ENCIK PLAYBOY SUAMIKU
SEORANG gadis yang memakai blouse berwarna hijau mint sehingga paras atas peha memimpin lengan seorang jejaka yang sangat tampan. Rambut jejaka yang berwarna perang keemasan itu diusap lembut oleh gadis yang berada di sebelahnya itu.
Tidak lain tidak bukan, pasangan itu ialah Fidzwan Iskandar dan Clara. Kelihatan wajah Fidzwan bagaikan tidak mempunyai perasaan langsung.
Clara yang merasakan Fidzwan hanya mendiamkan dirinya sejak mereka datang ke mall terus berhenti. Wajah Fidzwan dipandangnya.
"You... Kenapa you asyik diam je dari tadi? Kata nak beli barang untuk wedding nanti. Tapi you diam je..." Rengek Clara dengan suara manjanya.
Fidzwan hanya diam membatu. Seketika kemudian, dia terus berlalu meninggalkan Clara yang terkebil-kebil di belakang.
Elok saja dia hendak keluar dari mall ini, Clara menarik lengannya dari belakang. Hal itu membuatkan Fidzwan terus menghentikan langkahnya. Wajah Clara dipandang malas.
"What?" Acuh tidak acuh saja Fidzwan berkata.
"You! Kenapa dengan you ni?! Are you okay? Tak sedap badan ke?" Telapak tangannya dilekapkan di dahi Fidzwan.
Fidzwan terus menepis tangan Clara lembut."I nak balik. You baliklah dengan uber."
Kata-kata Fidzwan itu membuatkan mata Clara terlopong. Sekali lagi dia menarik kembali lengan Fidzwan apabila jejaka itu mahu melangkah pergi.
"No way! Kita tak shopping lagi segala barang untuk wedding nanti. And, I want you be in my side. Please... "
Clara membuat muka rayuannya. Uwerk! Nak termuntah pulak tengok dia muka macam tu. Make up ada hati nak buat muka ala-ala cute gitu. Sorry to say but, ia akan nampak macam 'hantu raya' kalau dia buat muka macam tu.
Fidzwan menggelengkan kepalanya. "Sorry, I need to go. Next time, okay? Bye..." Ujar Fidzwan lalu dia terus berlalu pergi.
Tidak dihirau lagi gadis itu menjerit-jerit namanya. Apa yang dia nak, dia nak balik. Risau sungguh dengan keadaan Husnina. Dahlah duduk kat rumah sorang-sorang.
♡♡♡
AKU merasakan katil ini menurun ke bawah sedikit. Eh? Ada orang naik atas katil ke? Tak silap aku, aku seorang je dalam bilik ini. Dapat pula aku merasakan ada tangan mengelus rambutku lembut.
Usapan di turun ke pipi mulusku. Kemudiannya, ia turun ke bibirku. Usapan yang sungguh hangat. Siapakah orang yang sedang mengusap sekitar wajahku ini?
Dengan rasa ingin tahu, aku terus mencelikkan mataku sedikit. Hampir gugur jantungku saat ini. Sudahnya wajahku sudah terasa berbahang. Tubuhku bagaikan sudah kaku.
Fidzwan Iskandar! Kenapa dia berada di sini? Tubuhku dan tubuhnya terasa sangat dekat. Aku memejamkan mataku kembali apabila Fidzwan masuk ke dalam comforter. Lagilah membuatkan aku bertambah cuak.
"You're awake. I know..."
Terus saja aku membuka mataku. Adoi... Dia tahu pulak aku dha terjaga. Batu saja aku ingin duduk, Fidzwan menghalang.
"No. Demam kau tak kebah lagi. Just rest." Arahnya. Aku hanya mengangguk perlahan.
"Bi...bila...a..awak...balik...?" Soalku tergagap-gagap. Aish! Gagap pulak kau ni, Nina! Karang mamat ni ingat aku nervous dengan dia.
Fidzwan seperti mahu ketawa. Amboi! Mentang-mentanglah aku gagap tadi. Kau nak gelak? Kureng sungguh mamat playboy ni. Bagi penangan keindahan aku ni baru tahu. Merah pipi tu hah!
"Tahun lepas, malam raya." Balasnya sambil ketawa kecil.
Kurang asam! Orang tanya elok-elok, dia perli aku. "Ish! Orang tanya elok-elok ni..." Aku ! mencebik.
"Okay okay. Baru je. Dalam 10 minit lepas." Aku hanya meng'ouh'kan saja.
"Why you're blushing? Nervous? Cair tengok aku? Ke...kau tergoda dengan aku?" Dia mengangkat sebelah keningnya.
Uwerk! Sediakan baldi. Aku macam nak 'muntah rainbow' je dengar ayat dia tadi tu. Sorrylah. Tak cair and tak tergoda pun. Jangan nak perasan sangatlah, mamat playboy oi.
"Perasan!" Dingin saja aku berkata.
Mata aku bertautan dengan matanya. Terus saja aku melarikan anak mata. Blushing daa.
"See. Blushing lagi. You look cute when you're blushing like this..." Ujarnya lembut. Dia sempat mengenyitkan matanya ke arahku. Oh no! Aku tak kuat. Cair. Okay. Aku akui aku cair.
Daguku diraihnya lembut. Memaksa agar aku memandang ke arahnya. Anak matanya tajam menikam anak mataku. Wajahnya semakin lama semakin mendekat. Membuatkan aku menjadi gelabah.
Aku cuba untuk turun dari katil. Namun, kedua-dua belah tanganku dikunci olehnya.
"Jom lunch." Bisiknya.
Aku membuntangkan mataku. Fidzwan ketawa terbahak-bahak melihat reaksi aku. Kurang asam! Aku ingat apalah tadi. Rupa-rupanya nak ajak lunch. Takpe kau, Fidzwan! Kau tunggu ye. Kau tunggu!
Vote and comment.
Abaikan typo.
YOU ARE READING
☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
RomanceEgolah macam mana sekalipun, bila hati dah suka ego tu turun juga. Hati juga bila dah mula sayang tidak dapat diubah. . . Was ' Encik Playboy Suamiku' ©2017