🌸 13

11.7K 474 36
                                    

Syed Fathih Khuwailid memandang kosong ke luar jendela pejabat miliknya. Suasana sibuk bandar langsung tidak menarik perhatiannya.

Ketukan di pintu membuatkan dia menoleh.

"Masuk," arah lelaki itu.

Sharifah Hanis, berjalan penuh gaya menuju ke meja abangnya itu. Beg dihempaskan ke atas meja sebelum dia duduk bersandar di kerusi. Dia mengeluh kuat.

"Abang, I dah buat apa yang you suruh. Penat tau balik je dari Terengganu terus ke sini. I nak double upah!" rengek gadis itu sambil membuat muka kesian.

"Okay. As you wish. Thankyou ikut apa yang abang suruh. You pergilah balik, rehat," sambil itu, laju juga jemari Syed Fathih Khuwailid menulis sesuatu di atas cek sebelum dikoyakkan dan diserahkan kepada adiknya.

"This is your reward. I bagi you double so pergilah balik,"

Sharifah Hanis menjerit teruja. Hello, RM50,000 tu banyak tau!

"Thankyou, abang! Eh by the way, lepasni apa lagi kerja untuk I?" Sharifah Hanis mula duduk tegak. Cek tadi sudah disimpan di dalam beg tangan. Wajah abangnya dipandang penuh perhatian.

Syed Fathih Khuwailid cuma senyum nipis kemudian menggeleng.

"What do you mean by that? Dah takde kerja untuk I ke?" soalnya lagi.

"Tak ada. You ni lembab sangat ke sampai tak faham maksud geleng I? Lepasni semua I take over. Kita dah nak sampai penghujung dah pun,"

"Penghujung? Seriously? Game kita dah nak over?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Sharifah Hanis.

"My game, not yours. Yes, I'm gonna end all this. Dah, you pergi baliklah. Tadi sibuk penat," halau lelaki itu. Dia sebenarnya malas nak melayan adiknya itu. Banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan.

"Whatever. Tapi abang, I nak tanya something," Syed Fathih Khuwailid memanggung kepala memandang gadis itu.

"Why? Kenapa you buat macam ni? Apa salah dia pada abang?" kali ini, Sharifah Hanis berharap dia akan mendapat jawapan. Penat selama ini dia bertanya tapi tak dilayan.

Syed Fathih Khuwailid mengeluh. Badannya bersandar ke kerusi empuk tersebut. Jari jemarinya digenggam.

"I takkan buat something without any reasons. That Naufal... he was my bestfriend,"


• 🌼🌼🌼 •


NAUFAL buka pintu wad yang menempatkan Iman perlahan-lahan. Sebelum masuk tadi, sempat juga dia mengintai ke dalam melalui tingkap cermin di pintu tersebut. Memandangkan isterinya itu sedang tidur, maka dia masuk tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Tidak mahu menganggu insan kesayangannya.

Jambakkan bunga tulip merah yang diselitkan bersama 3 kuntum bunga tulip putih itu Naufal letak di atas meja kecil di sebelah katil.

Heish ni rasa macam bukan nak melawat anak yang sakit, tapi lebih kepada melawat isteri yang sedang sakit juga-- sakit hati.

Tubuh Hana yang baring mengiring menghadap incubator yang menempatkan Iman, meringkuk kesejukan. Mana tidaknya, suhu aircond kalau boleh nak jatuh beku terus. Naufal menggeleng kepala perlahan. Terus saja laju langkah kakinya menarik remote pengawal aircond di dinding dan dia menaikkan lagi suhu supaya tidak terasa terlalu sejuk.

Naufal berdiri menjenguk Iman di dalam situ. Bibirnya perlahan mengukir senyuman. Dia tahu keadaan Iman. Sebelum masuk ke sini tadi, dia pergi berjumpa dengan doktor yang merawat Iman untuk mengetahui keadaan sebenar Iman.

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now