part 25

531 17 0
                                    

RAHSIA PERHUBUNGAN ♡
*****************************************

" korang siapa!!! " Jerit afellay dalam keadaan tangannya yang terikat serta tubuhnya. Dia di paksa duduk ke tanah dengan berlutut, sambil bahu nya di cengkam kuat oleh dua lelaki yang tidak dia kenali.

" Lepaskan aku!! Apa korang nak dari aku!! " Jerit afellay masih tidak di endahkan oleh mereka. Satu kelibat lelaki sedang turun dari kereta berjalan menghala padanya.

" Apa khabar elay " Perkataannya mengejutkan afellay. Akan tetapi wajahnya tidak dapat di kenalpasti kerana memakai kaca mata hitam.

" Kau siapa??? Mana kau tahu nama aku hah!! Lepaskan aku!!! "

" Kau mungkin tak kenal aku siapa, tapi aku cukup kenal dengan kau. Aku lega, bila kau masih hidup dan muncul depan mata aku sekarang "

" Cissss!!! Lega... Aku kata lepaskan aku!!!! "

" Aku boleh lepaskan kau, tapi kalau kau setuju dengan apa yang akan aku katakan sebentar nanti "

" Apa yang kau nak "

" Aku tahu kau mengalami hilang daya ingatan Or amnesia .betul kan? So kau tentu tak tahu siapa diri kau, siapa keluarga kau dan siapa musuh kau " Afellay menatapnya dengan penuh kebencian. Lelaki itu masih menyembunyikan identitinya.

" Kalau kau nak selamat sekali lagi. Kau kena ikut cakap aku "

" Kalau aku tak nak "

" Orang di sekeliling kau yang akan menerima padahnya "

" Apa maksud kau!!! "

" Terutamanya anak kau hahaha.. Comel anak kau "

" Kau jangan sebut tentang anak aku. Siapa kau sebenarnya!! " Afellay tertunduk menangis. Hatinya sakit kerana tidak dapat berbuat apa² .

" aku akan anggap kau setuju elay "

" Apa yang kau nak kan dari aku.. Kau siapa? Kena kau tiba² muncul? Apa salah aku dengan kau "

" Kau tiada salah. Cuma kau yang bernasib malang. " tangisan afellay semakin esak.

" Kalau kau nak terus hidup, kau kena setuju dengan apa saja yang aku suruh. Seperti 8tahun lalu "

" Apa maksud kau?? "

" Tolong jangan muncul depan keluarga kau bila ingatan kau sudah kembali nanti .Kalau kau nak orang di sekeliling kau tetap selamat, kau harus selamanya sembunyikan diri. Dan jangan pernah berfikir untuk datang kembali dalam keluarga kau "

" kenapa? Kenapa aku tak boleh jumpa keluarga aku "

" maafkan aku. Aku tak boleh beritahu kau "

" Selepas apa yang kau dah buat pada aku, kau masih terfikir nak minta maaf "

" Lepaskan ikatan dia " Kata fikri kepada anak buahnya. Mereka pun melepaskan ikatan pada badan afellay serta tangan nya.

" Jawab aku!!!! Kenapa aku tak boleh jumpa keluarga aku!!! "

Mereka terus berlalu selepas ikatan afellay terbuka. Afellay masih terjerit² meminta jawapan namun tidak di endahkan. Afellay kembali duduk dengan memeluk lututnya. Dia melepaskan tangisannya dengan sekuat hatinya. Tiba² saja hpnya berdering ,dia memadam airmatanya dan menjawab panggilan daripada emma

" Oh godddd elay kau dekat mana sekarang?????  Kau okay tak??? " tanya emma luna dengan begitu cemas

" Aku okay. Aku ada hal tadi "

" Kau dekat mana sekarang??? Kami datang ambik kau " Afellay melihat sekeliling nya yang sunyi dan gelap

" Aku dah sampai restoran. Korang takde, korang pergi mana? " Afellay menipu teman nya juga diri sendiri. Entah apa yang dia sembunyikan

Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)Where stories live. Discover now