part 8

782 22 4
                                    

Afellay P.O.V ♡

Pagi ini aku terasa sangat letih, mungkin di sebabkan aku terlalu penat malam tadi di mana malam itu adalah ulang tahun putera ku, dan aku terpaksa meraih nya di rumah bekas insan yang paling aku sayang.. Aku ingin tidur sepuasnya memandangkan hari ini aku cuti, tapi ada saja gangguan yang ku terima.. Siapa lah datang pagi² ni.. Dengan mata yang masih mengantuk aku berjalan menuju pintu, betapa terkejut nya aku dengan apa yang aku lihat di depan mata ku

" salena... " mata ku yang layu mendadak segar bila perempuan yang tak ingin ku pandang kini berdiri tepat di depan rumah ku dan dia hanya tersenyum

" macam mana kau tahu rumah aku? " dengan nada sedikit lemas aku bertanya pada dia, dan dia masih tersenyum tapi kali ini senyumannya berbeza

" aku tahu, sebab rumah ni adalah pemberian dari audi buat aku ..rumah yang pernah mempunyai kenangan antara aku dan audi "

lalu aku pun terkejut, dengan perasaan yang sedikit terluka dia melangkah masuk ke dalam rumah ku ..

" apa maksud kau? " saat ini aku terpaksa menahan airmata

" tak sangka kan, sisa kebahagiaan yang audi berikan pada kau "

" bukan aku yang audi berikan tapi anak dia " yaa aku dah tak tahan lagi, aku nak menangis.. Salena dengan tegar duduk di sofa sambil mata melihat sekeliling

" sama je.. "

" kau nak apa datang sini, kalau kau datang setakat nak cakap tu je baik tak payah.. Sebab,, apa pun yang audi berikan itu yang terbaik "

" terbaik?? Well,, perempuan perampas macam kau ni memang tak tahu malu pun.. Da la ambil rumah orang, berlagak pula datang majlis dengan beralasan kan ANAK!! " kini salena berdiri tepat di hadapan ku dengan wajah yang bengis

" aku tak pernah rampas audi, lagi pun antara aku dengan audi da lama berakhir .." airmata tak dapat lagi aku tahan, setitik demi setitik ia tumpah

" kalau da tahu da lama berakhir asal kau masih dekat dengan audi??? Ehh fellay,, kau boleh je lah tak datang malam tu tapi kau saja je kan nak datang sebab kau berniat nak curi perhatian audi semula "

" aku tak berniat sama sekali salena "

" aku nampak semuanya malam tadi fellay, aku nampak.. Korang tangkap gambar bersama, duduk semeja.. Aku nampak semua tu "

" tapi itu bukan bererti aku berniat untuk merampas audi dari kau.. Aku rasa lebih baik kau pergi sally, aku takde mood nak layan perasaan cemburu kau pepagi ni " salena mengangkat tangan lalu menolak bahu ku

" jaga mulut kau fellay!!, kau dengar sini baik² apa aku nak cakap.. Aku tak suka kau dekat dengan audiens, dan aku benci tengok kau berpura² depan audiens.. Cukup malam tu apa yang aku nampak, aku tak nak semua tu berlaku depan mata aku mahu pun di belakang.. Dan aku peringatkan kau, sampai bila² pun aku tak kan lepaskan audi lagi dan kau jangan pernah bermimpi untuk bersama dengan audi semula.. Kau faham!!! "

Salena menjerit dan menolak bahu ku sekali lagi.. Dengan rasa amarah dalam diri, dia melangkah pergi lagi menghempas pintu rumah ku seakan itu miliknya.. Aku terduduk menangis, teringat dengan kata² salena yang cukup menyakitkan hati.. Ya Allah, tabahkan hati ku, kuatkan aku demi faidi ezra, kuatkan aku Ya Allah T_T

************************************
Salena pun tiba di rumah kediaman keluarga audi.. Kedatangan nya terus di sambut oleh pembantu rumah itu dan menyampaikan seperti yang audi pinta

" cik salena da balik? "

" what? Cik salena?? "

" ergg ya, maaf apa bibik salah cakap ke? "

Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)Where stories live. Discover now