P1: Psycho | P.JH (Wannaone)

213 14 0
                                    

Idol- Jihoon W1, Baekhyun EXO
Y/N= Your name (reader)

****

Your POV

"Saya cintakan awak, Y/N! Harap awak boleh terima saya!" Luah seorang namja yang merangkap juniorku, Park Jihoon.

"Saya cintakan awak, Y/N! Harap awak boleh terima saya!"  Luah seorang namja yang merangkap juniorku, Park Jihoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku dah mula gelabah aku cuba abaikan dia but dia tetap jerit-jerit dan cakap benda tu berulang kali. Hell no, aku dah ada tunang ok! Aku takkan nak dia, lagipun dia muda 4 tahun dari aku. Tapi dia tak pernah panggil aku 'noona' walaupun aku tua daripada dia. Itu lagi salah satu faktor aku tak suka dia. Lagipun aku takkan mungkin boleh terima dia. Aku hanya anggap dia junior je. Tak lebih! Aku dah banyak kali tolak luahan hati dia but dia tetap paksa aku. Aku jadi rimas tahu tak! Dia tak malu ke buat macam ni tiap-tiap hari? Jerit-jerit macam orang gila?

Aku tutup telingaku dan cuba jalan selaju yang mungkin. Dah macam sasaeng fan aku tengok dia ni.

"Y/N! Tunggu!"

Aku menjerit kuat apabila dia menarik tanganku kasar dan secara automatiknya aku tampar muka dia. Geram. Tahap kesabaran aku dah hilang.

"AKU TAK SUKA KAU, BUDAK! BERAPA KALI AKU NAK CAKAP?!" Hamburku geram. Buat kali pertamanya aku tengking dia. Selama ni aku tolak dengan cara baik dan lembut. Tapi kalini aku dah tak tahan.

Aku terus pergi tinggalkan dia. Sejak kejadian tu, aku tak nampak dia lagi.

Kau terus terjaga daripada mimpi kau. Mimpi buruk. Bahagian dada kau, kau usap. Jantung kau berdegup laju. Wajah kau berpeluh. Kenapa tetiba kau ingat pada budak tu?

Kau akhirnya tidur semula kerana kau anggap itu cuma satu mimpi yang dipanggil mainan tidur. Lagipun kau dah lama tak jumpa budak tu, nak dekat 6 tahun. Entah-entah dia pun dah kahwin.

End reader POV

---

I miss u, chagi

Kau mengeluh apabila kau selesai membaca sticky note yang diselit di dalam sejambak bunga yang kau selalu dapat di depan pagar rumah kau

Apabila kau tanya rakan jiran kau, tak ada sorang pun yang tahu siapa yang bagi. Naik seram juga kau, mula-mula kat tempat kerja je, tapi dah start hantar kat rumah ni mulalah kau fikir pasal ni serius. Stalker memang macam ni ke?

Bunyi hon kereta mengejutkan kau. Segera kau angkat muka dan kau nampak kereta Baekhyun menyapa pandangan kau. Tanpa tunggu lama, kau terus masuk ke dalam kereta tu.

---

"Awak ok?" Soal Baekhyun, tunang kau. Kau hanya anggukkan kepala tanpa pandang wajah dia. Kau masih teringat pasal tadi. Dah hampir sebulan kau asyik terima bunga daripada peminat misteri kau tapi kau tak pernah luahkan pada siapa-siapa​.

[SU] 1. My Oneshot And Short Story Where stories live. Discover now