🌸 6

9.9K 471 43
                                    

Hai kalian. Sengaja nak habaq, mulai dari chapter ni, sis cuma guna Hana instead of guna 'aku'. To make all clear just in case! 👋


• 🌼🌼🌼 •

"Hai, look so happy, huh?"

Hana pandang Naufal di sebelah. Naufal mengangkat bahu, cuba memberitahu bahawa dia tidak tahu siapa gerangan yang berdiri di hadapan mereka kini.

Naufal turun daripada gazebo, Hanan yang masih terjuntai kaki diangkat dan didudukkan di sebelah Hana. Hanan yang tidak mengerti apa-apa, buat tidak endah dan terus menyambung makan. Sesekali pipi milik Iman dicuit, sengaja mengusik.

Naufal berdiri tegak di hadapan lelaki yang menegur mereka tadi. Daripada riak wajahnya, Naufal sudah menyumpah di dalam hati.

Nampak kerek sangat!

"Maaf, do I know you, hm?" tanya Naufal.

Lelaki yang berkaca mata hitam itu, tersenyum sinis sambil menguak rambutnya.

"Berapa lama aku kena tinggal sampai bro lupa ni?" Naufal mengerutkan dahi mendengarkan pertanyaan daripada lelaki tersebut.

"Bro, seriously?" Lelaki tadi mula membuka kaca mata hitam yang dipakainya.

Kerutan di dahi Naufal mula menghilang. Dia, kemudiannya memandang lelaki tersebut dengan senyuman lebar.

"Weh, Ayid!" Naufal menghulurkan tangan ke arah lelaki yang digelar Ayid tadi.

Ayid menyambut huluran tangan Naufal sebelum berpeluk.

"Tak sampai 10 tahun bro aku tinggal kau, kau dah lupa aku?"

"Weh, sumpah! Kau nampak lain, Yid. Aku tak kenal kalau tak pandang mata kau!" Naufal tergelak mengenangkan diri sendiri yang sememangnya tidak dapat mengecam sahabat baik sendiri.

Ini Ayid, sahabat Naufal sejak zaman kolej dahulu. Yang sememangnya tidak pernah dikenali oleh Hana. Semasa tahun akhir dahulu, Ayid berhenti daripada belajar di kolej. Semuanya gara-gara niat di hatinya yang terlalu minat dalam dunia ketenteraan.

Dua tahun menanti panggilan daripada tentera, akhirnya doanya termakbul. Sejak kali terakhir mengucapkan selamat tinggal kepada Naufal, Ayid menghilang tanpa khabar. Naufal sudah sedia maklum sekiranya Ayid menghilang, kerana awal-awal lagi Ayid sendiri sudah memberitahu Naufal tentang perkara tersebut.

Naufal mengerti, walaupun berat hatinya untuk berpisah dengan sahabat susah senang yang memang susah hendak dicari di dunia sekarang ini.

Hampir 10 tahun menghilang, kemudian tiba-tiba muncul semula, siapa je yang mampu nak cam? Lagi lagi muncul dengan badan yang sado, dulu kering je tengok. Rambut pun dulu paras bahu, sememeh je.

Sekarang, kemas betul!

"Dunia baru ubah aku, Naufal. Tu yang jadi macam ni," Ayid memandang ke arah keluarga kecil milik Naufal. Hana hanya tersenyum kecil, tanda hormat.

"Weh, duduklah. Alang-alang dekat sini boleh lepak dengan family aku," ajak Naufal. Ayid duduk di sebelah Hanan. Pipi tembam Hanan dicubit geram. Comel sangat!

"Sayang, ni Ayid. Kawan abang dari zaman kolej dulu," Naufal mula perkenalkan Ayid kepada Hana.

"Ni isteri aku paling cantik dalam dunia, Hana nama dia-- aduh!" Naufal mencebik sambil mengusap bahu yang dipukul oleh Hana. Apalah nasib dia sekarang, tangan Hana memang cepat betul pukul orang sekarang.

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now