Kata-kata ibu aiden masih terngiang-ngiang di telinga ku.Airmata ku tak henti dari mengalir.Puas aku cuba pujuk hati ku untuk melupakan , tapi hati ku masih berdegil untuk memilikinya .Apa yang harus aku lakukan di saat aku tak mampu melepaskan , tetapi dipaksa untuk melupakan .
Throwback ~
Aku duduk di bangku putih yang kosong itu .Antie eyra berdiri menatap ku dengan senyuman kecilnya.Sungguh senyuman itu mematahkan semangat ku .
"Antie tahu ,fellay dan aiden saling suka .Tapi kamu tak boleh ego .Aidi masih kecil dan dia masih belum memahami tentang ini .Antie cuma mahu kan yang terbaik untuk masa depan aidi.Antie tak ada niat untuk melukakan hati sesiapa.Terutama kamu yang pernah menjadi menantu antie .Maafkan antie fellay ,tolong lah pergi dari hidup aiden .Biarkan aiden meneruskan kehidupan dia seperti dulu "
Airmata ku deras mengalir.Antie eyra mendekat lalu memeluk ku .Dia menepuk bahu ku lalu meninggalkan aku di tempat itu .
Di hadapan meja hias ku ,aku menatap jauh ke dalam wajah ku yang begitu kesedihan.Namun aku bangkit,kerana ini bukan pengakhiran jalan cerita ku .Aku mencapai telefon bimbit ku yang terletak di hadapan ku.Aku pergi log panggilan dan menghubungi aiden .Ya mungkin ini yang terbaik, walau bukan ini yang terbaik buatku .
~~
" fal ... "Naufal datang ke villa aiden untuk menemuinya.Mereka duduk di ruang tamu sambil bersarapan bersama . Aiden meletakkan cawan coklat nya kembali ke atas meja .Naufal melihat ke wajah aiden yang kelihatan risau.
" kenapa aid ? Kau ...okay tak ni ?"
Aiden mengukir sebuah senyum kecil .
" Ada benda kau tak bagitau dengan aku " Naufal berfikir seketika dengan apa yang aiden ucapkan.
"Apa erk? Aid apa ni ? "
"8 tahun yang lalu . Masa birthday elay . " Kedua-dua wajah itu kelihatan serius .Bila aiden mengungkit kembali peristiwa 8 tahun lalu .
" Apa dia ? "
" Kenapa kau pinjam kereta aku dan ambik emma ? Dan kenapa cincin yang aku bagi elay ada dengan kau ? Kenapa fal ? Kau ... nampak ke semua yang berlaku😢 "
Throwback Aiden pergi ke rumah naufal ~
"Assalamualaikum " Aiden memberi salam sebaik tiba di hadapan pintu rumah naufal .
"Walaikumsalam " Ibu naufal datang menyapanya .
" Apa khabar antie "
" Khabar baik .Masuk lah , diaz ada dalam bilik dia . "
" terima kasih " aiden menaiki anak tangga kerana bilik naufal terletak di ruang atas . Dia tiba di hadapan pintu bilik naufal ,lalu di bukanya perlahan .Namun naufal tidak kelihatan .Matanya mencari keberadaan naufal,lalu dia terdengar bunyi air dari dalam bilik air .Lalu mengira bahawa naufal sedang membersihkan diri .Dia berjalan merapati meja kerja naufal .Dia tersenyum sendiri melihat bilik naufal begitu kemas dan tersusun rapi ...Matanya kemudian tertumpu pada satu sudut di mana ke semuanya berisi novel-novel .
"Tak sangka lah kau fal .Romantic rupanya . " aiden tertawa kecil ,kemudian terlihat satu kotak berwarna hijau .Dia mencapainya dan melihat ke pintu bilik air , naufal masih berada di dalam .Saat aiden membuka kotak hijau itu ,wajahnya berubah .
SAAT INI ~
" Bagitau aku fal ... apa sebenarnya yang jadi dan kenapa cincin elay boleh ada dengan kau ?"Aiden menyoal penuh tenang dan tiada satu pun reaksi marah pada wajahnya .
"Aku beli cincin tu sebab aku pernah nampak elay pakai dan dia suka . Tu bukan cincin kau dengan dia . Malam tu memang aku pinjam kereta kau . Awalnya aku nak ambik elay sebab aku dengar dia tak nak kau ambik dia . Tapi bila aku sampai depan rumah elay , aku nampak ada kereta merah ambik dia . Aku ingatkan itu dari kau , sebab tu aku pergi ambik emma . Aku tak tahu apa-apa pun pasal kemalangan tu "
YOU ARE READING
Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)
RomancePerpisahan yang kedua kali membuatkan seluruh kehidupan nya berubah.. Walaupun memilih gadis yang paling di cintainya namun kebahagian tiada buatnya.. Mengharapkan kasih sayang yang dulu terukir kembali ibarat sebuah mimpi yang ingin di tarik kedala...