🌸 20

17.3K 490 32
                                    

"Hana dah balik,"

Naufal masih diam. Dia masih keliru. Tetap terpinga-pinga.

Mustahil.

Kalau betul, kenapa tiba-tiba?

"Abang?" panggil Hana lagi.

"Abang, kenapa ni?" Naufal memandang Hana yang memanggilnya dari tadi.

"Abang kenapa diam? Abang tak percaya ke Hana depan mata abang?"

Hana capai tangan Naufal dan ditekapkan di pipinya. "Abang, ni Hana. Ni betul-betul Hana,"

Kemudian, pipi Naufal, Hana usap lembut. Ingin meyakinkan Naufal bahawa dia memang ada. Dia memang wujud di situ, di hadapan suaminya. Bukan mimpi, bukan bayangan, bukan khayalan.

Dia ada.

Hana larikan pandangan di sekitar wajah Naufal.

Ya Tuhan... sebegini teruk kah kesannya pada Naufal?

Wajah yang sentiasa kemas, kini kusam, ditumbuhi jambang. Mata Naufal sembab, tiada sinar seperti selalu. Badannya kelihatan susut. Rambut Naufal juga serabai tidak dirapi.

Hana ketap bibir, tidak mahu menangis. Hari ini, baru dia tahu erti penyesalan memilih untuk meninggalkan suaminya.

Naufal pula, masih diam, cuba mencerna apa yang jadi di hadapannya. Dia hanya memandang Hana yang seperti memeriksa seluruh tubuhnya. Sebak di hati datang mencengkam lagi.

Dia takut, kalau dia bersuara, semua ini hilang. Dia takut, kalau Hana di hadapannya ini memang benar bayangannya. Kerana itu, dia hanya diam.

Pandangan Naufal beralih ke tangannya yang kini digenggam oleh Hana.

Hangat.

Seperti bukan mimpi.

Kemudian, dia hanya menurut langkah Hana yang menariknya masuk ke dalam bilik. Langkah Hana yang menuju ke bilik air membuatnya terpinga-pinga, apatah lagi apabila isterinya itu mengutip tuala yang dijatuhkan olehnya sebentar tadi gara-gara tergesa ingin turun ke bawah.

Namun, Naufal hanya mendiamkan diri. Alangkah bahagianya, kalau benar semua ini bukan mimpi.

"Hana dah balik,"

Kata-kata Hana sebentar tadi berulang di dalam fikirannya. Mana mungkin Hana akan pulang. Tak mungkin.

Dia tahu, sedalam mana luka yang dia cipta pada Hana. Jadi mustahil, sememangnya mustahil untuk Hana benar-benar pulang ke rumah.

Naufal yang tenggelam di dalam fikirannya sendiri merasakan genggaman di tangannya perlahan dilepaskan, segera dia tarik semula tangan Hana.

Tak, dia tak mahu lepaskan genggaman tangan itu. Tak kisahlah mimpi atau bukan, dia tak mahu lepaskan.

Hana senyum, kemudian menggenggam semula tangan Naufal sebelum dilepaskan kembali. "Sekejap je, okay?" pujuk Hana.

Dia sangkutkan tuala di belakang pintu. Kemudian, dia mencapai pencukur dan mula membersihkan wajah Naufal daripada jambang yang semakin tebal di wajah suaminya itu. Naufal hanya diam memerhatikan setiap kelakuan Hana.

Tak mahu semua ini terhenti. Kalau pun mimpi, biarlah dia tidak tersedar sampai bila-bila.

Selesai membersihkan wajah Naufal, Hana menanggalkan pakaian Naufal. Entah bila ya kali terakhir lelaki ini mandi.

Kemudian, Hana melangkah ke tab mandi bersama Naufal yang ditariknya. Hana bawa Naufal masuk ke dalam tab mandi tersebut.

"Mandi tau, nanti Hana masuk semula," sempat dia mengusap rambut Naufal yang berjuntaian di dahi. Hana berpaling dan mahu keluar.

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now