Assalamualaikum
Kisah aku nak kongsi dengan korang ni ialah kisah benar. Tak tipu punya. Memang pengalaman hidup yang aku sampai sekarang tak boleh lupakan. Aku siap hafal kronologi kut2 kalau aku dah kahwin nanti, ada anak, aku boleh cerita kat dorang and jadikan bed time story. Benda ni jadi masa zaman aku hadap diploma dulu. Kat sebuah kolej kat Kuantan. Aku rasa if orang Kuantan baca cerita ni, confirm tau kolej mana. Sapa orang Kuantan kat sini, nanti kat part komen sila tulis "ai". Ok masuk next paragraph pulak.Aku rasa memang normal kut, setiap asrama, kolej, institusi pengajian awam atau swasta bergabung meletop ada kes2 horror sama ada cerita tu diwarisi melalui turun temurun dari senior atau cerita rekaan bagi menambah rasa gelisah para junior. Ada jugak yang memang original dan spicy macam kes melati kat Uitm Lendu tu. Itupun based on cerita yg aku baca kat FS ni ? . Tapi macam kolej yang humble macam kolej aku ni, setiap semester memang ada je kes histeria. Sampai dulu2 kakak2 mpp dengan senior lari2 depan foyer cari warden mintak tolong. Lepas tu mesti ada announcement untuk setiap bilik baca yassin ramai2.
Tapi yang ni tak boleh lupa. Masa aku sem 3, aku ngan batch aku masa tu wajib join camping Jabatan Pertahanan Awam. So, lepas habis camping 3 hari 2 malam tu, terpulang kat student sama ada nak balik rumah terus atau nak lepak bermalam kat hostel. Macam golongan yang duduk jauh macam Penang, Kelantan, Johor, semua pakat la ramai2 duduk hostel je. Cuma yang tak bestnya kafe tutup. Tapi warden bagi la peluang kat kitorg utk keluar cari makan. So lepas habis camping.. aku tak berapa ingat seminggu ke 2 minggu kitorang cuti. Lepas tu masuk hostel balik.
Masa ni la terjadinya kejadian pelik. Memang superb bin supernatural punya gangguan la "kaum" dia bagi kat kami masa tu. Mula2 start dengan histeria. Setakat sorang dua takpe, tapi berantai la pulak. Lepas sorang, sorang kena. Masa ni pun tengah gempar kes histeria kat sekolah kat Tg Sepat tu. Tak cukup histeria, 'dia' buat kacau dalam kelas. Ada member aku cerita, dorang tengah ada listening test utk test IELTS waktu malam. Lepas tu, radio yang tengah play tu boleh off pulak. Lecturer yang masa tengah jaga tu pelik. Kejadian apakah ini. So memang 'dia' seronok la kut main on-off radio tu berulang-ulang. Last2 cancel kut test tu sebab benda tak nampak kan. Lecturer pun tak nak ambil risiko.
Sekali satu malam tu, ketua warden buat rollcall. Semua perempuan kat hostel kena turun dan berkumpul depan hostel. Yang tak bestnya masa tu, memang kami malas dan takut nak keluar bilik. Sebab memang ada ramai student perempuan tengah histeria masa tu. Tapi ustaz and the gang dah pindahkan dorang duk kat dewan. Tapi kolej kitorang ni kecik je. Jarak dewan ngan hostel tak sampai 5 minit berjalan. So memang dengarlah suara budak2 ni histeria sambil mengalunkan vocal chord E masing2. Boleh dengar la surau pasang surah yassin.
Maka dengarlah suara2 mereka bertempik lagi menyeramkan. Akhirnya ketua warden buka mulut. Hostel kami memang dilanda musibah. Dia kata, hasil perbualan dengan 'ketua'; yang attack kami tu mengatakan 'mereka' datang dengan hajat (perbualan tu dah tentulah jadi lepas pakar pengamal perubatan Islam torture 'ketua' melalui budak yg kena histeria tu). Semua kejadian ni sebenarnya berpunca dari sikap seorang student perempuan yang buat onar kat kawasan anak dia selalu main. Budak ni buat hal masa kami ramai2 bermalam kat hostel lepas dah habis camping jabatan pertahanan awam tu.
Petang tu, ada seorang student perempuan, digambarkan berpakaian putih, menukar pad kat tandas surau kolej. Kedudukan surau tu bersebelahan dengan kafe. So, lepas dia tukar, dengan konfidennya dia campak pad tu merata. Tak pasti kat pangkal pokok depan surau tu kalau tak silap. Lepas tu budak tu balik rumah dan bercuti. 'Anak ketua' tu suka main kat situ. Tapi dah ada benda tu, terus tak suka. Lalu di carinya port lain. 'Dorang' ni macam kita jugak. Bila dah jalan jauh dari rumah, dah tentu lah sesat. So, 'si anak' tadi tak balik2 rumah. Eh, korang paham an. Anak ketua ni sape. Dorang bukan manusia tau tapi makhluk ghaib. Tak sure la bunian ke ape.
Jadi, si 'ketua' ni merangkap penjaga rasmi atau parents budak tu kalut. Anak dia tak balik2. Kalau macam kita ni ada lah media sosial nak sebarkan kes hilang anak. Tapi deme ni guna la cara deme nak cari anak deme tu. Tu yang punca histeria melanda tu. Anak hilang, dipanggilnya gang buat pasukan mencari anak hilang. Tapi gang dia buat hal pulak. Kacau penghuni hostel. So, selepas sembang ngan 'ketua' tu warden kata, 'mereka' nak kami bersihkan kawasan surau tempat anak dia main tu. Dia kata pad tu tertanam lepas hujan ribut melanda masa cuti hari tu. Sebab dia yakin, kalau tempat tu bersih, anak dia balik main kat situ balik. Taaaapiiii... if tak jumpa... akan dicarinya penghuni perempuan kat hostel tu sebagai ganti anak yang hilang.
Kami ni semua da seriau. Tapi nampak lah benda positif sebab ada la activity bacaan al-quran tu jadi active. Budak2 pun kurang lepak kat kawasan meja bangku kat luar hostel time malam. Seram kut. Aku rasa lama jugak la rantaian histeria tu jadi. Lepas tu makin lama makin kurang. Lepas tu kitorang cuti sem kejap. Naik cuti sem aku dengar surau tu berjaya dibersihkan. Jumpa pad tu. 'Ketua' tu tak bohong. Dengar cerita la, gang2 mpp yang settlekan. Lepas tu dah tak de dah kes histeria jadi masa semester tu. Mungkin 'ketua' tu dah jumpa anak dia and live happily ever after ?. Akhirnya bertaut jua kasih setelah sekian lama terpisah. Kembalilah kalian ke alam sana. Usah diganggu kami di sini, gitcheww.
Cuma aku dengar version. Actually pad tu bukan mengandungi darah haid, tapi budak yang buang tu sebenarnya keguguran dan dia tak tau dia pregnant. Masa kami camping tu, memang activity lasak kaw2 abang2 JPAM tu bagi. Tak tau la betul ke tak. Wallahualam. Tapi serramm oii. Bayangkan lah. Tak lena nak tidur. Nak stay up buat assignment sebab takut terserempak ke, kena kidnap ke ngan 'bangsa dorang yang tak boleh dilihat dengan mata kasar' tu. Tapi memang harey la kan. Tak jaga kebersihan betul la budak tu. Benda kotor tu treat la elok2. Basuh, cuci dengan sabun. Balut baru buang. Identiti budak yang buang tu pun smpai sekarang kitorang tak tau. Ni la akibat dari masalah gejala sosial yg melanda negara.
Lepas aku taip ni, baru aku sedar usia aku memang dah lanjut. Lama betul tinggalkan kolej tu. Memang masa kami tu banyak yang nakal, tapi aku tak tau la generasi sekarang yang duk kolej tu macam mana. Aku dengar dari bekas pensyarah, yang junior sekarang lagi hantu daripada hantu yang menginap kat kolej tu. Tak tau la nak wat cam ne. Generasi ni generasi yang tak boleh kena rotan masa sekolah dulu. Aku dulu sempat lagi rasa?. Aku tau ada segilintir golongan ni masih lagi bertatasusila dan mengamalkan prinsip2 rukunegara, rukun iman dan islam. Mungkin ni la cabaran kita.
Aku pernah dengar pepatah arab kata, kalau kita nak tau masa depan negara tu, tengoklah pada akhlak generasi mudanya. Korang rasa sekarang macam mana? Entahla. Takut bila pikir. Ok la, terima kasih sebab membaca. Maaflah kalau tak seram. Aku pun bukan pandai mengarang. Maaf ya. Kalau yang baca lepas tu rasa mirip kes kat kolej korang ke. Mungkin kita sama2 alumni kolej tu atau mungkin kebetulan je. Aku tak nak sebut nama kolej sebab nak jaga aib institusi yang bagi aku ilmu. Teka2 la korang. Lagipun banyak kolej kat Kuantan nun.
YOU ARE READING
Kisah Seram
HorrorBacalah kalau berani !! Lagi BEST kalau baca tengah malam...... Pengalaman dari semua pihak yang terlibat terima kasih for the short stories Apa apa jadi tanggung sendiri jangan lupa vote and comment tau!!! WAIT FOR MORE SCARY STORY