🌸 HANFAL I

10.4K 332 6
                                    

Hana pandang Naufal yang masih santai berbaring di atas katil bersama Iman dan Hanan dengan perasaan sebal.

"Abang dah janji semalam kannnnnnnnn," buat kesekian kalinya, Hana menuntut janji yang dibuat oleh Naufal sebelum tidur semalam. Kali ini lebih meleret kerana sudah terlalu geram Naufal tidak berganjak dari atas katil.

"5 minit lah, sayang,"

"Ah takde takde. Dari tadi abang punya 5 minit dah jadi setengah jam dah. Cepatlah, nanti matahari dah tegak makin taknak buat, nanti dah penat apa semua lah. Abang tu bukan boleh percaya. Cepatlah jom," kali ini tangan Naufal ditarik-tarik oleh Hana.

Penat dia mengajak suaminya itu membersihkan rumah bersama-sama. Memandangkan hari raya tinggal lagi seminggu, dia mengajak Naufal untuk membersihkan bilik mereka bersama. Bahagian luar dibersihkan oleh tukang pembersih yang diupah Naufal.

Hana tidak selesa jika mereka membersihkan bilik-bilik yang dirasakan bahagian privasi untuk mereka. Maka, dikerah juga tenaga untuk membersihkan sendiri, cuma perlu bersama Naufal lah supaya penat tidak terasa sangat hehe

"Ahhh tak mau, kiss dulu!!!" rengek Naufal. Hanan di sebelah mengekek kecil melihat ayahnya yang kebudak-budakan.

"Kiss dulu!!!" Hanan mengajuk perbuatan Naufal sambil mengekek gelak.

"Eee anak bapak sama je kan! Ibu cium Hanan je, tak mau cium ayah!"

Pipi Hanan dicium berkali-kali tanpa menghiraukan Naufal di sebelah.

Naufal mencebik. "Yelah, siapalah kita ni kan. Kan Iman kan? Ibu tak sayang ki-- ahh ahh sakit sakit!" terkujat-kujat Naufal menahan cubitan daripada Hana.

"Kita ajak mengemas pun susah sangat. Takpelah orang buat sendiri!" Hana menjeling Naufal lalu berlalu pergi.

Tidak lupa juga menghentak kaki tanda protes. Tak lama kemudian Hana kembali bersama penyapu, bulu ayam, penyodok dan beberapa plastik sampah. Sempat juga dijeling Naufal yang masih meniarap di atas katil memandangnya sambil tersengih-sengih.

Eee lah sakitnya hati aku tau!

"Jeling, jeling, kau menjeling, membuatku tergoda~" nyanyi Naufal sengaja ingin mengusik Hana. Kemudian dia bangkit daripada katil lalu menghampiri Hana yang berada di bilik pakaian.

Hana yang sedar kehadiran Naufal terus menjeling tajam.

"Dekat dekat dengan orang, siaplah!"

"Eleh, siapa nak dekat dekat. Tak hingin pun bwelkk," Naufal menjelirkan lidah kepada Hana.

"Eee macam budak-budak sangat kenapa? Abang sengaja kan," Hana ingin memukul Naufal, namun tangannya ditahan oleh lelaki itu.

"Bwelkk tak dapat," ejek Naufal lagi.

"Ish!!" Hana menolak Naufal sehingga badan lelaki itu terhempas di almari baju di belakang mereka.

"Ops, sorry," Hana pula menjelirkan lidah kepada Naufal. Tak hiraukan langsung belakang suaminya yang sakit gara-gara bertemu dengan pintu almari tadi.

Mata Hana tertancap pada satu kotak di atas almari tersebut yang kelihatan asing baginya. Rasanya semalam tak ada kotak itu di atas almari.

"Kotak apa tu?" tanya Hana sendiri. Tangannya cuba mencapai kotak tersebut, namun tidak sampai memandangkan almari tersebut lebih tinggi.

"Cuba minta tolong," kata Naufal sambil tersengih melihat Hana yang sedaya upaya cuba mencapai kotak tersebut.

Hana menjeling.

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now