Papp!! . Satu tamparan di lepaskan oleh asyraf ke wajah Amanda. Amanda memegang pipinya yang kemerahan itu.
“ Kenapa baru sekarang kau nak bagitau aku hah! “ Jelas kedengaran suara Asyraf yang menengking Amanda di dalam bilik hotel itu.
“ Aku juga baru tahu yang afellay masih hidup. Jangan salahkan aku “ Balas amanda dengan tegas kepada asyraf. Asyraf melangkah setapak ke hadapan amanda. Dia menghulurkan tangannya kebelakang amanda, lalu menarik keras rambut yang terurai itu.
“ hah!! “ Jerit amanda kesakitan.
“ Kau... Kau kena buat apa yang patut mulai dari sekarang ni... Aku dengar aiden kekasih elay tu masih selamat. Aku nak kau uruskan dia malam ni “ Amanda memandang serius ke wajah asyraf. Tangan yang menyakiti rambutnya itu, dengan keras ia lepaskan.
“ Dah cukup kau perbodohkan aku selama ni asyraf. Aku dah tak nak lagi dengar cakap korang semua “
Amanda berjalan mengarah ke meja empat segi itu untuk mengambil beg tangannya. Kemudian menuju ke arah pintu untuk segera keluar dari ruangan itu. Dengan pantas asyraf menyambar rambutnya sekali lagi. Kemudian menampar amanda dan membuatnya pengsan.
“ Kalau aku tak selamat, kau pun tak kan dapat selamat amanda “ Bicara asyraf penuh kebencian melihat tubuh amanda yang terbujur di atas katil.
Emma menyalam suaminya hakimy serta mencium pipi kedua anak nya itu . Emma melambaikan tangannya dengan penuh semangat di pagi itu. Dia menuju ke bilik mereka untuk bersantai. Tetapi, teringat akan sesuatu tentang pemberian aiden padanya di malam itu. Emma membuka laci kecil itu lalu mengambil satu sampul surat yang berwarna putih. Perlahan emma membukanya lalu membaca isi surat itu..
Selepas beberapa minit kemudian, dia kemudian bergegas menuju ke rumah afellay untuk bertemu dengannya.
Tok tok tok!! Ketukan keras di pagi itu. Afellay yang selesai bersiap untuk pergi ke kerja, terkejut mendengar ketukan pintu yang kuat itu.
“ Emma... “ Afellay terkejut melihat kehadiran emma , tambah lagi di lihatnya emma sedang menangis.
“ Emma kenapa ni?? “ Kedua lengan emma di pegangnya. Airmata itu di hapusnya penuh risau.
“ Emma jawab lah... Masuk dulu “ Afellay menarik tangan emma membawanya masuk kedalam, tapi emma menahan tangan itu. Dia menggelengkan kepalanya serta tangisannya yang tak kering di mata.
“ Kenapa ni? Kau gaduh dengan kimy ke? “ Emma menggelengkan kepalanya
“ Habis tu? Anak kau... Si kembar okay ke?? “ Emma mengangguk.
“ habis tu kenapa? Masuk lah dulu. Emma jangan lah buat aku risau... “ Emma pun menggerakkan langkahnya masuk ke dalam. Mereka duduk di sofa, kak rose datang memberikan segelas air kepada emma.
“ Kau minum dulu... Lepas tu baru cerita dekat aku... “ Airmata kecil jatuh tertitis di pipi afellay. Dia membelai lembut rambut sahabatnya.
“ Apa ni? “ Hulur emma sekeping surat itu kepada afellay..
“ Kau baca dulu... Kau akan tahu lepas kau baca “ Afellay pun menyambutnya dan kemudian membaca...
Beberapa minit kemudian...Afellay melipat kemas surat itu lalu berpaling melihat emma yang duduk di sisinya.
“ Tentang ni kau sanggup datang pagi² dekat aku, hanya sebab surat ni? “ Afellay kembali menghapus airmata emma luna.
“ Maafkan aku elay... “
“ Minta maaf pasal apa? Kau tak ada salah pun dengan aku emma... “
“ Im so sory elay...maafkan aku “ Emma memeluk afellay... Berulang kali meminta maaf. Afellay leraikan pelukan itu dan menyentuh kedua pipi emma luna.
YOU ARE READING
Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)
RomancePerpisahan yang kedua kali membuatkan seluruh kehidupan nya berubah.. Walaupun memilih gadis yang paling di cintainya namun kebahagian tiada buatnya.. Mengharapkan kasih sayang yang dulu terukir kembali ibarat sebuah mimpi yang ingin di tarik kedala...