🌸 8

9.2K 442 24
                                    

Hana duduk di sofa. Siaran di televisyen langsung tidak menarik perhatiannya. Hanan yang sibuk bermain dengan segala permainan di atas karpet pun tidak menarik perhatiannya juga. Iman di pangkuan sedang enak menghisap susu, sesekali ditepuk perlahan punggung si kecil itu apabila mendengar dia merengek.

"Ibu..." panggil Hanan sambil menarik seluar Hana.

Hana yang seakan tenggelam dengan dunia sendiri, terkejut dengan tarikan Hanan.

"Iya, sayang?" wajah Hanan dipandang penuh kasih. Hana senyum hambar, melihat wajah anak bujangnya ini, hatinya menjadi sayu. Saling tak tumpah dengan Naufal langsung, serupa sangat kalau diperhatikan lama lama.

"Tolong Han bukakkan ni," Hanan menghulurkan balang sederhana besar yang berisi lego kepada Hana.

Terus saja Hana membukanya. Dengan senyuman, Hanan mengambil kembali bekas lego yang sudah dibuka.

Hana mengeluh buat kesekian kalinya. Jam yang menunjukkan pukul 8 malam dikerling sekali lagi.

Separuh hatinya risau dengan Naufal yang tak kunjung pulang, separuh lagi masih merasa sakit hati. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, mereka kerap sahaja bergaduh. Kadang bergaduh kecil, kadang bergaduh besar sehingga tarik muka dua tiga hari. Kalau bukan Naufal yang mengalah, entah sampai bila mereka akan bergaduh. Dan Hana sendiri, dia tidak tahu kenapa mereka sering bertengkar. Bila difikirkan semula, masakkan hanya kerana kesibukkan Naufal, mereka boleh sering bergaduh?

Namun, bila difikirkan lagi, ada juga logiknya. Siapa je tak makan hati kalau asyik sibuk bekerja sehingga langsung tidak punya waktu untuk diluangkan di rumah.

FLASHBACK •

"Abang, lambatnya balik?" tanya Hana setelah briefcase milik Naufal diambil olehnya.

"Ada kerja sikit tadi, sorry, sayang," pinta Naufal dengan senyuman kecil. Dia penat, sungguh penat. Jadi tidak mahulah dia bergaduh dengan isterinya.

"Hm, iyelah. Abang dah makan?"

"Dah, dekat office tadi,"

Hana tersentak. Buat penat je tunggu dia balik kerja sebab nak makan sama!

"Kenapa tak bagitahu Hana? Hana tunggu abang tahu tak nak makan sama," rajuk Hana.

"Abang tak sempat, sayang. Phone pun abang tak jenguk harini tau, mana sempat nak bagitahu. Hana makan, abang teman okay?" pujuk Naufal. Pipi Hana ingin diusap tapi dielak oleh isterinya.

"Takpelah, tak payah. Kalau macam ni setiap hari baik Hana makan seorang je tak payah tunggu abang," Hana mula melangkah ingin menuju ke dapur.

"Hana. Boleh tak, tolonglah faham abang? Abang bukan sengaja, kerja abang memang banyak, faham tak?" entah kenapa, malam itu, kesabaran Naufal tidak dapat ditahan.

Langkah Hana terhenti.

"Okay, fine. Lepasni abang makan jelah dekat luar. Hana tak payah susah susah masak banyak banyak lepastu tunggu abang balik nak makan sekali. Baik Hana masak cukup cukup untuk Hana dengan Hanan je, senang,"

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now