🌸 EPILOG

17.8K 435 19
                                    

"Sayang, ni lah perempuan yang selalu call abang malam-malam tu," kata Naufal sambil tersengih-sengih. Wanita anggun di dalam pakaian gaun satin berwarna merah separas lutut di hadapan mereka membuatkan Hana semakin dilanda rasa cemburu walaupun semalam sudah dipujuk oleh Naufal.

Mana tidaknya, sampai sahaja di Sabah bagi menjalankan majlis peragaan baju edisi raya miliknya, Hana dan Naufal bergaduh akibat satu panggilan.

FLASHBACK •

Pintu bilik resort dibuka cepat oleh Hana. Tak sabar rasanya nak baring atas katil, berehat. Mana tidaknya, seminggu dia bertungkus lumus menghabiskan masa di butik bersama staf yang lain untuk menyiapkan persediaan fashion show kali ini. Untung juga ada Naufal yang memahami. Dia yang membantu mencari tempat untuk fashion show butiknya.

Seperti yang disarankan tempoh hari, Sabah menjadi pilihan sekaligus menjadi destinasi percutian mereka berdua. Hanan dan Iman dikirimkan pada Puan Faridah untuk dijaga. Datin Lia, mama Naufal juga turut menghulurkan tangan. Seronok katanya akhirnya dapat bermain dengan cucu sepenuh masa.

Menurut Naufal, resort ini baru sahaja dibuka minggu lepas oleh rakan perniagaannya. Malah majlis pembukaan resort itu juga akan diadakan serentak dengan fashion show Hana.

"Abang mandi dulu, Hana kemaskan barang kejap," Hana mula membuka bagasi pakaian mereka dan menyangkutkan ke dalam almari yang disediakan.

Pelukan dari belakang menghentikan Hana yang sedang menguraikan pakaian daripada bagasi.

Naufal merehatkan kepalanya di bahu Hana sambil mata dipejamkan.

"Mandi sekali... tak boleh?" bisik Naufal. Tangannya mula merayap menyentuh hujung baju Hana, saja mengusik.

"Abang!"

Terlepas tawa Naufal. Alahai, dah jadi isteri dia bertahun pun masih nak malu. Angkut bawak masuk toilet terus kang, baru tahu!

"Okay, okay. Abang mandi. Cium sikit," Naufal menyuakan pipinya kepada Hana. Dapat apa yang diminta, disuakan pula pipi sebelah kiri. Hana tertawa kecil melihat gelagat Naufal yang persis Hanan. Kemudian, Naufal suakan pula bibirnya.

"Takmau,"

"Aaaaa ala ala nak lah...." meleret Naufal meminta, siap menghentakkan kaki lagi. Eee laki siapa lah ni!

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now