Aku menyandar pada bahu katil selepas menamatkan perbualan dengan aiden. Aku meletakkan gagang telefon dan berfikir seketika
“ aku tak tahu kenapa aku merasa terluka, bila setiap kali dia ucapkan kata sayang. Aku rasa seperti di permainkan 😔 . Kalau benarlah hati tu sayang,tak mungkin dia akan terikat dengan orang lain 😔. Perlu ke aku merelakan dia pergi sekali lagi? “
Aku berbaring ,menutup mata ku sambil mengiring ke arah anak ku, aku mencium dahinya.
TOMORROW ♡
Aku tiba di perkarangan tempat kerja ku dan berjalan menuju ke gerbang lift untuk pergi ke ruang kerja ku. Dengan lemas aku menekan button 3 dan pintu pun tertutup. Tiba aku di tingkat 3, aku keluar dan melangkah dengan perlahan. Saat aku tiba di meja ku, 2staf datang ke arah ku.
“ Afellay “ panggil suhaila. Aku memandangnya dengan pelik
“ Kenapa? “
“ Apa hubungan kau dengan boss ar? “
“ Ar. Kitorang tengok bukan main lagi kau bebas cuti. Masok kerja kadang tak, apa hubungan kau dengan boss “ tanya liza. Mereka menatap ku dengan serius, aku pula macam nak naik angin dengar pertanyaan tu
“ aku rasa aku tak perlu jawab pertanyaan tu “
Liza dan suhaila menjeling kecil memandang ku. Aku letakkan beg tangan dan file hijau ku ke atas meja kerja ku, kemudian bergerak menuju ke ruang rehat untuk membuat minuman sebelum aku memulakan kerja.
Aku membancuh secawan coffee dan merasanya dengan tersenyum. Aku kembali ke ruang kerja ku dan terperanjat bila melihat naufal sedang berdiri di hadapan meja ku
“ Pagi boss “ Aku menyapanya dengan senyuman ku, dan aku letakkan cawan ku ke atas meja.
“ pagi elay “
“ Ada apa boss? “
“ Ni “ Kata naufal sambil hulurkan hp ku. Sekilas aku teringat ucapan ku malam tadi kepada aiden. Aku pun menyambutnya
“ Thanks “
“ Okay . Aiden tadi datang, tapi kau takde tu yang dia bagi dekat aku “
“ Mana dia? “
“ Oh aiden ..... Ermm dia pergi airport “ Terkejut kecil aku mendengar
“ Di..a.. Nak pergi... Mana? “
“ Hantar parents rivera “
“ oh “ Aku menghembus nafas ,ingat dia dah nak pergi
“ Sambung lah buat kerja “
“ Okay boss “ Aku pun letakkan hp ku dalam laci dan menyambung kerja ku yang berlambak.
Naufal menghubungi aiden ~
“ so macammana? Kau dah jumpa ke lelaki yang langgar elay? “ Aiden melihat di sekeliling nya yang sunyi dan tak berpenghuni
“ Tak. Belum lagi? “ Jawab aiden yang masih mencari manusia di sebalik suara itu
“ Aid please hati² “ Ucap naufal penuh risau
“ Okay fal. Aku letak dulu, nanti apa² aku call kau “
“ Yela. Just take care okay? “
“ Okay " Aiden terus mematikan perbualan mereka dan terus berjalan mencari seseorang. Tiba² langkahnya terhenti bila seseorang mengacukan pistol tepat di belakang kepalanya
“ Kau siapa? Mana elay? “ Muncul satu suara dari arah belakangnya. Aiden mengangkat kedua tangannya dan perlahan berpaling melihat orang itu
“ Jangan macam² .. Aku tanya mana elay anak datin zarina? “
YOU ARE READING
Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)
RomancePerpisahan yang kedua kali membuatkan seluruh kehidupan nya berubah.. Walaupun memilih gadis yang paling di cintainya namun kebahagian tiada buatnya.. Mengharapkan kasih sayang yang dulu terukir kembali ibarat sebuah mimpi yang ingin di tarik kedala...