PART 9

16 2 0
                                        

Aku rasa macam drama petang. Aku tak jangka dia akan hadir semula seolah-olah macam hujan turun tanpa tanda-tanda...

Byun Jungha [POV]

Hari ini cuaca sangat baik, alangkah indahnya kalau dapat kemas bilik yang dah lama ditinggalkan. Jungha leka mengemas bilik lalu terjumpa majalah-majalah sekolah.

Jungha mula membuka buku tersebut sehinggalah dia membuka di bahagian gambar kelas dan Jungha meneliti satu persatu muka di dalam gambar itu.

Jungha : Jungkook~ 

Flashback [Byun Jungha]

Kringggg~

Pada hari itu satu sekolah melakukan aktiviti bergotong royong kerana esok adalah hari akademik untuk pelajar-pelajar yang sudah menamatkan persekolahan di situ.

Kelas Jungha ditugaskan untuk mengemas dewan sekolah, semasa Jungha sedang mengemas kawasan belakang dewan dia terserempak dengan Jungkook.

Jungkook : Minggi-ah kau gerak dulu nanti aku datang..

Jungkook mengarahkan kawan-kawan bola keranjang jalan dahulu lalu dia mendekati dengan Jungha.

Jungkook : Jungha~ aku tolong buang sampah ye..

Jungha : Eh takpelah Jungkook tak berat sangat.

Jungkook terus membuang sampah tanpa mempedulikan kata-kata Jungha tetapi Jungha dengan rasa serba salah dia menemani Jungkook sekali.

Jungha : Gomawo~ menyusahkan kau jee.. 

Jungkook : Takpe lagipun aku tengok kau sorang dekat belakang tadi. (senyum)

Jungha : "Omg Jungkook senyum dekat aku.. Jungha please jangan berangan (geleng kepala)"

Jungkook : Yahhh gwenchana?

Jungha : Eoh? "pabo pabo (mengetuk kepala)"

Jungkook : (menarik tangan Jungha) okay tak? kalau tak okay aku bawa pergi klinik sekolah.

Pada saat itu mereka bertentang mata dan pipi gebu Jungha sudah merah macam tomato. Jungkook meletakkan kedua tapak tangan ke pipi Jungha.

Jungkook : Kau tak okay ni.. Jomm aku bawa kau.. (menarik tangan Jungha)

Jungha merasa bahagia bila Jungkook begitu caring terhadapnya, Jungha membiarkan tangannya ditarik. Sampai sahaja di bilik rawatan Jungha harus menunggu pembantu perubatan.

Jungkook : Sekejap lagi MA datang. Biar aku tunggu kau.

Jungha : Jungkook aku suka kau. (terkejut) "Yahhhh Jungha paboooo (menepuk mulut)"

Jungkook : (terkejut) Mworago? Macam mana ye aku nak cakap. 

Jungha : Yahhh aku salah sebut, aku suka berangan jangan ambil serious. Takpelah aku tak sakit dan aku kena balik dewan takut dorang cari aku. Mian..

Jungha meminta maaf dengan Jungha, tidak sepatutnya dia meluahkan perasaan dia dan jikalau Jungkook menolak pasti dia merasa malu.

Jungkook : Yahhh!! "Aigoo aku tak habis cakap, aku pun suka kau tapi aku bukan terbaik untuk kau.." (memandang pintu)

End

Airmata Jungha mula mengalir apabila dia mengenangkan kisah itu dan dia terus memeluk majalah sekolah itu dengan erat.

End ---

Setelah selesai mengemas bilik, Jungha terus mengajak Taehyung ke suatu tempat yang sudah lama dia tidak melawat.

RAPUNZEL SEASON 2Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang