Aku adalah seorang wanita.
Kisah yang ingin aku kongsikan adalah mengenai pengalaman aku tinggal di kolej sebuah universiti di area Shah Alam. Sejujurnya aku cakap, aku sebenarnya sangat menggemari kisah-kisah mistik ni, aku suka dengar orang bercerita, kalau dorang tak cerita aku sendiri yang akan tanya. Setiap kali cuti sekolah pula, aku dengan sepupu-sepupu akan berkongsi cerita hantu masing-masing. Benda ni dah jadi macam aktiviti wajib cuti kitorang. Tapi aku takdelah pulak selalu kena ganggu dan taknak pun. Pernah la kena tapi biasa-biasa je.
Kisahnya macam ni, waktu ni aku semester 1. Kami budak-budak sem 1 ni memang ditempatkan di tingkat 5 atau 4. Kampus aku kecik je, so kolej pun ada 5 blok je, Blok 1 blok lelaki, blok 2,3,4 blok perempuan, blok 5 pulak campur.
Masa daftar aku dapat blok 4 aras 5. Satu aras tu ada 4 rumah, aku dapat rumah tengah-tengah. Malam first kitorang masuk rumah, aku ajak semua housemate buat bacaan Yasiin, yelah sebab tempat baru kan risau jugak, tapi yang join aku cuma Amy dengan Nad je.
Awal-awal sem takde apa-apa yang menakutkan kat rumah tu cuma aku ni dapat satu bilik dengan Nad. Masa first kitorang masuk nak kemas barang, Nad ni cakap bilik ni macam suram sikit, dia kata dia takut sebab dia ni jenis yang agak sensitive dengan bunyi-bunyi. Lagi satu bilik kitorang guna katil double decker, aku ambik katil bawah sebab malas nak panjat-panjat.
Yang Nad ni pulak cakap dia tak biasa tidur katil atas. Malam first tu aku dengan Nad dah menumpang bilik yang ada 4 orang. Antara 2 katil double decker tu, kitorang letak tilam tengah-tengah tidur kat situ. 1 tilam 2 orang. Sepanjang sem 1, Nad tak pernah sekalipun masuk tidur dalam bilik sendiri walaupun siang, kadang-kadang aku tidur je sorang dalam bilik tu acah-acah berani sebab aku dah tak tahan berhimpit dengan Nad kat 1 tilam, sakit belakang.
Kalau aku tidur sorang dalam bilik tu, aku akan make sure aku tidur awal dari orang lain, pintu aku biarkan terbukak dan aku tak bagi orang last tutup lampu ruang tamu tu. Tidur aku pulak mesti bertemankan earphone sebab aku takut terdengar something. Aku tak pernah lena tidur dalam bilik tu waktu malam, tengah-tengah malam je mesti aku akan tersedar. Siang hari lena pulak aku tidur sesorang.
-BUNGKUSAN KUNING-
Pernah sekali lepas cuti mid sem, Aku perasan ada satu bungkusan macam bunjut dalam salah satu toilet. Aku tanyalah housemate kot-kot dorang tahu apa tu, tapi dorang pun terkejut sebab tak pernah perasan pun benda tu sepanjang guna toilet. Kitorang mula-mula takut jugak nak buang benda tu, last-last sorang kawan aku, Abil ambik buangkan.
Satu hari tu entah macam mana kawan aku, Fatt terbukak cerita pasal rumah kawan dia kena ganggu. Dia pun ceritalah yang dia pun pernah kena kat rumah ni tapi biasa-biasa je macam kena tindih sebab dia dah biasa kena kat kampung dia.
-BALING BATU-
Nad pulak cerita ada satu malam tu dia dengan Fatt ni tidur lambat sebab main phone, pastu dia dengar macam ada orang baling batu kat tingkap. Dia tanyalah si Fatt yang duk sebelah tingkap tu, tapi Fatt ni tak dengar sebab pakai earphone. Bilik housemate aku Siti dengan Far tu pulak dorang cakap selalu bunyi orang tarik kerusi dan meja malam-malam. Tapi dorang buat dunno je. Aku pernah jugak bunyi tarik kerusi meja tu tapi aku rasa tu rumah sebelah kot sebab rumah kitorang paling atas sekali.Kemuncak gangguan masa sem 1 adalah masa final exam. Paper kitorang tak banyak tapi gap exam tu lama gila. Dah hujung-hujung sem kitorang semua decide tidur kat ruang tamu ramai-ramai sambil study.
-PEREMPUAN MERINTIH-
Sebelum ni Nad pernah cerita kat aku yang dia selalu dengar bunyi something selepas pukul 2 pagi. Malam tu dalam pukul 1 lebih kot, masing-masing buat hal sendiri tapi semua dah baring atas tilam. Ada yang baca buku, tengok movie, main phone. Aku main game kat phone. Habis game aku tengok jam dah hampir pukul 2, entah macam mana mulut aku masin sangat malam tu, aku tercakap "Eh nak pukul 2 dah, aku nak tidur dulu takut bunyi something" Nad dah siku aku sebab cakap camtu.
YOU ARE READING
Kisah Seram
HorrorBacalah kalau berani !! Lagi BEST kalau baca tengah malam...... Pengalaman dari semua pihak yang terlibat terima kasih for the short stories Apa apa jadi tanggung sendiri jangan lupa vote and comment tau!!! WAIT FOR MORE SCARY STORY