkan tangan nya dari tangan Adam, Adam memandang wajah Rose Hanina.

  Tangan Rose Hanina, Adam pimpin erat. Rose Hanina tersentak. Kemudian tangan Rose Hanina dibiarkan berada di riba Adam.

"Just stay here. Don't move"

****

Rose Hanina duduk di ruangan menunggu. Tubuh Adam yang sedang berdiri di kaunter dipandang olehnya. Tangan nya yang berbalut dipegang oleh Rose Hanina.

"Nah ubat."

  Rose Hanina mengangkat muka. Dia mengambil huluran plastik yang berada di tangan Adam. Satu senyuman dihadiahkan. Adam Al-Haffey duduk disebelah Rose Hanina. Tangan Rose Hanina yang berbalut itu dipegang olehnya.

  Rose Hanina tersentak. Setiap kali Adam menyentuh dirinya. Jantung berdegup sangatlah kencang.

"Awak cuti 3 hari tau. Bagi rehat sikit tangan ni."

"3 hari ? Lamanya ? Awak .... saya baru 2 minggu kerja, dah cuti lama macam tu. Apa pula dia orang cakap nanti ?"

"Risau pasal orang lain kenapa ? Tangan awak ni sakit. Rest."

  Rose Hanina diam. Adam Al-Haffey kemudian bangun dari duduknya. Tangan masih memegang pergelangan Rose Hanina. Adam Al-Haffey kemudian memimpin Rose Hanina keluar dari klinik.

"Balik ni, awak pack baju awak, saya tunggu. Kita tidur rumah ibu."

  Rose Hanina tersentak. Tidur rumah ibu ? Pintu kereta di buka oleh Adam. Rose Hanina masuk ke dalam perut kereta. Kemudian, giliran Adam pula.

"Kenapa tidur rumah ibu ?" . Soal Rose sebaik sahaja Adam duduk di seat pemandu.

"Tadi ibu call saya. Saya terlepas cakap yang saya hantar awak pergi klinik. Ibu risau semacam, itu dia suruh saya belikan awak MC sampai 3 hari."

  Rose Hanina tersentak. Tidak sangka begitu sekali Ibu risau tentang dirinya. Sedangkan bapa kandung nya sendiri tidak pernah kisah akan Rose.

"Awak kena tunggu saya dekat luar. Boleh ?"

  Serentak itu Adam tersenyum dan menganggukkan kepala.

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now