BUKAN INI MAHUKU : 34

563 21 1
                                    

Pagi itu aku terjaga dan perhati akan aiden yang masih tertidur. Aku terkejut kecil melihatnya yang seakan begitu nyenyak sekali. Aku juga sempat tersenyum memandangnya..

Aku bangun dari sofa yang aku baring. Aku melipat kemas selimut yang aiden berikan padaku. Mata ku melihat ke arah anak tangga dan berfikir untuk naik ke atas, memandangkan aiden masih tidur. Perlahan aku melangkah dan menaiki anak tangga, sesekali aku melihat ke bawah untuk melihat aiden. Langkah ku kemudian bergerak perlahan, bila aku melihat sesuatu yang mengejutkan suasana hatiku. Gambar ku bersama aiden yang pernah tergantung dulu di dinding itu, sudah tiada lagi. Lama aku berdiam, berdiri seperti tunggul memerhati dinding kosong itu.

“ elay... “ Terdengar suara aiden yang memanggil nama ku. Aku menoleh kebelakang untuk melihatnya dan berpura² tersenyum depannya.

Aiden juga turut melihat dinding itu, tapi raut wajahnya tidak menampakkan ia kecewa. Dia juga turut membalas senyum ku..

“ kau dah bangun?aku ingat kau berjaga sampai pagi “ Tanya ku yang cuba menutupi rasa kecewa

“ Em. Kau nak breakfast dulu tak sebelum balik? “ Belum pun aku meminta diri, aiden seakan menyuruh ku pulang. Ya aku tahu hari ini adalah hari pertunangan nya. Dan betapa bodohnya aku datang padanya hanya untuk menggagalkan niatnya. Tapi,,, aku sendiri yang merasa terluka dan terabai.

“ Takpe. Aku dah nak balik pun “ Aku terus berlalu menuruni anak tangga. Aiden juga mengikuti ku sampai di hadapan pintu.

“ Elay..” Aiden menarik tangan ku

“ Biarlah aku hantar kau balik.. Kereta kau kan rosak “ Aku melihat tangan nya yang menyentuhku. Rasa hati semakin sedih membayangkan hari ini.

“ Aiden . Aku minta maaf pasal semalam, aku dah susahkan kau. Kau boleh anggap kehadiran aku malam tadi hanya lah sebuah mimpi. Anggap saja aku tak pernah datang okay? “

Aku melepaskan tangan itu, tapi aiden meraihnya semula.

“ Elay apa kau merepek ni? Aku tak faham apa maksud kau “

“ Lagi satu. Lupakan apa yang aku cakap malam tadi. Aku tahu aku dah buat perkara bodoh semalam. Semoga majlis pertunangan kau berjalan dengan lancar and aku harap kau bahagia “

Tangan ku di lepasnya semula. Dia tersenyum padaku.

“ jangan doakan kebahagiaan ku elay ,bila aku gagal dapatkan kau semula. Hermmmm,,,, Thanks sebab datang pada aku malam tadi, dan kau buat tidur ku nyaman. Aku tak pernah tidur nyenyak macam malam tadi, tapi bila kau datang aku dah boleh tidur dan bermimpi. Thanks sebab jadi penawar aku malam tadi “

Aku melihat ke arah lain, kerana aku tidak mahu dia melihat airmata ku yang jatuh mengalir.

“ Memang hari ni aku dengan rivera akan bertunang, and parents dia pun akan datang ke malaysia hari ni. Tapi, anggap lah bukan aku yang bertunang tapi orang lain. “

Aku masih menangis sambil melihat ke arah lain. Berulang kali aku menghapus airmata itu, tapi masih banyak yang ingin keluar. Aiden mendekat pada ku, terasa hangat tubuhnya menghampiri ku. Tangan ku kembali di pegangnya.

“ Andai jari ini yang tersarung cincin pertunangan ku, aku akan buat dia bahagia selamanya tanpa ada airmata. “ Jari hangatnya itu kemudian menghapus airmataku dan menarik wajah ku ke arah nya.

“ forgive me ,cause made you cry “

Tak dapat aku tahan lagi, lantas ku hulurkan kedua tangan ku belakang aiden lalu ku peluk dengan seeratnya.

************************************

Hari ini adalah hari bahagia buat keluarga aiden. Kerana hari ini adalah hari pertunangan anak sulung mereka. Semuanya sedang menyiapkan diri, masing² berhias untuk pergi ke majlis itu. Tetapi tidak bagi maudy yang berwajah sedih memikirkan afellay.

Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)Where stories live. Discover now