Kisah ini berlaku sekitar tahun 2008. Aku ketika itu baru saja berumur 10 tahun dan menetap di kampug, Johor Bahru.Pada ketika itu, perumahan di kampung tersebut dikelilingi dengan hutan rimba. Rumah sebenar terletak di kawasan lain, oleh kerana sekolah agak jauh daripada rumah, aku terpaksa menetap bersama nenek dan atuk. Ini bagi mempercepatkan masa untuk sampai ke sekolah dengan segera. Pada mulanya aku tidak mahu kerana rumah nenek agak menakutkan dan sunyi oleh keranan dikelilingi hutan. Lama kelamaan setelah dipujuk oleh ayah, aku mula redha dan bersedia untuk tinggal bersama atuk dan nenek.
Sikap diri aku memang sungguh nakal, maklumlah budak-budak lagi. Buktinya , aku suka melastik ayam. Kalau tidak dapat aku akan rejam guna batu. Aku juga suka ambil buah-buahan di pokok rumah orang. Aku juga susah nak dapat kawan, mana tidaknya kalau perangai nakal macam ni memang patut tidak ada kawan karib.
Nak dijadikan satu cerita, suatu hari yang nyaman aku bangun awal pagi kira-kira jam 7.00 pagi. Sebenarnya aku susah nak bangun pagi macam tu tapi tak tahu kenapa hari itu aku rasa senang nak bangun awal pagi. Tercelik mata kecilku dan aku mula bingkas bangun dari tempat tidur. Tanpa mengemasnya aku melulu ke arah tandas yang terletak di dapur.
Selesai sahaja buang air kecil, aku mendapati tiada orang dalam rumah. Lupa, rupa-rupanya awal-awal pagi atuk sudah pergi kelaut untuk menangkap ikan. Nenek pula pergi ke pasar membeli barangan untuk dimasak. Aku ditinggalkan seorang diri di rumah. Bagi nenek itu perkara biasa kerana dia menganggap aku akan bangun lewat seperti hari lain.
Aku mula membuka pintu hadapan rumah. Aku menyarungkan selipar jepun usang di kaki dan mula menuruni tangga. Mataku meliar tengok sekeliling rumah. Hari masih terlalu awal pagi untuk aku bermain, kawan pun belum tentu bangun. Sedap tidur dibuai mimpi agaknya.
Aku mula berjalan ke arah belakang rumah untuk pergi ke reban ayam. Seperti biasa tabiat aku nak mengacau ayam-ayam yang ada. Bibirku tersenyum tengok gelagat ayam yang berkokok tidak tenang melihat kehadiranku. Mungkin ayam itu menggelarkan aku "penjahat".
Dalam 5 minit berselang, mataku tertumpu ke arah sesuatu, aku melihat seseorang berpakaian putih bersih sedang berdiri berhampiran hutan di belakang rumah. Kelihatan seperti budak yang sebaya denganku. Tanpa aku mengesyaki apa-apa, dengan lantang aku menjerit "Woi kau, siapa nama? Kenapa berdiri kat situ? Bahaya lah hutan tu. Meh la sini". Budak itu hanya pandang ke arah aku lalu dia mula datang dengan sebuah senyuman mesra.
Setibanya dia di hadapan aku, dia pun memberi salam "Asalammualaikum". Aku cuma senyum lalu membalas salamnya. Aku yang agak peramah ni mula bertanya nama, tempat tinggal dan macam-macam lagi. Tidak kenal maka tak cinta. Dia menjawab namanya Sufian. Budak tu tinggal di seberang hutan tu. Aku yang kusyuk dengar cuma mengangguk-anggukan kepala tanda faham.
15 minit kami berbual dan tiba-tiba Sufian meminta diri untuk pulang. Risau mak dia cari, katanya. Sebelum dia pergi, budak tersebut sempat memperlawa aku kerumahnya jika ada masa lapang. Aku anggukan kepala dan senyum sambil melambaikan tangan. Aku perhati pergerakan budak tersebut. Sampai sahaja depan hutan itu, baru sekali aku mencelikkan kelopak mata terus tidak kelihatan tubuh Sufian tersebut. Agaknya dia berlari kataku dalam hati.
Aku segera masuk ke dalam rumah apabila melihat kelibat nenekku pulang dari pasar. Risau dimarahinya kerana bermain diluar rumah awal pagi. Apabila nenek masuk kerumah dia seakan-akan tidak percaya kerana melihat aku sudah ada depan pintu melihatnya.
Pada petang hari yang sama (5.30 petang), aku terfikir adakah Sufian akan datang lagi? Hatiku melonjak untuk pergi ke belakang rumah. Tibanya di situ, aku melihat ke arah hutan. Tiada siapa pun di situ, hatiku sedikit hampa. Teringin untuk pergi ke dalam hutan sendirian untuk berjumpa dengan Sufian, katanya rumah dia seberang hutan. Tapi tidak berani aku hendak pergi sendirian, jika nenek dapat tahu sudah pasti akan diberitahu kepada ayah aku. Ayah dah la garang macam singa.
Tengah aku berangan seorang diri, tiba-tiba aku melihat susuk tubuh yang sama keluar dari celah-celah hutan tersebut. Terukir senyum dibibir. Dia datang dengan pakaian jubah yang putih bersih membuatkan aku lebih tenang melihatnya. Sekali lagi salam diberikan. Perbualan kami rancak dan aku mula mengajak Sufian melukis di atas tanah, siapa paling cantik dia menang.
Nenek aku yang keluar rumah mencari aku tiba-tiba tercegat di belakang. Orang tua itu melihat aku sedang bercakap sendirian. Baginya, tiada sesiapa disebelah aku. Nenek aku menjerit "bertuah punya budak! Tengok hari dah pagi ke petang? Dah la tak reti balik sendiri lepastu cakap sorang-sorang. Apa nak jadi dengan kau ni?". Aku yang tengah melukis tu tersentak seketika mendengar bebelan orang tua itu.
Aku melihat Sufian berdiri dan meminta diri pulang ke rumah. Aku pun menyalam tangannya sambil berkata "esok kita main lagi".
Sebelum tu dia ada kata, malam ni jemput lah ke rumah kerana ada buat tahlil dan makan-makan sikit. Bila ditanya pukul berapa, jawabnya pukul 12.00 tengah malam. Tercengang sebentar, tapi aku hanya menganggukan kepala tanda setuju. Sufian kata tepat jam 12.00 dia akan datang ke rumah nenek aku.
Nenek aku yang dari tadi membebel berhenti dan mula menarik tangan aku masuk ke rumah. Hari dah lewat dan senja. Sampai dalam rumah dia meletakkan tangannya di atas kepala aku. "Tak demam pulak budak ni, tadi cakap sorang-sorang". Aku pelik mendengar nenek cakap begitu, adakah dia tak nampak Sufian tadi?
Waktu berlalu pantas, jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku tersengguk-senggukbmenunggu Sufian untuk membawa aku pergi ke rumahnya. Entah macam mana aku boleh terlelap, mungkin kepenatan.
Kedengaran suara budak lelaki dari arah tingkap, "bangun, bangun. Jom ikut aku. Bawalah baju lebih, esok saya hantar kamu pulang". Aku yang terjaga dari tidur dengan kepala mamai hanya menuruti arahannya. Baju aku masukkan dalam beg sandang dan sedia untuk mengikuti Sufian. Perlahan-lahan aku melangkah longlai keluar dari bilik menuju ke arah pintu depan. "Pap, pap!" Kunci pintu aku buka. Aku menyarungkan selipar dan melangkah turun dari tangga. Aku melihat Sufian sudah tunggu depan hutan sambil melambai-lambaikan tangan.
Dengan tiba-tiba tangan aku direntap dari arah belakang. Tersentak bercampur terkejut dari mamai dan menoleh ke arah belakang, nenek aku kelihatan cemas. Dia menarik tangan aku lalu dibaca ayat Kursi. Aku seakan dipukau dan tersedar daripada keadaan.
Nenek aku memeluk erat dan membawa aku masuk ke dalam rumah. Dia kata aku sudah dihasut sesuatu. Bila aku cerita perkara sebenar daripada awal. Nenek aku mengatakan bahawa tu ada bunian. Kelihatan nenek aku menangis bersyukur sebab tak jadi apa-apa yang buruk kepada aku. Sejak dari kejadian itu, aku lebih peka untuk memilih kawan. Sekian.
Pesanan: jangan mudah percaya dengan sesuatu benda yang baru tanpa mengetahui asal usulnya. Kepada ibu bapa atau abang kakak yang mempunyai adik kecil, sila jaga elok-elok. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.
TAMAT
YOU ARE READING
Kisah Seram
HorrorBacalah kalau berani !! Lagi BEST kalau baca tengah malam...... Pengalaman dari semua pihak yang terlibat terima kasih for the short stories Apa apa jadi tanggung sendiri jangan lupa vote and comment tau!!! WAIT FOR MORE SCARY STORY