🌸 2

12.4K 526 14
                                    

Taman kecil ibu di tepi rumah, aku tuju. Di tangan tergenggam satu mug berisi nescafe panas. Petang petang macam ni, memang seronok sangat kalau duduk melepak dekat taman ibu. Lebih lebih lagi cuaca pada petang itu tidak terlalu panas dan redup.

Kerusi aku tarik dan duduk. Majalah di atas meja aku tarik dan buka sehelai demi sehelai.

Waktu ni, memang ada lah masa nak lepak dengan diri sendiri. Iman aku dah tidurkan. Biasalah, anak sekecil itu memang tidur menjadi kebiasaannya. Hanan pula dibawa keluar bersama dengan Haikal dan Kak Dian. Aku biarkan je. Kalau nanti Han bertumbuk dengan anak diorang, pandai pandailah settlekan sendiri. Faham sangat dah dengan perangai Hanan yang memang tak berapa nak ngam dengan Iha.

Sehelai demi sehelai muka surat di dalam majalah tersebut aku selak. Namun tak ada satu pun yang menarik perhatian untuk di baca. Kebanyakkan hanya tentang gosip artis Malaysia yang entah betul entah tidak. Biasalah, publisiti murahan semata. Lagipun bukan artis namanya kalau tiada gosip untuk dihebahkan.

Pandangan aku hala ke arah kolam mini ibu. Hanya tiga ekor ikan koi sahaja yang dibela oleh ibu. Malas nak jaga kalau banyak sangat. Tiga ekor tu pun sekadar penghias taman je.

Fikiranku melayang ke arah Naufal.

Ya tuhan, baru aku sedar hari ini sudah hampir dua minggu Naufal pergi ke Sabah.

Keluhan aku lepaskan. Sejak Naufal pergi, memang jarang sekali aku dengar khabar tentangnya. Kesibukkan Naufal boleh kalahkan perdana menteri kut. Sedangkan Dato' Seri Najib tu pun masih ada masa nak bertwitter dalam sehari, tapi Naufal jenguk phone pun boleh dikatakan pada waktu tengah malam.

Aku rindu.

Tersangat rindu.

Kali terakhir aku lihat wajah Naufal, tiga hari lepas. Itu pun cuma setengah jam sahaja bersua muka melalui video call.

FLASHBACK •

"Abang, rindu......" aku merengek sebaik sahaja muncul wajah Naufal di skrin laptop.

Naufal tergelak di sana. Dah jadi mak orang tapi masih macam budak budak.

"Abang pun rindu Hana, sayang. Mana anak-anak?" soal Naufal apabila tidak melihat bayangan Hanan dan Iman di sebelah sana.

"Tengok jamlah abang. Dah pukul berapa dah kan, mestilah dah tidur,"

Naufal mengerling jam di laptop seketika sebelum gelak sendiri. Mentertawakan kebodohan sendiri.

"Abang tak perasan, sayang. Itulah, abang sibuk sangat dekat sini. Tengoklah sekarang macam mana, dah lewat malam baru ada masa abang nak tengok handphone, nak hadap muka isteri abang ni,"

"Tak apa, Hana faham. Tapi sibuk macam mana pun jangan sampai abaikan kesihatan tau. Nanti abang sakit, susahlah. Hana jauh nak jaga abang,"

"Hm jauh di mata, dekat di hati!" gelakku terlepas saat Naufal sertakan sekali dengan kenyitan mata.

Sempat lagi tau dia ni!

"Abang balik lagi lima hari kan?" soalan yang baru aku lontarkan, Naufal balas dengan keluhan sebelum dia menjawab.

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now