🌸 18

15.4K 562 51
                                    

Hari sudah lewat malam, baru Naufal mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Kereta diparkirkan ke dalam garaj. Automatik kepalanya terus ditoleh ke sebelah. Biasanya, di situ terparkir kereta milik isterinya. Namun, hari ini kosong. Cuma ada kereta dia sahaja.

Naufal pandang lama. Hatinya sayu. Lihat ruang parkir sahaja sudah membuatkan hatinya hiba, apatah lagi nanti apabila dia masuk ke dalam rumah. Bagaimana-- macam mana dia hendak menerima kenyataan?

Dia tahu Hana pasti pulang ke rumah ibunya. Ke mana lagi tempat yang isterinya mahu tuju selain di situ? Dan dia juga pasti Hanan juga di sana.

Naufal mengeluh berat.

Tuhan... jika ini ujian dari-Mu dalam rumah tanggaku, berikan kami ketabahan, Ya Allah. Selamatkan kami, selamatkan rumah tangga ini, Ya Allah.

Naufal kumpul kekuatan, lalu keluar dari kereta dan menuju masuk ke dalam rumah. Kunci rumah dimasukkan ke dalam tombol pintu.

Sekali lagi, Naufal terhenti.

Selalunya... pintu rumah akan dibuka oleh isterinya. Tak pernah dia menggunakan kunci rumah setiap kali pulang dari kerja atau mana-mana. Pasti muncul susuk Hana berdiri di hadapannya menyambut kepulangan Naufal.

Ya Allah, sayang... beratnya hati abang...

Naufal masuk ke dalam rumah dan membuka lampu. Suasana terang, namun tampak kosong. Sekosong hatinya. Dia kaku di hadapan pintu.

"Abang... Dah balik?" Naufal terkejut.

Suara Hana.

"Ayah dah balik, yeay!!!" Naufal terpana. Suara Hanan, hero hidupnya.

Naufal tahan sebak. Dia tahu itu cuma khayalannya. Cuma suara-suara yang dirinduinya. Belum pun sampai sehari dia ditinggalkan, sudah jadi begini.

Bagaimana dengan hari esok? Dan seterusnya?

Mampukah dia?

Sanggupkah dia hadapi setiap detik tanpa Hana dan keluarganya?

Naufal tersandar di pintu. Perlahan, badannya melorot jatuh seiring dengan air matanya yang ditahan sejak tadi. Tak lama selepas itu, kedengaran esakan Naufal. Terhenjut-henjut bahunya menangis.

Sayang... abang taknak lepaskan Hana. Abang tak terdaya nak lepaskan sayang, Hanan, Iman... keluarga kita...

Esakannya semakin kuat.

Kali ini, tiada pujukan Hana membelainya, memujuk dirinya, mengatakan yang segala akan pulih seperti sediakala.

Kali ini, tiada lagi Hana di sisi memberikannya pelukan, menenangkan dirinya dari kesedihan.

Dan kali ini, hanya kosong yang menemani. Sunyi, pedih.

"Sayang..." rintih Naufal hiba.

"Hana... Sayang..." rintihannya semakin sayu.

"Baliklah, sayang..." walaupun dia tahu, tak ada yang mendengari dirinya, namun Naufal tetap begitu. Merintih memanggil Hana. Mengharap kekasih hatinya pulang.

"Sayang..."

"Sayang..."

"Sayang..."


• 🌼🌼🌼 •


NAUFAL bergegas menuju ke rumah Puan Faridah, ibu mertuanya. Dia tahu Hana pasti menuju ke sana. Ke mana lagi isterinya akan pergi jika bukan di rumah ibunya sendiri?

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now