ISTERI MAMAT PLAYBOY
APRON yang digantung di dinding kucapai lalu aku memakainya. Tali apron itu kuikat kemas dan memastikan agar ikatan ini tidak akan longgar.
Sedulang creampuff yang baru sahaja siap dibuat aku bawak menuju ke kaunter. Creampuff itu kususun di dalam chiller. Sedang aku menyusun creampuff ke dalam mulut chiller, ada pelanggan yang ingin membuat pesanan.
Aku berasa pelik. Kedai belum buka lagi. Macam mana boleh ada pelanggan dah? Dari menunduk, aku mendongak ke arah pelanggan itu.
"Yahh! Kau ni rupanya, Azri! Kau tak kerja ke?" Ya, orang itu adalah Azri. Bestfriend kitorang.
Azri menggelengkan kepalanya. "Tak. Aku ambil MC."
Aku mengerutkan dahiku. "Ambil MC? Kau sakit ke? Demam? Batuk?" Tekaku.
"Takdelah. Aku saja ambil MC. Nak tolong korang kat bakery ni..." Balas Azri selamba. Apakah? Saja ambil MC? Dia ni memang sanggup tak pergi kerja demi kami ke macam mana ni?
Aku mengetuk lengan Azri menggunakan dulang yang aku pegang ini. Taklah kuat sangat. Ala kadar je. Gila kau nak ketuk kuat-kuat. Dulang besi woi.
Azri mengaduh kesakitan. Lengannya diusap-usap. "Sakitlah!"
"Yang kau bengong sangat saja-saja ambil MC tu pahal? Nak kena makan kaki dengan boss kau?"
Aira yang sedang sibuk di dapur sebentar tadi terus datang ke arahku. Begitu juga dengan Isya. Amboi! Semua pakar datang kat kaunter ni kenapa? Yang Isya ni tahulah. Her boyfriend.
"Yow Azri! Kau tak kerja eh?" Soal Aira. Rambutnya yang panjang itu diikat ala ponytail. Heh, tadi duduk kat dapur kau tak ikat siap-siap ke?
Azri menggeleng. "Aku ambil MC."
"Woi kau sakit apa hah? Sakit hati?"
"Dia saja ambil MC. Katanya nak tolong kita kat bakery ni. " Ujarku. Azri hanya tersenyum kambing. Kepalanya yang tidak gatal digaru.
Isya menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ish ish ish. Tak patut kau ni, Azri. Tapi, alang-alang kau nak tolong meh sini. Ada kerja yang sesuai untuk kau."
Dengan segera Azri memasuki dapur. Amboi dia! Bukan main excited lagi. Nasiblah boss dia tu baik. Kalau tak, aku rasa dah lama dia kena sound cukup-cukup dengan boss dia tu.
♡♡♡
BAHU Fidzwan ditepuk perlahan oleh rakannya. Wajah rakannya itu dipandang.
"What?"
"Yang kau nak sangat spy dia hari ni apasal? Kerja kat office tu punya berlambak kau boleh tinggal macam tu je?" Soal Syaz yang dari tadi berada pelik dengan tindakan kawannya yang asyik menghendap-hendap mancari seseorang di dalam bakery ini.
"Kerja kat office P.A. aku boleh uruskan. Sekali sekala apa salahnya aku spy minah tu." Balas Fidzwan. Dia mengeluh seketika.
Syaz terus kembali memandang ke arah telefon bimbitnya. Malas mahu melayan Fidzwan. Lagipun, Fidzwan tidak melayannya pun. So, tak salah kan kalau dia pun tak layan Fidzwan?
YOU ARE READING
☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
RomanceEgolah macam mana sekalipun, bila hati dah suka ego tu turun juga. Hati juga bila dah mula sayang tidak dapat diubah. . . Was ' Encik Playboy Suamiku' ©2017