Kisah bermula apabila saudara ibuku sakit. Bukan sorang, tapi hampir semua ahli keluarganya sakit. Pada mulanya keluargaku ingatkan mereka hanya sakit biasa, kerana mereka tidak suka bercerita tentang apa yang terjadi dalam keluarga mereka. Berjumpa pun hanya setahun sekali ketika raya.
Baru baru ini ketika kenduri kahwin salah seorang sepupu ibuku, baru lah kami tahu rupanya mereka bukan sakit biasa.
Aku dan adikku ketika itu ke surau di tingkat atas dewan berkenaan kerana anaknya merengek. Yelah time tu ramai orang plus dah lama duduk dekat meja makan. Nak bagi peluang dekat orang lain pulak menjamu selera.
Masuk je dekat surau, ada sorang makcik ni duk termenung. Aku taktau nama dia jadi anggaplah nama dia makcik tipah.
Aku pun senyum kambing je. Tak kenal..
hang ni anak sapa? Dari mana? Tiba tiba makcik tu tanya aku.
Cucu sedara ateh. Dari kuantan.
Aku tak tahu la dia kenal ke tidak ateh.
ohhh siti tu ye? Siti selalu pegi kuantan kan? Ada tak dia bawak anak dia berubat masa balik sana?
Bertubi tubi dia tanya soalan. Aku dah blur. Ateh siti tu aku jumpa setahun sekali je.
"Saya pun taktahu makcik, hari tu dia ada balik, nak jemput majlis kawin anak dia, tapi taktau pegi berubat ke tak,"
Pasal berubat tu aku hentam je. Sebab aku taktau anak ateh sakit apa.
Aku tengok makcik tu diam je. Mulut joyahku terus bertanya.
"Anak ateh sakit apa makcik? "
Dia pandang aku..Lamaa..
"Hang taktau ka? Anak dia semua duk sakit. Pak dia beli rumah sekali dengan ladang getah. Rumah tu ada benda jaga. Laa ni, bila dah depa duk rumah tu, semua duk sakit jaa." Panjang lebar makcik tu cerita.
Aku dah pandang adik aku. Tak pernah tahu pun ni. Ibu aku pun tak pernah cerita.
"Laa ye ke. Teruk ke makcik?"
Tanyaku lagi. busybody!
"Kalau dah sampai tak boleh bangun, macam mayat hidup hang rasa teruk tak teruk? " makcik tu pandang aku serius.
Dahi aku dah berkerut cuba hadam apa yang makcik tu cakap. Betul ke ni?
"Si sulung tu dah macam apa.. tak boleh bangun. yang sorang lagi asyik mengamuk sampai pernah cederakan diri dia sendiri. Sorang lagi macam patung dah takdak perasaan. "
Tanpa disuruh makcik tu bercerita. Aku dan adikku melopong. Biar betul ni!
"Dah macam-macam tempat berubat. takdak perubahan. lagu tuuu jaa"
Dalam cerita dibawah Aku ialah makcik tipah.
Petang itu aku ke rumah Kamal. Niatnya ingin menjenguk anaknya yang sakit.
Kamal tinggal berdua dengan anak lelakinya. Yang lain berada di Kuala Lumpur.
kadang-kadang timbul rasa kasihan melihat anak-anaknya yang dulunya ceria, kini sakit.
kamal...ohhh kamal.
Laungku kuat.
Sambil itu mataku meneliti bahagian luar rumahnya. Ianya Rumah kampung yang telah diubah suai. Namun keluarga itu hanya tinggal di tingkat bawah manakala tingkat atas dibiarkan kosong.
YOU ARE READING
Kisah Seram
TerrorBacalah kalau berani !! Lagi BEST kalau baca tengah malam...... Pengalaman dari semua pihak yang terlibat terima kasih for the short stories Apa apa jadi tanggung sendiri jangan lupa vote and comment tau!!! WAIT FOR MORE SCARY STORY