🌸 15

13.4K 442 22
                                    

Naufal bergegas turun ke bawah. Tangannya sibuk membutangkan baju sendiri. Sengaja tali leher tidak dipakai, dan dibawa turun untuk meminta isterinya memakaikan untuknya. Sejak peristiwa malam kelmarin, mereka berdua langsung tidak menyentuh tentang hal tersebut. Masing-masing seperti membiarkan sahaja ia berlalu.

Bahagian dapur dituju. Iman yang didudukkan di dalam baby chair dicuit pipinya. Tergeliat si kecil itu menerima usikan Naufal. Hanan yang sedang bersarapan juga dicium, namun tidak dilayan oleh Hanan. Maklumlah si Han tu kalau dah dapat makanan mana nak layan orang lain dah hatta ayah sendiri sekalipun.

"Sayang," bisik Naufal di telinga Hana.

Hana menoleh, tersenyum melihat Naufal di sebelah.

"Abang kenapa tak siap lagi? Nanti nak hantar Hanan lagi, kang lambat kesian budak tu," Hana capai pinggan dari dalam kabinet untuk meletakkan nasi goreng yang baru sahaja selesai dimasak olehnya. Selebihnya, dia masukkan di dalam bekas tupperware sederhana besar.

Memandangkan hari ini dia bercadang hendak pergi ke butik, sengaja nasi goreng dimasak lebih untuk dibungkus dan diberi kepada para pekerjanya di sana nanti. Lagi pun, sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di butik. Iman akan turut dibawa sekali bersamanya.

"Hm, tiba tiba abang lupa macam mana cara nak pakai ni," Naufal sembunyi senyum. Tali leher yang dari tadi digenggam dihulurkan kepada Hana.

Apa? Alah bukan selalu nak bermanja!

Yelah tu bukan selalu! Padahal memang manja overdose kalah anak-anak sendiri!

Hana memandang tali leher yang dihulurkan oleh Naufal. Dia memandang Naufal dengan mata yang sengaja dikecilkan.

Eee mengada! Laki siapa tah ni!

"Ni bukan lupa, ni mengada namanya. Hanan yang kecik tu pun dah reti butang baju sendiri tau, abang," dengan jelingan, Hana ambil tali leher dari tangan Naufal. Kaki dijengketkan sedikit untuk meletakkan tali leher itu di leher Naufal.

Yelah, si Naufal ni kan keturunan galah, tinggi dia kalau boleh nak cecah syiling!

Lincah tangan Hana melilitkan tali leher tersebut di leher Naufal. Naufal, apa lagi. Mood ulat bulu dia mana pernah turn off! Laju tangannya mula melingkar di pinggang milik Hana.

Hana ditarik semakin rapat sehingga melekap ke badannya. Hana diam, malas nak melayan sebab dah terbiasa sangat dengan perangai Naufal yang satu ini. Suka menempel!

"Dah siap," kata Hana sambil tersenyum ke arah Naufal.

"Dah lepaskan, tak malu ke anak-anak tengok ish," Hana mula menolak badan Naufal supaya menjauhinya. Namun Naufal semakin menguatkan pegangannya.

"Abaaaannngggggg," rengek Hana.

"Sekejaplah, sayang," pinta Naufal.

"Peluk dulu baru lepas," arah Naufal. Hana mencebik bibir namun pantas saja tangannya mula melingkar di pinggang Naufal. Kepalanya dilekapkan di dada Naufal.

Senyuman terukir di bibir Naufal. Sengaja dia menggoyangkan badan ke kiri dan ke kanan. Kedengaran gelak kecil Hana terlepas. Hana mendongak, dagunya diletakkan di atas dada Naufal.

"Abang macam budak kecik," gelak Hana lagi. Macam dah lupa anak-anak dekat meja makan yang sedang bersarapan.

Naufal senyum lebar, kemudian dahi Hana dikucup lama sebelum beralih ke pucuk hidung isterinya.

"I love you, sayang," ucap Naufal seraya mencium lagi dahi Hana.

"I love you too, abang," Hana menjengketkan kaki, ingin mencium pipi Naufal. Naufal yang dapat mengagak terus menolehkan kepalanya dan menyebabkan ciuman Hana tersasar ke bibirnya.

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now