Sorrry lmbt updated
Effa melangut memandang ke arah siling. Kipas yang berpusing itu sama sahaja dengan apa yang sedang bermain di dalam kepalanya. Memeningkan.
Dia berpaling pada zuriat yang dilahirkannya malam tadi. Tenang sahaja bayi itu melelapkan mata. Pipinya yang kemerah-merahan bagai meminta supaya dicubit. Comel. Ragamnya pun tidak banyak. Hanya minta disusukan sahaja apabila lapar.
Hadif! . Nama lelaki yang tidak seharusnya digelar bapa. Tekun sekali dia mengambil gambar bayi itu dari pelbagai sudut. Ada kalanya dipaksa bayi itu membuka mata.
“Comel. Kulit putih. Mahal budak ni!" Ucap lelaki yang menyebabkan dia mengandung itu. Ikatan antara mereka berdua adalah janji peribadi untuk sehidup semati. Tanpa akad yang sah, bayi itu lahir sebagai anak luar nikah.
“Nanti daddy post kat Insta. Sesiapa yang berkenan nanti bolehlah datang tengok ke sini. Lepas tu baru kita bincangkan harga. Kalau kena gayanya nanti, kita boleh beli kereta baru tau" Mudah sahaja ungkapan Hadif ke telinga Effa. Bukan dia yang mengandungkan bayi itu sampai sembilan bulan. Bukan dia juga yang menanggung sakit melahirkan bayi itu malam semalam. Puas dia bertarung nyawa untuk melahirkan makhluk tuhan yang comel itu.
“Mummy tak setuju. Mummy nak jaga budak ni sampai besar" Bantah Effa.
“Eh, Mummy jangan buat gila. Ingat tak janji kita. Budak ni sebagai modal sahaja. Daddy bagi Mummy pregnant pun pasal nak buat pelaburan tau. Dalam sepuluh ribu boleh dapat ni. Cukup untuk kita mulakan bisnes balik" Jawab Hadif tegas.
Effa senyum mengejek. Bisnes yang dimaksudkan oleh hadif itu adalah penjualan dadah kecil-kecilan yang dijalankan oleh mereka berdua sebelum ini.
“Mummy tak nak dah main barang tu. Mummy nak balik kampung. Bawa baby ni sekali. Biarlah apa orang nak kata pun" Tegas Effa.
“Heh! Aku yang selamatkan kau dari Abang dan Ayah tiri kau tu. Tak bersyukur langsung!. Kau nak diorang ratah kau lagi. Kau nak ada baby dengan diorang" Perli Hadif.
“Gila! Aku bukan nak balik ke rumah mak aku. Aku nak tinggal dengan nenek aku la. Kau pergi mampus dengan business kau. Kalau jadi apa-apa pada aku, aku report polis" Gertak Effa.
Hadif tersenyum sinis. Sempat lagi dia mengusap-ngusap rambut zuriatnya yang masih nyenyak. Tiba-tiba sahaja dia mencengkam leher bayi itu dan mengangkatnya ke atas. Bayi yang terkejut dari tidurnya terus sahaja menangis.
Effa terpaku dengan tindakan Hadif. Kalau dicengkam tangannya itu, bayi itu pasti akan mati lemas.
“Kau lepaskan anak aku tu gila!!!!..Nanti aku beritahu Misi" Ugut Effa.
Hadi memegang bayi itu dengan sebelah tangan dan merapatkannya ke dada.
“Baby, sekarang Daddy nak cerita pada Baby, siapa sebenarnya Mummy. Siapa datuk Baby. Dan apa yang Mummy buat sebelum Daddy ambik dia…Gambar-gambar special Mummy pun Daddy boleh tunjukkan..” Hadif bercerita kepada bayi yang melalak itu sambil ketawa.
“Sudahhh….stop it. Mummy ikut cakap Daddy" Effa terpaksa memberi kata putus sebelum Hadif bertindak lebih jauh.Perlahan-lahan bayi itu dibaringkan semula. Effa segera menyambut dan menenangkan bayi yang menangis itu.
“Bagus. Tengahari esok, Daddy bawa orang yang dapat baby ni ya…masyukk!!!” Ungkap Hadif riang.
Effa tidak mampu untuk menghabiskan makanan yang disediakan pihak hospital. Hanya beberapa butir nasi yang dimamahnya. Dari tengahari lagi dia tidak menjamah apa-apa. Rasa lapar menjengah perutnya namun dia masih murung memikirkan nasib bayinya yang akan diberikan kepada orang lain.
“ Kenapa ni? Menung sahaja dari tengahari tadi Akak tengok. Semalam, sebelum bersalin, bukan main seronok Akak tengok” Tegur Kak Zaleha. Penghuni katil bersebelahan. Dia pun baru sahaja melahirkan anak lelakinya pagi tadi.
“Kurang sihat Kak” Effa memberikan alasan.
“Makan nasi tu. Kamu tu menyusukan budak. Nanti kering susu tu bila kamu tak makan dan tak minum” Tegur Kak Zaleha lagi. Effa hanya menggeleng. Dia benar-benar hilang selera makan.
“Susah ke Kak kalau kita nak keluar dari wad ni” Tanya Effa.
“Kena discharge dulu baru boleh keluar. Pengawal keselamatan di luar tu dan di pintu hadapan akan tanya surat pelepasan. Lepas tu check label yang ada di kaki budak tu dan bandingkan dengan surat tu, baru boleh keluar. Dah jadi kes dulu bayi baru lahir dilarikan orang. Sebab tu peraturan semakin ketat” Jawab Kak Zaleha.
Dengan mata yang semakin mendung, Effa melepaskan satu keluhan. Tiada jalan untuk dia dan bayinya keluar dari hospital itu dengan mudah.
“Baik betul anak kamu. Sekejap-sekejap jer menangis. Bagi susu, terus tidur. Bukan macam baby Akak ni, melalak sampai puas dulu baru nak tidur” Ujar Kak Zaleha lagi. Effa hanya mempu membalas pujian kepada anaknya itu dengan senyuman.
“Laki kamu ke yang datang tengahhari tadi?” Tanya Kak Zaleha sambil memandang tajam ke arah Effa. Rasa kurang selesa ibu muda itu menjengah. Dia hanya mampu mengangguk.
“Akak nampak apa yang dia buat kat baby kamu. Kalau dia buat lagi kamu report pada polis. Akak sanggup jadi saksi. Jangan kita nak jadi pak turut sangat tau. Kalau dia berkasar atau pukul Effa. Cepat-cepat laporkan pada polis. Kalau tak berani, hubungi sahaja talian kecemasan wanita atau talian Nur. Akak pernah ada kawan yang macam tu. Mujur sekarang dah berpisah dengan suaminya” Ayat-ayat yang keluar dari mulut Kak Zaleha bertali arus. Namun wanita itu cepat-cepat beralih melihat anaknya sebaik bayi itu kedengaran menangis.
“Lapar la tu. Cepat sungguh la dia ni lapar!” Rungut wanita itu seorang diri. Perbualannya dengan Effa terhenti di situ.
Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahmalam. Jururawat yang bertugas melewati katil Effa. Ibu muda itu masih berjaga. Ada titisan jernih yang mengalir di tubir matanya. Sesekali dia akan menoleh ke arah bayinya yang bergerak di katilnya.
“Puan belum tidur?” Tegur jururawat itu. Effa cepat-cepat mengesat air mata.
“Puan tenangkan diri. Ambil masa untuk tidur bersama bayi. Kalau dia terjaga nanti, susah pulak nak tidur” Beritahu jururawat itu. Effa hanya mampu mengangguk. Jururawat itu berpaling ke arah pesakit yang lain pula.
Effa hanya mampu mengekor gerak langkah jururawat itu dengan matanya. Mesej dari Hadif sebentar tadi benar-benar meremukkan hatinya. Bayinya itu sudah ada pembeli dengan bidaan yang tertinggi. Hadif sempat menayangkan slip deposit yang telah dibayar oleh pasangan itu.
“Baby tak semurah tu tau…Mummy tetap akan sayangkan baby walau apa pun terjadi” Bisik Effa pada bayinya yang masih nyenyak tidur. Disentuhnya pipi yang kemerah-merahan itu dengan penuh santun. Rupa bayi itu seakan dirinya semasa kecil.
Nostalgia yang paling berharga buat dirinya adalah ketika ibu dan bapanya masih lagi bersama. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Tidak lama kemudian, dugaan demi dugaan melanda keluarganya sehingga memaksa ibu dan bapanya berpisah. Ibunya berkahwin lain dan dia terpaksa tinggal dengan bapa dan abang-abang tirinya. Ketika itulah bermula kisah hitam dalam hidupnya sebelum diselamatkan oleh Hadif. Cuma hidupnyaselepas itu bagaikan peribahasa, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Hadif yang berperwatakan kasar itu sebenarnya tidak bekerja dan mengambil upah menjual dadah secara kecil-kecilan.
“Kenapa Cik menangis?” Tegur satu suara lembut hampir di telinga Effa. Dia terkejut kerana menyangka Jururawat bertugas masih lagi meronda. Seorang wanita yang tidak dikenalinya tiba-tiba menyapa.
“Akak siapa?” Tanya Effa kehairanan. Sebentar tadi kedua-dua katil di kiri dan kanannya telah dikosongkan.
“Akak dari wad sebelah. Saja jalan-jalan kat dalam ni” Jelas perempuan berbaju kurung putih itu. Rambutnya disanggul kemas.
Effa tidak begitu yakin dengan kenyataan perempuan itu. Bukan senang pengawal keselamatan di pintu hadapan mahu melepaskan orang masuk ke dalam wad sesuka hati.
“Kalau Effa setuju. Akak boleh bantu Effa dan baby keluar dari wad ni” Kenyataan dari wanita itu membuatkan Effa terus melupakan niat untuk bertanya lebih lanjut tentang diri wanita itu.
“Panggil Akak, Mariam” Wanita itu memperkenalkan dirinya.
“Effa” Effa memperkenalkan dirinya sambil tersenyum.
“Macammana kita nak keluar Kak? Pengawal keselamatan ada merata-rata” Tanya Effa. Kak Mariam hanya meletakkan jari telunjuknya di bibir. Menandakan Effa supaya diam.
“Tunggu Akak datang sekali lagi nanti” Ujar Kak Mariam sebelum menghilang di balik tirai-tirai hijau yang menutupi arah laluannya.
“Jom!” Satu suara kedengaran berbisik.
Ada tangan yang menyentuh dahi Effa. Dia berasa sejuk dan terbangun dari tidurnya. Janji Kak Mariam sedikit sebanyak meringankan beban yang difikirkannya. Effa sudah mampu untuk tidur selepas bertemu dengan Kak Mariam tadi.
Dia bangun dan mencari-cari kelibat Kak Mariam. Wanita itu sudah berada di pintu keluar sambil melambai kepadanya. Dia segera mendukung bayinya dan menuju ke arah wanita itu.
Aneh betul apabila semua jururawat di meja hadapan sudah tidur nyenyak. Mudah sahaja untuk dia melepasi mereka di bahagian kaunter. Jururawat yang mundar mandir pula berada agak jauh dari situ. Pengawal keselamatan yang bertugas juga telah melelapkan mata. Cuma radio yang terpasang dari telefon bimbitnya masih kedengaran.
Effa melangkah dengan penuh berhati-hati. Suasana di hospital itu benar-benar sunyi. Sekilas pandang, Effa dapat melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul tiga pagi. Dia kembali melihat ke arah Kak Maryam yang laju cara berjalannya. Sedikit masa sahaja, dia sudah berada di dalam lif. Effa mengekor tanpa ragu-ragu.
“Kita naik ke atas ke Kak?” Tanya Effa yang nampak nombor yang telah ditekan menuju ke tingkat yang paling atas. Kak Maryam hanya berdiri tanpa menjawab soalannya. Rasa seram mula menyelubungi Effa. Kepalanya mulai berfikir semula tindakan yang dibuatnya sekarang.
“ Betul ke kita boleh keluar ikut atas ni Kak?” Soal Effa lagi. Bulu roma di lehernya mulai berdiri. Bayi di dalam dakapannya juga kelihatan gelisah.
“ Jalannya di atas ini, Dik. Akak pernah lalu” Jawapan yang diterima dari Kak Mariam membuatkan dia sedikit tenang. Dia risau melihat kulit Kak Mariam yang semakin pucat keputihan. Tubuh wanita itu juga mengeluarkan bau yang tidak begitu menyenangkan.
Mereka akhirnya sampai di tingkat yang paling atas. Sebaik pintu lif dibuka. Kelibat Kak Mariam yang ada bersamanya tadi tiba-tiba ghaib. Effa menelan air liurnya yang bergumpal di dalam tenggorok. Hatinya betul-betul berasa tidak sedap. Hanya dia sahaja yang berada di ruang itu.
Bayi di dalam dakapannya mulai gelisah. Tubuh kecil itu bergerak aktif bagaikan ada yang sedang mengusiknya. Tangisan bayi itu mulai kedengaran.
“Kenapa Sayang?” Effa mulai panik. Didodoinya bayi itu supaya tidur semula. Namun anaknya itu semakin agresif bergerak. Dia segera duduk di kerusi berhampiran dan mula menyusukan bayinya.
“Lapar rupanya” Ujar Effa di dalam hati. Dia lega melihat anaknya tenang semula.
Effa kini berbelah bagi. Adakah dia mahu meneruskan perjalanan untuk keluar dari hospital itu atau kembali ke katilnya. Namun apabila memikirkan yang bayinya akan diambil oleh orang lain. Dia bertekad untuk lari bersama bayinya itu.
Sebuah tangga besi untuk naik ke atas bumbung bangunan berada tidak jauh dari situ. Effa bangun dan menuju ke situ. Dicengkamnya besi pemegang tangan dengan sebelah tangannya dan dia mula memijak palang-palang tangga itu untuk ke atas. Bayinya di kendong kemas dengan tangan kiri.
Pintu yang membahagikan tingkat paling atas dan bumbung bangunan itu langsung tidak dikunci. Mungkin ada yang lupa untuk mengunci pintu itu. Mudah sahaja untuk Effa keluar ke bumbung bangunan. Pertama kali dalam hidupnya menjejak kaki ke tingkat yang paling tinggi.
Angin pagi menampar lembut pipinya. Effa tiba-tiba sahaja berasa sayu. Cahaya lampu yang menghiasi bandar itu dapat dilihat dengan jelas. Suatu pemandangan malam yang sangat cantik.
“Mana jalan keluarnya” Fikir Effa tiba-tiba.
Matanya liar mencari jalan yang dimaksudkan oleh Kak Mariam. Apa yang berlaku kepada wanita itu tadi hampir dilupakannya. Kesedihan yang dialaminya lebih mencengkam. Dia tidak mahu berpisah dengan bayinya untuk selama-lamanya.
“Nak ikut tak?” Suara Kak Mariam menjengah cuping telinganya. Dia berpaling melihat wanita itu yang sedang berdiri di tembok atas bumbung bangunan. Pakaiannya meliuk-liuk ditiup angin. Wajah pucat Kak Mariam kelihatan jelas disimpah cahaya lampu limpah. Effa tidak pula berasa takut.
“Ini sahaja jalan yang ada” Ungkap wanita itu lagi. Perlahan-lahan tubuhnya dibiarkan jatuh dari bangunan itu. Sempat lagi Kak Mariam memberikan pandangan yang tajam kepada Effa sambil tersenyum. Mukanya berubah perlahan-lahan menjadi rangka sebelum hilang dari pandangan Effa kerana dihalang oleh tembok.
Effa cemas dengan keadaan itu dan cepat-cepat berlari ke arah tembok untuk melihat apa yang berlaku. Matanya melilau mencari kelibat wanita itu setelah jatuh ke tanah. Namun tiada langsung kesan yang kelihatan. Hanya ada pengawal keselamatan yang mundar-mandir di tapak pakir.
“Ini sahaja jalan yang ada” Terlintas lagi perkataan yang diucapkan oleh Kak Mariam sebentar tadi. Effa mulai yakin itulah sahaja jalan yang dia ada.
Titis jernih mulai mengalir di tubir matanya. Ditenungnya bayi di tangannya puas-puas. Pipi bayi yang gebu itu dicium berkali-kali.
“Mummy tak rela berpisah dengan baby”
Effa rapat dan mulai memijak tembok di atas bumbung itu. Bayinya digendong kemas. Dia gayat melihat pemandangan di bawah. Semua benda kelihatan kecil. Namun dia tetap menguatkan tekadnya.
Angin semakin ganas menampar tubuhnya. Dia merasa bergoyang-goyang. Bayinya dipeluk kemas. Effa yakin itulah sahaja jalan yang dia ada untuk diri dan bayinya.
“ Kita keluar di sini ya, Sayang!” Ucap Effa tenang sebelum melayangkan tubuhnya ke bawah.
YOU ARE READING
Kisah Seram
HorrorBacalah kalau berani !! Lagi BEST kalau baca tengah malam...... Pengalaman dari semua pihak yang terlibat terima kasih for the short stories Apa apa jadi tanggung sendiri jangan lupa vote and comment tau!!! WAIT FOR MORE SCARY STORY