Aiden menunjukkan telefon bimbitnya kepada Amanda. Di mana dia telah merakam perbualan mereka sejak dari awal dia tiba. Amanda tersenyum, namun begitu airmatanya turut mengalir di hadapan aiden.
“ kau janji dengan aku, yang kau akan rahsiakan semuanya. Kau kejam aiden! “ Airmatanya semakin deras mengalir. Aiden melangkah ke depan untuk menghampiri Amanda. Kedua bahu Amanda di pegang nya, dia juga turut bersedih.
“ Maafkan aku manda. Maafkan aku “ Ucapan itu membuatkan Amanda semakin kuat menangis. Wajahnya tertunduk ke lantai, aiden semakin rapat padanya lalu tubuh yang tak bermaya itu di peluk nya.
“ I’m sory... “ Bisik aiden perlahan. Amanda tidak
Aiden tiba di villa nya dengan sejuta rasa sedih di hatinya. Dia duduk di ruang tamu, mengusap wajahnya yang letih. Kemudian dia bersandar pada bahu sofa itu dan menghela nafas.
“ aku tak salah elay... “ ucap nya sendiri. Tiba² hp nya berdering. Dia mengeluarkan hp nya yang berada di dalam saku. Sedikit dia merasa pelik bila panggilan tersebut daripada rivera.
“ Hello “ Kata aiden sebaik menjawab panggilan itu.
“ ni aku, vera “
“ Yea i know. Erm kenapa? “
“ Gwe pengen nanya “
“ Erm “
“ Loh gak papa kan kalo gwe bilang “
“ apa dia “
“ gwe sama naufal jadian...” Terdengar seperti suara ombak yang mendayu di lautan, aiden terkejut kecil mendengar ucapan itu .
“ aid, loh gak papa kan “
“ Sejak bila? “
“ Gak perlu gwe jelasin... Yang penting loh udah tau, kalo gwe sama naufal lagi pacaran. Udah dulu ya “ Perbualan mereka tamat. Aiden tertanya² dalam hati lalu dia tersenyum. Dia meletakkan hpnya ke atas meja, tubuh kembali di sandarkan.
“ rivera, semoga kau bahagia dengan apa yang kau pilih. Cuma itu yang dapat aku lakukan. Maaf, kerana pernah kecewakan kau... “
************************************
“ Aku rasa kau salah faham lah lay. Aku tak percaya lah aiden bersubahat dengan mak tiri kau “ Kata emma yang tidak memahami tentang semuanya. Afellay duduk menangis di ruang tamu.
“ aku dengar sendiri emma, aku tak tipu “
“ Bukan soal tipu... Tapi aku betul tak percaya lah... Mungkin ada sebab kenapa aiden buat macam tu “
“ Sebab nya dia tu penipu!! “ Ucap afellay dengan keras, dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Emma menggelengkan kepalanya, lalu beredar dari rumah afellay.
Aiden dan naufal sedang berbincang di villa milik aiden mengenai rancangan nya...
“ Okay aku setuju. Tapi macammana dengan afellay? Kau tak nak jumpa dia ke untuk jelaskan salah faham dia? “ Aiden diam seketika, dia menikmati minuman nya. Naufal menatapnya menanti jawapan.
“ Aid ... “ Panggil naufal perlahan
“ Aku takut elay tak percayakan aku dengan apa yang dia dah dengar “
“ Kau tak cuba, kau tak tahu aid... Elay akan faham bila kau jelaskan semuanya pada dia “
“ kau nak aku buat apa? “
“ Pergi jumpa elay “
“ Sekarang? “
“ habis tu? Tahun depan? Dua tahun kemudian? Ke kau nak kehilangan dia? “ Aiden menatap tajam ke dalam wajah naufal.
YOU ARE READING
Mr.Gay Mr.Husband S2 (complete)
RomancePerpisahan yang kedua kali membuatkan seluruh kehidupan nya berubah.. Walaupun memilih gadis yang paling di cintainya namun kebahagian tiada buatnya.. Mengharapkan kasih sayang yang dulu terukir kembali ibarat sebuah mimpi yang ingin di tarik kedala...