“ seandainya aku tak pernah jatuh cinta pada kau, tentu keadaan kau tak kan seperti saat ini. Dan seandainya aku tak pernah menyayangi kau, tentu hati aku tak kan sakit macam ni, bila melihat tangan kau di sentuh oleh perempuan lain “
Afellay memadam airmatanya di luar pintu bilik sakit aiden. Dia berlalu pergi sebaik melihat kehadiran rivera di ruangan itu. Afellay pergi ke klinik haiwan milik Amanda, di sana dia meluahkan perasaannya, yang dia sendiri tidak tahu bahawa Amanda adalah musuh dalam selimut.
“ Manda...Kaki kau kenapa? “ Afellay bertanya penuh risau sebaik memasuki ruangan bilik Amanda.Dia terkejut melihat Amanda sedang membalut kakinya yang terluka. Melihat kehadiran afellay yang tiba²,Amanda berasa cemas dan risau
“ Fellay...Kau buat apa dekat sini ?” Amanda cuba menyembunyikan lukanya
“ Kaki kau kenapa? “
“ Takde lah, aku jatuh je tadi. Duduk lah dulu, ada apa kau datang sini? “ Mereka pun duduk bersama di sofa itu.
“ Aiden “
“ Kenapa dengan aiden? “
“ Aiden terlibat dalam kemalangan, keadaan dia sangat kritikal “ Raut wajah Amanda berubah.Dia berpura-pura risau akan keadaan aiden
“ Macammana aiden boleh terlibat dalam kemalangan? Dia kena langgar ke? “
“ Tak. Tayar kereta dia kena tembak dan bahu dia, sebab itu dia kemalangan. Dia hilang kawalan “ Amanda mendekati afellay lalu memeluknya, afellay terlihat sesuatu di bakul sampah kecil, di belakang meja kerja amanda.
“ Sabar ya lay, aiden tentu akan selamat “ afellay tersenyum kecil, pelukan itu di leraikannya
“ Thanks “
“ Lepas ni kau nak pergi mana? “ afellay bergerak cuba mendekati bakul sampah itu yang ada di belakang meja amanda,cepat-cepat amanda berpaling ke arah afellay dan mendekatinya
“ Erm elay, aku...Dah nak tutup klinik lah “ Afellay terus melarikan pandangannya lalu melihat amanda.
“ Oh. Yela, kalau macam tu aku balik dulu “
“ Hati-hati tau “
“ Erm “
Di dalam kereta, afellay asyik terbayangkan bakul sampah itu. Ada sesuatu yang dilihatnya tapi dia juga sendiri tidak pasti apakah benda itu. Malas dia fikirkan lagi, dia pun terus bergerak menuju ke suatu tempat. Afellay berhenti disatu simpang ditepi jalan. Dia masuk ke tandas awam, dan keluarnya dia seperti bukan dirinya. Cuba menyembunyikan identiti dengan penampilan yang tertutup, kemudian meneruskan perjalanannya menuju kerumah orang tuanya.
Tiba dia di sana, afellay keluar dari kereta dan memastikan sekali lagi agar wajahnya tidak dapat dikenali. Dia menekan butang loceng, tak lama kemudian datang pembantu rumah membukakan pagar untuknya
“ Ya cari siapa? “ tanya pembantu rumah itu yang tidak mengenalinya. Afellay memakai kaca mata hitam, serta topi hitam. Pakaiannya saat itu serba hitam dan biru gelap. Afellay membuka kaca mata hitamnya, bila pembantu rumah yang dilihatnya itu adalah pembantu rumah mereka yang lama
“ Ahhhhh....cik elay “ Pembantu rumah itu terus memeluk afellay kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya
“ Cik elay masih hidup? Bibik ingat cik elay dah takde dah “ Afellay juga turut membalas pelukan itu. Bibik itu melepaskan pelukannya dan menghapus airmatanya.
“ Cik elay mari masuk, dato dengan datin tentu gembira “ Tangannya di tarik oleh bibik itu, afellay menahan tangan itu dari membawanya masuk ke dalam rumah
YOU ARE READING
Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)
RomancePerpisahan yang kedua kali membuatkan seluruh kehidupan nya berubah.. Walaupun memilih gadis yang paling di cintainya namun kebahagian tiada buatnya.. Mengharapkan kasih sayang yang dulu terukir kembali ibarat sebuah mimpi yang ingin di tarik kedala...