"Ada apa unnie call saya?" Soal kau setelah menjawab panggilan daripada Hyerim.
"Kamu free esok? Unnie nak kenalkan kamu dengan kawan unnie."
"Free! Kawan unnie mesti cantik juga kan?" Hyerim ketawa dengan balasan kau.
"Araso datang ke rumah unnie esok."
❤❤❤
"Jadi ini budak tu? Cantik!"
"Saya Yoona"
"Y/N!" Balas kau ramah.
"Oh ya, adakah awak mahu untuk jadi model di syarikat saya?" Soal Yoona mengejutkan kau. Kau pandang Hyerim dan dia anggukkan kepalanya.
Kau pun senyum dan anggukkan kepala kau. Tidak kau sangka semua boleh berubah begitu cepat. Nasib kau memang baik.
❤❤❤
"Y/N" Panggilan seseorang mengejutkan kau. Hoseok. Dia datang dekat pada kau.
"Kau kerja dengan Hyerim noona?" Kau angguk.
"Aku suka dengan kerja tu. Aku dapat kawan ramai orang yang cantik dan kacak." Kata kau.
"Aku nak kau berhenti kerja tu"
"Wae?" Soal kau pelik.
"Aku tak suka!" Nada dia yang sedikit tinggi mengejutkan kau.
"Kau tiada hak halang aku!" Kau terus tinggalkan dia dan sejak tu hubungan korang mula renggang. Kau selalu cuba elakkan diri daripadanya dengan sibuk dengan kerja baru kau.
❤❤❤
"Y/N!" Panggilan Hoseok mengejutkan kau. Pantas kau kalih wajah kau ke arah lain.
"Kau cuba elak dari aku?"
Diam.
"Y/N!"
"Hoseok jebal! Aku tak suka kau! Kau jangan dekat dengan aku lagi!" Kata kau dan dia terdiam.
"Kau bukan Y/N yang aku kenal dulu!"
"Jadi kau menyesal?" Balas kau geram.
Kereta mewah berhenti di hadapan kau membuatkan kau dengan Hoseok berhenti bergaduh. Belum sempat kau ke, dia menahan kau.
"Tu siapa?" Soal Hoseok kasar.
"Bukan urusan kaulah!"
"Bagitahu aku!"
"Dia Kim Mingyu. Boyfriend aku. Puas?" Balas kau. Melihat Hoseok diam saja membuatkan merentap tangan kau kasar.
Sejak dari hari tu hubungan kau dan Hoseok makin renggang. Hubungan kau dengan Mingyu pula makin rapat.
Tapi ada satu hari tu kau sakit dan terlantar di hospital. Mingyu ada melawat kau. Lepas je kau sembuh, Mingyu ajak kau berjumpa lagi.
"Saya nak kita putus." Mingyu mulakan bicaranya.
"Hah?"
"Aku dah ada orang lain. Lagi pun aku dah tak suka kau. Kau hanya cantik bila pakai makeup. Kalau tak, biasa saja."
"Okey" Balas kau dan mahu beredar daripada restoran yang menjadi tempat kau dan Mingyu berjumpa.
"Okey?" Mingyu menyoal. Kau senyum.
"Apa boleh buat kalau namja hanya memilih rupa daripada hati nurani seseorang gadis? Jadi apa yang aku boleh katakan lagi?"
"Kau" Kau terus beredar dari situ tanpa dengar kata-katanya lagi.
Di sebuah taman, kau hamburkan tangisan seorang diri pada malam tu. Namun tangisan kau terhenti apabila ada seseorang menghulurkan tisu pada kau. Segera kau angkat muka dan kau terkejut bila tengok wajah Hoseok. Segera kau bangun dari duduk dan ingin lari daripadanya namun dia terus pegang lengan kau.
"Jangan pergi lagi Y/N"
"Kenapa kau datang jumpa aku? Datang nak gelakkan aku?"
Dia geleng.
"Kenapa kau yang selalu ada bila aku susah? Kenapa kau sanggup ubah aku? Kenapa kau baik dengan aku?" Soal kau bertalu-talu.
"Aku suka kau Y/N. Dari kali pertama kau masuk ke sekolah lagi." Balasannya membuatkan kau terkejut. Jadi betul la apa yang orang kata.
"Maaf aku tak boleh terima kau" Kau terus tinggalkan dia.
❤❤❤
"Unnie saya tak larat harini. Esoklah ya" Jawab kau dalam panggilan.
"Uh unnie ugut saya? Ah araso saya datang!" Nampaknya terpaksa juga kau pergi rumah Hoseok. Harap tak jumpa dia.
❤❤❤
Kau tekan loceng untuk memanggil orang dalam rumah. Namun orang yang kau nak elak sangat kau jumpa. Hoseok. Kau dan diam lama.
"Unnie ada?" Soal kau.
"Masuklah dulu" Arahnya dan kau hanya menurut. Korang melangkah ke arah sofa. Sebaik saja korang duduk, kau dapat mesej daripada Hyerim.
From: Hyerim unnie
Mian Y/N ah, unnie ada hal. Lain kali ya kita jumpa.
Melihat mesej tu terus buatkan bangun dari duduk.
"Aku balik dulu"
"Y/N tunggu" Dia pegang tangan kau.
"Aku minta maaf." Katanya. Kau tolak tangannya perlahan. "Aku pun sama" Balas kau. Dia senyum.
"Aku lupa diri. Aku lupa siapa yang selalu ada dengan aku. Aku lupa siapa yang terima aku walaupun aku serba kekurangan." Sambung kau lagi.
"Jadi...kau boleh terima aku?" Soalnya. Kau pandang dia lama dan akhirnya kau angguk. Dia terus peluk kau.
"Thanks Y/N!"
"Yah Hoseok lepaskan aku!"
"Wuuu tahniah Y/N!" Celah Hyerim yang muncul di situ tiba-tiba. Kau terus tolak Hoseok menjauh.
"Oh jadi ini semua rancangan korang berdua?" Hyerim dan Hoseok ketawa melihat muka kau yang tak puas hati.
Namun dalam hati kau, kau senang. Dapat jumpa namja yang menerima kau seadanya.
T H E. E N D
Maaflah saya hanya kembali dengan imagine yang hambar. 😂💢
YOU ARE READING
[SU] 1. My Oneshot And Short Story
RandomDi mana imagine hambar terkumpul. @HotNamjoon_ Oneshot & Imagine Story | 2017 Cover by: @nugushio ❤️