🌸 HANFAL III

8.5K 293 8
                                    

-Hana P.O.V-

"Bahh!!" jeritan yang kuat daripada belakang memeranjatkan aku.

Habis terlepas pinggan yang berada di tangan. Dengan perasaan geram dan marah, tangan yang disaluti buih-buih sabun itu aku percikkan ke arah orang yang mengejutkanku tadi tanpa memandangnya terlebih dahulu.

"Eeiii bodoh ke terkejutkan orang!!"

"Eh, eh stop stop!"

Suara itu... macam kenal.

Aku berhenti. Naufal yang berdiri di hadapanku dengan mata yang membuntang aku pandang tidak percaya.

Manusia ni yang terkejutkan aku tadi?!

Ya Allah tak tahu nak marah ke tak!

Wajah Naufal yang basah bersama buih sabun yang melekat, membuatkan aku geli hati. Serta-merta tawaku terburai di situ.

"Apesal awak gelak?" tanya Naufal tidak puas hati.

Cis, aku yang nak kenakan dia, aku yang basah pulak!

"Siapa suruh awak sergah saya? Padan muka kan dah basah, habis kena buih sabun muka tu,"

Dahlah muka handsome, aish kena simbah dengan aku pulak ehehe nak kita lapkan tak, kita okay je hehe

"Saja je nak kacau. Awak sorang-sorang basuh pinggan?" tanya Naufal, dia melangkah mendekatiku yang mula membasuh pinggan kembali.

Ah sudah. Dia nak menempel kat sini ke? Tolonglah kata ya. Sebab saya suka aje awak dekat sini.

"Err haah. Tadi main undi siapa basuh pinggan, dah nama saya kena, saya basuhlah. Nasib baik tak banyak mana,"

Naufal kerut dahi. Besin yang masih berisi pinggan kotor di tepi dia pandang.

"Ini awak kata sikit ke?"

Naufal menunjukkan besin tersebut.

Aku hanya mengangguk. Sikit lah tu. Aku dah biasa, jadi tak adalah kisah mana.

"Takpelah, saya tolong,"

"Huh?"

Aku pandang tidak percaya. Namun, melihat Naufal mula menyingsingkan lengan bajunya sehingga ke siku membuatkan aku yakin bahawa dia memang hendak menolong.

"Saya tolong, nanti cepat awak siap. Takkan nak duduk sini sorang-sorang. Ada saya kan meriah sikit. Kan?" Naufal senyum sambil mengenyit mata ke arahku.

Oh my god...!

Kejap, nak tarik nafas, nak tarik nafas!

Kenapa mesti kenyit mata?! Ya Tuhan... lemah saya begini!!

"Awak tak lepak ke dengan yang lain? Okay ke tolong saya dekat sini?" tanyaku, takut juga andai pertolongannya menganggu masanya untuk bersuka ria dengan rakan-rakan lain.

"Nope, malas. Not in mood nak lepak lah malam ni. Lagipun..." bicara Naufal yang sengaja diberhentikan olehnya membuatkan aku memandang ke sebelah.

Wajah Naufal aku pandang, begitu juga dengannya.

"Wouldn't it be better... if we stick together? Kan?"

W-what?

Ibu, Hana sesak nafas!!!

• 🌼🌼🌼 •

"Bila ingat balik, rasa macam tak percaya pula," kata Naufal. Dari tadi, tidak lepas matanya memandang Hana yang masih khusyuk membelek setiap gambar yang ada di situ.

BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓Where stories live. Discover now