RAHSIA DI SEBALIK KEMALANGAN ♡
*****************************************Sinaran matahari sudah menembusi ke ruang kamar aiden. Dia bangun dengan tersenyum mengingat peristiwa malam tadi. Walaupun tiada apa² yang istimewa, dia tetap merasa bahagia kerana bisa berada di sisi afellay walau hanya sebentar saja.
" Good morning sunshine........ " Aiden mencapai tuala lalu masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Aiden turun ke bawah selepas bersiap, dia menikmati sarapannya seorang diri di hadapan TV..
" Aid kita perlu bincang... " Kehadiran audi yang tiba² mengejutkan aiden yang tengah bersarapan..
" Audi? Kau buat apa pagi² kat sini? Bukan kau patutnya tengah bekerja ke? "
" Aku akan pergi selepas berbincang dengan kau " Aiden sedikit pelik. Audi duduk di hadapannya
" Kau nak bincang apa? "
" Aku tahu aku tak patut cakap, tapi aku rasa aku kena bagitau kau "
" Apa dia? "
" Tolong.... Tolong jangan ganggu afellay " Dahi aiden berkerut, dia tersenyum pelik melihat audi
" Apa maksud kau? "
" Kau jangan buat² tak faham lah aiden,. Aku kata jangan kacau afellay lagi, aku tak suka dan aku tak selesa bila kau dekat dengan dia " Tiba² saja audi bernada tegas pada aiden
" Apa masalah nya kalau aku dekat dengan fellay? Kau takde hak nak larang aku atau dia terus berkawan "
" Aku ada hak! Sebab aku...... " Aiden melihat tajam ke arah audi.....
" Sebab aku masih sayangkan dia.. Jadi tolong jangan dekati dia lagi " Aiden terus berdiri, audi juga turut berdiri. Kini mereka bertentang mata dengan penuh serius
" Sayang??? Audi kau tak malu ke cakap sayang dia depan aku? Kau sedar tak apa yang kau cakap kan ni??? Selepas apa yang kau dah buat pada dia, selepas kau ceraikan dia 2kali kau masih boleh kata kau masih sayangkan dia?? Audi lelaki jenis apa kau ni hah!!!!! Afellay bukan patung untuk kau permainkan perasaan dia!!! " Kali ini aiden meninggikan suara
" Apa yang aku buat dengan dia tu takde kena mengena dengan kau,... Kau cuma jangan dekat dengan dia, jangan goda dia "
" Boleh tahan kau ni ....." Aiden kelihatan bengang, dia duduk kembali di tempatnya..
" Aku ikhlas masih sayangkan dia aiden.. "
" Dan aku pun ikhlas untuk cuba buat dia bahagia "
" Dia tak kan bahagia dengan lelaki macam kau!!! "
" Apa maksud kau ???"
" Aid,, aku tahu kau bencikan aku sebab aku rampas salena dari kau,.. Tapi kau tak boleh rampas bekas isteri aku "
" Astagfirullah audi,,,, kau ni makin tak betul lah aku rasa... Kau tau tak perangai kau ni dah macam lelaki gila talak " Aiden menunjuk tegas ke arah audi.. Audi dengan bengang terus menumbuk wajah aiden
" Kau memang lelaki bodoh aiden !! Kau tak sedar yang afellay dengan aku ada anak!!!! Dan kau jangan bermimpi untuk dapatkan dia!!!! " Aiden dengan keras terus menolak badan audi, hingga audi terjatuh di hujung sofa. Aiden berdiri mengelap bibirnya yang berdarah akibat tumbukan keras dari audi...
" Pagi² lagi kau dah buat hal dengan aku.. Kau sentuh nama perempuan tak guna tu dalam rumah aku,.. Kau memang tak sayang mulut audi,.... Kau dari dulu lagi tak pernah berubah... Dari dulu menyusahkan aku,.. Dulu kau baru tingkatan 1 dah sibuk nak kahwin, rupanya nak kahwin dengan kaum spesies.. Eh audi kau dah gila ke ???? Bila kau masuk kolej ,...kau sibuk nak berubah sebab jatuh cinta ,rupanya jatuh cinta dengan girlfriend abang sendiri.....Bila dapat perempuan baik macam afellay ,kau campakkan dia ,kau buang dia dan sakiti dia semata sebab perempuan tak guna tu ..kau ni memang tak layak di panggil lelaki ...."
YOU ARE READING
Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)
RomancePerpisahan yang kedua kali membuatkan seluruh kehidupan nya berubah.. Walaupun memilih gadis yang paling di cintainya namun kebahagian tiada buatnya.. Mengharapkan kasih sayang yang dulu terukir kembali ibarat sebuah mimpi yang ingin di tarik kedala...