Nama aku Walee, nama samaran. Cerita ni pasal rumah banglo kawan rapat aku sendiri, just letak nama die H, dan rumahnya terletak di Johor, yes, aku pun bangsa J, friendly one. Mari mulakan.
Kisah ni terjadi 6/7 tahun lepas, memang dah lama, tapi aku rasa baru semalam terjadi. Memang aku sangat selalu lepak rumah die, kebiasaannya matahari dah terbit baru kitorang tido. Malam tu aku tak rasa pun kelainan dari malam malam yang lain, same je. Kitorang lepak dalam bilik H ni lah. Rumah die atas 4 bilik, bawah 1 ke 2 x ingat. Dalam rumah masa tu ada ayah die, mak die, abang die 2 orang, so total 6 orang lah kan. So aku lepak main psp atas katil,membelakangi pintu, H main phone sambil ngadap desktop, juga membelakangi pintu, tapi pada kedudukan H, ekor mata dia memang boleh nampak pintu tu la, harap faham lah.bermulalah....
Kitorang kalau lepak bilik ni memang akan sentiasa pastikan pintu berkunci, maklumlah, anak jantan ni, macam2 perkara terlarang nak buat dalam bilik, mohon faham la, muda mudi dulu. Jadi, pintu die ni, ada dua selak kunci tau, maksudnya, ada 2 lock la, 1 dekat tombol, 1 lagi dekat atas sikit dari tombol, dan kene pusing dua kali. Memang leceh la. Tengah syok melayan aktiviti masing2, aku dengar pintu ada orang bukak. Aku x toleh pun sebab ingat mak die ke or family die yang lain cari si H ni. Aku tengok la muka H yg berdepan dengan aku tu, muka die blur. Die terus bangun pergi dekat pintu, tengok luar dan macam biasalah cerita seramkan? Memang tak ada la orang kat luar, die x puas hati, die pergi ketuk semua bilik family die tanya ada datang bilik die tak?, dan jawapannya, tiada. Jadi ktorang anggap je la tadi pintu tak tutup rapat, malas nak pikir. Die pun tutup pintu, lock atas bawah macam biasa. 10 minit lepas tu, si H ni nak terkencing, die nak bukak kunci pintu, BOoOMMM....., pintu x berkunci. Kat sini dah terbukti kepelikan mlm ni. Ok, xd la seram sangat, aku pun masa ni suam2 je cuak die, excited pun ada gak, huehuehue. Kitorang decide untuk abaikan....
NTERMISSION. ( mcm hindustan tu)
Lepas 10-15 min kejadian, kali ni pintu bilik kitorang betul2 diketuk. Bukak2, mak si H ni rupenya, die cakap ada orang pecah masuk dalam kawasan rumah sebab abg die nampak orang lalu dengan bersahaja melepasi sliding door kat bawah. Abg die dua-dua dah dekat bawah standby pepe jadi la. So ktorang pun turun ramai2 cakap ape mende yang ada, penyapu, kayu golf, ape2 je la yang ada. Ktorang sekarang semua dekat bawah, sbb ramai kan, berani la jugak. Di sebabkan kami anak jantan, 4 orang pulak tu, kami decide untuk terjah keluar beramai2. Senyap2 ktorang pergi ke arah pintu depan nak bukak pintu, tetiba je dengar orang bukak tutup pintu kereta dekat luar mcm tengah cari2 selongkar2 cari barang berharga. Dekat luar ada dalam 4 biji kereta kot, termasuk aku punya. Memang jelas bunyi bukak tutup pintu kereta tu. ktorang nekad keluar terus serbu, as expected, tak ada orang boooiiiiii.......
Ni aku nak bagitau ekh. Malam tu, angin die aku cakap, semacam, kuat x kuat, slow x slow, bertambah hujan mcm spray tu, memang berderau masa serbu keluar tu. jadi ktorang berlari lari anak la pusing keliling rumah, sah memang tak ada orang, cuma ada sekor kucing, x ingat la warna ape, mungkin tak ada kaitan. Next step, ktorang terus check pintu semua kereta yang ternyata semuanya masih lagi berkunci. Tak puas hati, ktorang unlock kereta check mana tau ada kene selongkar ke, pun tak ada. Mula2 aku fikir mungkin yang bunyi bukak tutup pintu tu dari rumah jiran, bro, jarak rumah tu ngan rumah jiran jiran dalam 25 meter radius minimum, jauh tu, yang bunyi tu mmg jelas kat rumah kawan aku tu.
Jadi, ceritanya abis camtu je la, sampai ke pagi tak tido. Sorry la kalau tidak memenuhi kriteria keseraman korang. Ape pun cerita ni bukan rekaan. Aku kene sendiri.
Ni ada sikit side story la, si H ni cerita dekat aku. Benda dekat rumah die ni pun suke main cak cak. Bayangkan la tengah bukak peti air nak minum air die cak dicelahan pintu yang terbukak tu, boleh bayangkan tak? Damn. itu sahaja buat masa ni. Banyak lagi yang die cerita dekat aku dan kawan2 aku kene kat area rumah die tu. tp yang itu lain kali je. Bye.
Nak lagi cerita seram kena lah tunggu okay!
YOU ARE READING
Kisah Seram
HorrorBacalah kalau berani !! Lagi BEST kalau baca tengah malam...... Pengalaman dari semua pihak yang terlibat terima kasih for the short stories Apa apa jadi tanggung sendiri jangan lupa vote and comment tau!!! WAIT FOR MORE SCARY STORY