" Macam mana boleh jadi begini fal "
Emma yang begitu kelihatan sedih melihat keadaan afellay dan aiden yang masih belum sedarkan diri. Kimy memandang emma dan naufal, lalu dia bertukar posisi. Kini dia tepat di tengah. Dia tersenyum melihat jarak naufal dan isterinya yang tidak berdekatan. Emma menghela nafas, penat berdiri dia pun duduk untuk menunggu afellay sedar seperti semula .Naufal membeli 3botol minuman lalu di berikan pada emma dan kimy . Kimy baru tersedar ,yang isterinya dengan naufal sudah tiada di sampingnya. Dia menoleh kebelakang dan terlihat emma dan naufal sedang menikmati minuman masing² ...
" Nampaknya cemburu aku ni tak wajar " Kata kimy dengan diri sendiri. Dia pun mengikuti mereka dan duduk di sebelah naufal. Naufal memberikan nya sebotol minuman, dia menerima dan menikmati.
Aiden akhirnya tersedar selepas 6jam. Sebaik mata terbuka dia mula mencari² akan afellay.
" Elay. ..." Sekali lagi aiden membuka jarum yang terletak pada tangannya. Tepat saat itu mamy dan dady nya pun datang masuk, membuat perbuatannya terhenti..
" Aiden... Kamu buat apa ni? " Aiden kembali terdiam. Dia tidak bersampai hati untuk menyatakan tentang keadaan afellay saat ini.
" Aid nak pergi toilet je mamy " Puan eyra menarik nafas lega. Fikirnya yang bukan²
" Kamu buat mamy terkejut je. Biar dady saja yang tolong kamu. Tak perlu buka jarum tu lagi." Aiden semakin cemas memikirkan afellay.
" Takpe la, biar aiden pergi sendiri " Dengan perlahan dia turun dari katilnya dengan di bantu oleh dadynya. Aiden memasuki toilet, di sana dia terus menghubungi naufal untuk mengetahui keadaan afellay.
" arr aiden call " Kata naufal sebaik menerima panggilan dari aiden. Dengan segera ia menjawabnya
" aid kau dah sedar? "
" Fal, elay..... Elay mana? "
" pembedahan elay selamat " Aiden menarik nafas lega. Naufal menyambung semula bicaranya
" Tapi dia masih belum sedarkan diri. Aku happy kau dah sedar ...Ermm kau tak nak tengok elay ke? "
" Aku nak sangat,, tapi mamy dan dady aku ada kat dalam bilik aku sekarang "
" So kau call aku... "
" Aku kat dalam toilet "
" Oh... "
" Fal,.. Please datang bilik aku sekarang... "
" Tapi parents kau kan ada lagi "
" Takpe kau datang je.. "
" Ahh ye lah. Aku datang sekarang " Perbualan mereka pun tamat. Naufal datang semula pada emma dan kimy
" Siapa call? " Tanya emma pada naufal
" Aiden. Dia dah sedar, dia minta aku datang bilik dia sekarang "
" Bagus lah dia dah sedar " Ucap kimy
" Seorang dah sedar, seorang lagi masih belum sedar " Ucap emma yang penuh nada sedih
" pembedahan elay berjalan dengan lancar ,dan pasti dia akan sedar tak lama lagi . Aku jumpa aiden dulu .Korang tolong tengokkan elay ya "
" emm yela " Ucap emma selamba. Naufal pun pergi kepada aiden. Emma dan kimy masuk ke dalam bilik afellay . Rasa sedih di hati melihat keadaan afellay saat ini .
Belum panas punggung ,seseorang datang mengetuk bilik afellay . Emma dan kimy menoleh serentak pada daun pintu. Emma terkejut melihat kehadiran audi ,kimy di lihatnya tersenyum kecil. Emma sempat menjeling pada kimy ,dan dia mengerti kehadiran audi adalah perbuatan suaminya.
YOU ARE READING
Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)
RomancePerpisahan yang kedua kali membuatkan seluruh kehidupan nya berubah.. Walaupun memilih gadis yang paling di cintainya namun kebahagian tiada buatnya.. Mengharapkan kasih sayang yang dulu terukir kembali ibarat sebuah mimpi yang ingin di tarik kedala...