Si Miskin dan Bedebah

64 10 1
                                    

Kemiskinan ialah kutukan insan-insan
Kemiskinan dari ujung tiada setimpal
Kemiskinan nirmala berkat para bedebah
Maka hendak pula binasakan dari akar

Teriknya pendar baskara hanguskan si miskin
Tenggelamnya mentari mereka nanti nanti
Hendaklah sejenak lupa perihal pikulan
Kerana lilin batiklah tempatnya berpulang

Negara ini praja yang amat kaya raya
Lamun pun, apa pasalnya timbul kemiskinan?
Apa kerana insan tanpa pencaharian?
Ataukah sang tikus berdasi pemakan uang?

Si miskin pun berkelana ke sana ke mari
Mengorek-ngorek tong merayau sesuap nasi
Lamun, tiada pula seinsan yang peduli
Hidup segan, pun tak berhasrat perihal mati

Para bedebah duduk menyantai di kedera
Si miskin sengsara, si kaya makin membara
Seringai keji pula nampak pada bibirnya
Sambil pula para bedebah itu berucap:

"Persetanlah perihal miskin-miskin yang hampa
Aku kaya kerana dapat memburu harta
Tidaklah seperti kalian, tak berusaha!"
Dengan satu lontaran ucapan tanpa jiwa




—Elvin
Bandung, 18 November 2017

Festival Puisi GBSpirit 2017Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang