P2: Ex | K.NJ (BTS)

101 14 1
                                    

Reader POV

Hampir tersedak aku dibuatnya bila Namjoon ajak jumpa. Aku terdiam lama.

“Boleh tak?" Soalnya di hujung talian. Aku lepaskan keluhan.

“Untuk apa?"

“Eh nak jumpa pun kena ada sebab ke?" Perli dia. Aku dah gulingkan biji mata. Eleh bukan dia nampak pun.

“Yelah, aku busy. Of course benda penting je aku akan jumpa kau" Balasku. Dia ketawa.

Datang jelah. Kat tempat biasa. Aku tunggu."

Belum sempat aku kata apa-apa dia terus letak panggilan.

Ish dia ni, aku tak cakap pun aku setuju.

---

Aku menunggu dia di tempat biasa, di kerusi berhadapan cafe yang kami selalu datang sewaktu kami masih lagi pasangan couple. Aih teringat pula kisah lama. Tak lama lepastu aku dengar bunyi deheman seseorang. Aku terus angkat wajahku. Namjoon.

“Lama tunggu?" Soalnya. Aku geleng kepalaku.

“Mian lambat" Katanya.

“Cakaplah apa yang penting sangat tu" Tanpa balas apa-apa dia terus tarik tanganku dan bawak aku masuk ke dalam kereta dia. Aku nak keluar tapi dia dah kunci kereta dia.

“Weh kau dah kenapa?! Kau nak bawak aku pergi mana?"

Dia diam dan tak balas pun percakapanku.

---

Dalam seharian ni, dia bawak aku jalan merata. Pergi tengok wayang, fun fair. Yang aku geram, aku tak nak pun dia paksa. Entah apa kena dengan dia pun aku tak tahu. Sakai kot.

“Namjoon, aku nak balik."

“Kejap lagilah. Aku masih lagi nak bersama kau." Katanya dan buatkan aku terkedu. Dia hanya memandang langit yang mulai gelap.

“Apasal aku? Tzuyu kau mana?" Soalku, tak ada niat pun nak bangkitkan isu lama but dia dah ada girlfriend, ajak la girlfriend dia. Aku juga dia ajak. Kata tadi perkara penting. Penting la sangat. Erhh.

“Kami dah putus." Jawabnya spontan. Aku sedikit terkejut.

“Jinja? Sorry." Balasku perlahan. Boleh pulak dia cari aku time girlfriend dia tu dah tak ada. Opss ex girlfriend. Eh aku bukan ex girlfriend dia juga ke? Ha whatever.

“Dahlah aku nak balik. Malam dah ni. Tak elok keluar berdua macam ni" Kataku. Dia terus pandang wajahku. Aku hanya berikan reaksi muka yang cool. Aku cakap benda yang betul apa.

Aku tak sangka kami boleh berjumpa dan bercakap macam ni semula selepas 7 tahun berlalu.

“Apa pendapat kau kalau aku nak kita getback?

----

“Aku rasakan kau terlalu terburu-buru la Namjoon. Kau tahukan dia bukannya single lagi. Kau nak rampas awek orang ke?" Soal Jimin membuatkan Namjoon terdiam.

“Aku tak tahu nak buat apa Jimin, aku asyik tak henti fikirkan dia. Aku nak dia balik, Jimin. Aku tak tahu nak buat apa."

[SU] 1. My Oneshot And Short Story Where stories live. Discover now