Naufal angkat kepala. Pintu yang diketuk sebentar tadi oleh Lina, setiausahanya dibuka luas. Terdapat dua orang berpakaian kasual menuju ke arah mejanya dengan senyuman. Seorang perempuan dan seorang lelaki.
"Hai, Encik Naufal," sapa wanita tadi dengan senyumannya yang lebar. Bertubuh tinggi lampai dengan pakaiannya yang nampak gah, sah-sah lah bukan calang-calang orang.
Naufal mengerling ke arah Lina, meminta penjelasan. Takut dia mungkin terlupa hari ini dia ada appointment dengan sesiapa.
"Oh, Encik Naufal, ini Cik Sharifah Hanis daripada Empire Holding. Mereka datang untuk bincangkan tentang projek homestay mega dekat Pulau Perhentian tu," terang Lina. Dia memang sedia maklum seandainya Naufal lupa. Sudah masak dengan perangai Bosnya itu.
"Oh, iya. Maaf, saya terlupa. Sila duduk," pelawa Naufal kepada mereka.
"Saya Encik Johan, penasihat syarikat Empire Holding," lelaki yang dari tadi di sebelah wanita itu menghulurkan tangan. Naufal sambut dengan ramah.
Hanis pandang Naufal bersama bibirnya yang tersenyum mekar. Dalam hatinya, tak henti henti dia memuji kesegakkan Naufal. Persis dengan apa yang ada di dalam bayangannya. Cuma sayang, Naufal bukan seorang yang boleh dia dekati. Suami orang, kan.
"Okay, saya minta maaf sebab honestly saya terlupa kita ada appoinment hari ni. Sebab tu saya blur sikit, sorry for that. My bad," pinta Naufal sambil mengemas sedikit mejanya yang berselerak dengan kertas-kertas dan fail yang dikerjakan olehnya sebentar tadi.
"Tak apa, Encik Naufal. Pihak kami datang cuma untuk membincangkan tentang perkembangan projek kita. JAnd pasal sedikit masalah yang perlu kita improve kan, some things like that," terang Encik Johan. Tangannya lincah mengeluarkan beberapa keping kertas dan fail dari beg.
"Projek mega kita, saya dapat aduan ada masalah yang datang sendiri daripada pekerja encik tapi tak dipandang dan tak diselesaikan pun. Malah, encik pun macam tak ambil tahu sangat pasal projek tu. Encik, kalau..."
"I'm sorry, pardon me? Tak ada siapa pun buat aduan ada masalah dekat sana. Lagipun dua minggu lepas saya baru je balik dari sana pantau semua kerja-kerja dekat sana," cepat Naufal memotong kata-kata Cik Sharifah Hanis. Memang betul pun dia tak dapat apa apa aduan tentang projek di sana.
"Pihak saya baru je balik dari sana tiga hari lepas. Kerja pembinaan bahagian dalam homestay kebanyakkan terbengkalai. Barang pembinaan yang supplier bagi pun kebanyakkan tak berkualiti, macam mana projek nak siap on time? We do this collaboration not for fun, Encik Naufal. Pihak atasan saya dah bising. How come you can said everything was totally fine?"
"This is impossible, okay. Saya dah checked, semua memang okay. Takkan tiba tiba semua macam ni? And kalau betul pun ada masalah selama ni ada je yang inform saya. Kenapa tiba tiba sekarang diam pula?" Naufal cuba bersabar dalam hati.
"Hey manalah saya tahu? Obviously encik Naufal yang tak ambil tahu sebab tu semua jadi macam ni. Whatever lah, Encik Naufal. Encik yang datang dekat kami minta untuk berkerjasama. Jangan sampai kami tarik balik tender. By hook or by crook, pihak Encik kena selesaikan semua ni. Pihak saya dah jalankan bahagian kami,"
Naufal hela nafas berat. Apa lagi lah masalah kali ini?
"Okay. Baiklah. Beri saya masa. Saya akan jenguk balik projek dekat sana. Saya minta maaf atas semua kesulitan ni,"
"Good. Kami minta diri dulu. Terima kasih," Cik Sharifah Hanis dan Encik Johan bangun dari kerusi. Selepas bersalam, mereka berdua keluar dari situ.
Naufal terduduk lemah di kerusi. Matanya dipejam seketika.
Pelik. Selama ni tak pernah dia terlepas pandang kalau ada masalah. Dan dia sendiri baru sahaja pantau projek di sana, semuanya seperti elok berjalan lancar. Pembinaan semuanya tidak mengalami masalah. Takkanlah tiba-tiba sahaja jadi macam ni?
YOU ARE READING
BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓
RomanceTakkan pernah ada perjalanan hidup yang lancar tanpa perlu menempuh derita dan luka. Rasa itu pasti akan menyelit di setiap kebahagiaan yang sedang kau rasakan. Jadi serupa jugalah kisah hidup mereka; Hana&Naufal. Aturan Allah, rumah tangga yang di...