DISAKAT HANTU PENANGGAL

1.2K 29 0
                                    



Kala itu hujan renyai-renyai membasahi bumi. Kedinginan malam mulai terasa hingga menusuk ke tulang hitam. Halil melihat jam tangannya. Ah! Sudah lewat jam 12.30 malam. Kalaulah bukan kerana ada hal mustahak, tak kuasa dia meredah laluan Karak Highway tu malam-malam buta. Kalau naik kereta tak apalah juga, ni tunggang motorsikal buruk! Mana tau nasibnya tak baik, motornya tiba-tiba aje buat hal ataupun....?? Siapa yang susah?

Halil tidak sanggup lagi untuk membayangkan segala kemungkinan yang bakal dihadapi. Apatah lagi, bila mengenangkan pelbagai cerita seram mengenai laluan Karak Highway yang pernah didengarinya. Kisah hantu penanggal yang dikatakan suka mengganggu penunggang motorsikal tiba-tiba sahaja bermain di kotak fikirannya.

Beberapa orang pengguna laluan itu pernah terserempak dengan lembaga itu! Saat itu juga Halil mula terasa seperti ada orang membonceng di belakangnya. Serta-merta darahnya menyirap. Halil terus mengamati menerusi cermin sisi motorsikalnya namun dia tidak melihat apa-apa pun melainkan kegelapan. Halil cuba mengawal perasaan cemasnya. Sedaya upaya juga dia cuba menepis perasaan takut dari hati. Halil yakin apa yang dialaminya ada hubungkait dengan permainan syaitan. Halil terus memecut laju motorsikal yang ditungganginya itu. Dia ingin segera sampai ke destinasinya.

Dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu sekali lagi Halil mula terasa seperti ada bayang-bayang manusia bergerak di belakangnya. Tanpa berlengah dia terus membaca ayat-ayat suci untuk menghalang niat jahat makhluk halus itu dari terus menganggunya. Namun semakin dibaca, semakin kuat pula terasa debaran di dadanya. Halil dapat merasakan dirinya seperti berada di awang-awangan. Sah! Syaitan itu lebih 'kuat' daripadanya mungkin juga bacaan ayat sucinya itu tidak berkesan kerana tidak sempurna dan bacaannya tergagap gagap.

Halil dapat rasakan dia tidak mampu lagi memandu motorsikalnya itu dan terus memberhentikannya secara mengejut. Lebih baik dia tenangkan fikiran daripada terlibat dalam kemalangan. Dia cuba pusatkan fikirannya untuk membaca ayat-ayat suci dengan memejamkan matanya. Namun terasa bacaannya itu memang tidak teratur. Entah macamana pula Halil terbau satu bau yang teramat busuk, seolah terlalu hampir dengan hidungnya. Saat itu juga, Halil seolah ingin menjerit bila dia dapat melihat dengan jelas 'benda' yang berada di depan matanya itu. Hantu penanggal!!!

Dia dapat melihat ada darah keluar membuak-buak bersama ulat dan lelehan lendir daripada tubuh tanpa kepala! Bila dia memandang ke arah 'handle' motorsikalnya, sekali lagi hampir dia pengsan bila mendapati ada satu kepala sedang bertenggek di atas 'handle' tersebut. Paling mengerikan, segala urat dan ususnya itu berlambak di dalam raga motorsikalnya. Halil sudah tidak dapat mengawal perasaan takutnya. Bacaan ayat-ayat suci makin bercelaru. Keimanannya turut tergugat, tapi dia tidak ada pilihan lain selain dari melihatnya. Tidak lama kemudian, tubuh tanpa kepala itu tiba-tiba lenyap. Namun kepala itu masih ada di depannya!

Lidah yang terjelir dari mulutnya mengeluarkan cecair putih yang menjijikkan. Lidah itu sekejap terjelir dan bergulung. Dari lubang mata yang terlopong, Halil juga dapat melihat deraian ulat yang jatuh di atas tangki minyaknya. Manakala di lubang telinganya pula keluar lelehan darah dan nanah. Halil menarik nafasnya dalam-dalam.

Dan Halil memejam matanya dari terus melihat kepala yang mengelikan itu.Lama dia memejamkan matanya sambil membaca ayat ayat suci Al quran. Lalu membuka matanya perlahan perlahan dan menghembus nafas lega. Tiba tiba kepala itu hilang.Halil laju menghidupkan semula motorsikalnya. Dan memecut laju, dalam dia  membawa  motorsikalnya, dia merasakan motorsikalnya berat.Aduh apa pulak ni! Hatinya sudah berasa takut . Apalah nasib aku hari ni dah la aku penat ni ada pulak yang nak kacau!!.Mengeluh Halil panjang.

Masa dia membawa motorsikalnya perlahan kerana terasa berat, dia tidak mahu menoleh ke belakang atau melihat di cermin motorsikal itu nanti apa pulak yang dia nampak!! Tiba tiba dia ternampak  sebuah lembaga itu dan dia tidak sempat membreak motorsikalnya dan memecut laju dan melihat di sekelilingnya angin begitu kuat.

.........................

Setibanya dia di rumah sewanya dan kelam kabut membuka pintu kerana masih memikirkan tentang apa dilihat sebentar tadi.Dia tiba dibiliknya lalu mencampakkan bag kerjanya di atas katil lalu menyampai tuala mandi dan masuk ke bilik mandi. Usai mandi Halil keluar dan terjerit kecil apabila ternampak kelibat seseorang di depan pintu di biliknya.

"Kau kenapa macam nampak hantu je tengok aku?". Tanya Aril kawan serumahnya.

"Kau ni buat aku terkejut jela, aku ingat siapa tadi! Hah! kau nak apa datang bilik aku ni?".Kata Halil lepas menghela nafas lega.

"Aku terjaga tadi bila aku dengar pintu tertutup kuat lepas tu dengar orang lari, jadi aku pun keluar la nak tengok....Rupanya kau yang balik buat takut aku je! Asal time baru kau nak balik kenapa tak balik pagi esok je?".Bebel Aril kerana waktu tidurnya terngangu.

"Ouh...Aku ada hal mustahak tadi tu yang balik lambat ni!Hah kau tahu apa aku nampak  otw nak balik tadi?".Lalu menarik Aril duduk di sebelahnya di atas katil.

"Apa dia?".Blur muka Aril bila melihat muka si Halil ni.

Lalu Halil mencerita pada Aril apa jadi padanya otw nak pulang ke rumah .Meremang bulu Aril apabila mendengar cerita Halil dan terus bangun lalu ingin masuk ke bilknya.

"Weh! kau nak pergi mana aku tak habis cerita lagi lah?"Jerit Halil pada Aril yang sudah di depan pintu Halil.

"Aku nak tidur la tak nak aku dengar cerita merepek kau tu takut aku".Lalu pergi masuk ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Halil.

Halil mengeluh baru sahaja dia hendak meluahkan rasa takutnya.Lalu Halil bangun untuk menyakut tualanya dan dia memasang ayat suci Al quran di telefon takut jika 'benda' tu mengacaunya lagi dan menarik selimut dan menyelimut tubuh badannya.Dan merasakan dahinya panas. Aduh kerja dah lah banyak yang tak siap lagi ni nak demam pulak. Halil mengeluh lemah.

......................

Keesokkannya

"Weh kau tak pergi kerja ke? Dah pukul berapa ni!"Aril mengoncang Halil yang masih berbungkus dengan selimutnya.

"Aku rasa aku demam lah"Kata Halil yang menyelak selimutnya sedikit hingga ke paras dada.

"Kau nak ke mana ni Aril?" Halil melihat Aril memegang bag pakaian.Nak nak kemana pulak si Aril ni dah la tak dengar cerita aku sampai habis erkk....

"Aku kan baru balik dari rumah mak aku! Kan aku cakap aku balik kampung dua tiga hari ni mak aku sakit kau lupa ke?"Jawab Aril selamba.

Terkejut Halil lalu bangun separa dari baringnya.Dan dia baru teringat yang Aril ada cakap dan suruh menjaga rumah semasa ketiadaanya.

"Kau serius lah! Habis tu semalam tu siapa?"Halil dengan muka terkejut.

"Serius la! Kau apahal? Siapa yang datang semalam?Pencuri ke?"Tanya Aril yang memandang Halil dengan mukanya pucat.Dan merasa tangan si Halil sejuk semacam. Betul la kata Halil dia demam.

Halil yang dari tadi hanya kaku apabila mendengar kata kata Aril sebentar tadi.Dan mula bermain di fikiran muka 'Aril' semalam yang tersenyum sinis sebelum keluar dari biliknya. 

"Kau rehat lah nanti aku bawakan ubat untuk kau"Lalu menyuruh Halil baring semula.Dan berlalu pergi.

-TAMAT-







Kisah SeramWhere stories live. Discover now