Wulan sedang khusyuk membelek semua barang yang di belinya tadi. Hatinya berbunga riang apabila memperoleh satu barang yang sememangnya telah menjadi hobinya sejak sekian lama. Wulan obses dengan kecantikkan apalagi ianya melibatkan rambut palsu.
"Kau beli lagi rambut palsu tu Wulan. Dalam bilik kau tu penuh dengan rambut palsu. macam-macam ada. apa lagi yang kurang?" tegur Sofia dengan baik. Di jelingnya sahabat tu dengan sekilas.
"Aku suka tengok rambut ni, cantik. kau tahu sesuatu tak Sofia, owner kedai yang jual rambut ni cakap, rambut ni rambut asli tau. kau sentuh ni, lembut" ujar Wulan dengan gembiranya. Dia langsung tidak memandang wajah sahabatnya Sofia.
"Kau tak takut ke?"
Wulan terus memandang Sofia. matanya tidak berkelip-kelip.
"Takut apa? maksud kau apa?" Soal Wulan.
"Mana tahu ada penunggu pada rambut ni. eeiii..seram aku"
Wulan terpana. tetapi, tidak lama kemudian, gadis itu ketawa berdekah-dekah. Sofia memandang Wulan dengan pandangan hairan.
"Apesal kau ketawa? tak betul ke apa aku cakap?" ujar Sofia yang sudah mula jengkel dengan sikap Wulan yang tidak mahu memandang serius tentang apa yang di bicarakan Sofia.
"Maksud kau hantu? ha..ha..ha.."
Sofia hanya mejeling Wulan yang suka benar mempersendakan sesuatu.
"Terpulanglah pada kau Wulan, aku dah cakap apa yang sepatutnya. kau nak ikut, ikutlah, tak nak sudah. aku tak paksa. jangan pulak, esok lusa berlaku sesuatu pada kau, jangan salahkan aku." bebel Sofia, ada nada sedih dan terkilan di situ.
"Kau pun tahukan Sofia, aku bukan jenis percaya hantu-hantu ni. mengarutlah semua tu, okaylah aku nak masuk bilik, nak mandi dan nak rehat. jangan kejutkan aku tau." kata Wulan terus bangun dan menapak masuk ke ruang beradunya.
"Suka hati kaulah Wulan." bisik Sofia perlahan.
4 hari berlalu..
Malam itu, Sofia keseorangan di rumah. Wulan menghantar pesanan ringkas petang tadi, bahawa dia akan pulang lewat malam itu, kerana ada temu janji dengan buah hatinya untuk makan malam.
Sofia pada mulanya bersikap biasa ketika berada di rumah, sambil menonton tv dan mengunyah makanan ringan kegemarannya.
Tiba-tiba sahaja, Sofia merasakan udara semakin sejuk. fikirnya, mungkin penghawa dingin itu di buka terlalu kuat. Tanpa lengah, Sofia mencapai remote penghawa dingin dan mengurangkan sedikit suhunya itu.
Sofia menyambung lagi tontonannya. tiba-tiba sahaja, pintu rumah utama tersebut terkuak sendiri. Sofia terus menegakkan tubuhnya dan matanya hanya memandang ke situ.
"Oh kau Wulan. awal balik? tak jadi dating ke dengan Adnan.?" Sofia menarik nafas panjang apabila yang membuka pintu itu adalah sahabatnya sendiri.
Wulan tidak menjawab. gadis itu duduk di hujung sofa. dia juga tidak menoleh untuk berkomunikasi dengan Sofia. Sofia sudah mula pelik dengan perubahan sikap Wulan yang secara drastik itu.
"Kau ni kenapa, aku tanya kau senyap je. bergaduh dengan boyfriend kau ke" Soal Sofia lagi.
"Pulangkan hak aku!" mata Sofia terbuntang luas. Wajah Wulan serta merta berubah. Wajah yang ada di hadapannya cukup teruk dan mengerikan. Sofia mula berganjak mengundurkan diri. dia tidak sanggup untuk memandang wajah makhluk itu.
"Aaaaaaaaaaaa.....!" jerit Sofia, lantas terus bangun meninggalkan ruang tamu dan kembali ke bilik tidurnya.Sofia terus menghempaskan pintu biliknya dengan kasar.
YOU ARE READING
Kisah Seram
HorrorBacalah kalau berani !! Lagi BEST kalau baca tengah malam...... Pengalaman dari semua pihak yang terlibat terima kasih for the short stories Apa apa jadi tanggung sendiri jangan lupa vote and comment tau!!! WAIT FOR MORE SCARY STORY