KUBUR LAMA

263 8 0
                                    

Kamal kini yang berusia 31 tahun tidak bekerja dan hanya duduk di dalam rumah sahaja. Sikapnya yang begitu membuatkan isterinya Saleha atau dikenali sebagai Leha menegur supaya suaminya itu mencari pekerjaan. Tidak kisah apa-apa pekerjaan asalkan dia tidak membuang masa duduk di rumah sahaja. Umurnya boleh dikatakan "muda" dan masih bertenaga untuk bekerja. Bukan tiada usaha yang telah Kamal lakukan untuk mendapat pekerjaan, namun banyak yang tidak terima dia bekerja. Mungkin rezeki belum datang kepadanya.

Kamal dan Leha tinggal di sebuah rumah yang sudahpun usang dan lama.

Namun mereka tidak pernah merungut malah bersyukur kerana masih mempunyai sebidang tanah dan rumah. Hari berganti hari Kamal masih juga belum dapat mencari pekerjaan. Beras dan barang dapur di rumahnya semakin berkurangan. Ini membuatkan isterinya resah. Kamal sedar akan perkara itu, apakan daya nasib tidak lagi menyebelahinya.

Kawan karibnya Seman yang tinggal tidak jauh daripada kawasan perumahannya tidak pernah putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus cuba mencari pekerjaan. Seman juga ada tolong bertanyakan di beberapa buah tempat sama ada masih ada pekerjaan kosong untuk dikerjakan oleh Kamal. Atas usaha yang tidak putus-putus, Seman telah berjaya mendapatkan satu pekerjaan yang kosong untuk kawan karibnya itu. Tetapi pekerjaan itu tidak pasti sama ada Kamal hendak terima atau tidak.

Petang yang nyaman kira-kira pukul 4.45 p.m, Seman menaiki motornya yang berjenama Suzuki. Dia menunggang agak laju menuju ke rumah Kamal. Dia melihat kamal sedang duduk bersandar di pangkin rumahnya. Sampai sahaja Seman di halaman rumah Kamal, dia disambut dengan mesra. Seman kelihatan tergesa-gesa berjalan ke arahnya.

Lelaki seusianya itu kelihatan seperti ada sesuatu berita yang hendak disampaikan. Riak wajah Seman yang tercungap bercampur gembira. Dia memberitahu kepada Kamal bahawa dia telah jumpa satu pekerjaan kosong di hujung kampung. Kamal yang mendengarnya tidak memberi sebarang reaksi, kerana baginya dihujung kampung tiada bangunan atau rumah sesiapa melainkan tanah perkuburan lama.

Seman mengatakan bahawa pekerjaan itu merupakan penjaga tanah kubur lama. Seman hanya melihat raut wajah kawan karibnya itu. Lama juga Kamal mendiamkan diri. Tiba-tiba Kamal membuka mulut

"Kenapa dalam banyak-banyak pekerjaan, itu yang kau bagitahu aku?"

"Bukan macam tu Mal, kau pun tahu pekerjaan yang ada kat kampung ni semuanya sudah tidak ada kosong. Jadi itu saja yang aku jumpa. Kau mahu?"

"Tapi kenapa Man? Bukannya tanah kubur itu memang takda orang jaga? Siapa saja yang nak masuk ke kawasan itu? Lagipun kau cakap waktu bekerja di malam hari. Kan?"

"Memang betul Mal, waktunya malam. Ni semua ada sebab kenapa kena jaga tempat tu. Ada orang masuk ke kawasan belakang tanah perkuburan tu waktu malam"

"Jadi?"

"Orang itu masuk bawa lori. Dia mencuri tanah yang ada di situ. Jadi tok penghulu nak mengupah sesiapa yang nak pekerjaan ni. Apa kata kau Man?"

Kamal hanya mengelamun dan termenung memikirkan tawaran tersebut. Dia menatap muka kawan baiknya itu. Kamal mengatakan bahawa dia setuju dengan pekerjaan itu. Baginya asalkan pekerjaan itu halal. Seman bingkas bangun dan meminta diri untuk pulang. Mereka bersalaman dan Seman melangkah pergi dari halaman rumah Kamal.

Pada malam itu tepat pukul 10.00 p.m, Kamal sudah bersiap-siap untuk bertolak ke kawasan perkuburan. Isterinya Leha telah menyediakan bekal untuk Kamal agar dia boleh makan jika berasa lapar. Tangan suaminya itu disalam dan dicium tanda hormat. Melambai tangan Leha melihat Kamal berlalu pergi.

Kamal menunggang motosikalnya menuju ke arah jalan hujung kampung. Jalan yang sunyi dan gelap, tidak kelihatan orang lalu lalang. Barangkali semuanya sedang duduk dan meluangkan masa bersama keluarga.

Kisah SeramWhere stories live. Discover now