Bab 34

5.5K 197 15
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

"CLARA!!"

     Nama gadis yang telah merosakkan rumah tangganya diseru. Pantas gadis itu menoleh ke belakang. Senyuman manis terukir pada bibirnya. Meluat! Ya. Tersangatlah meluat dengan gadis gedik ini.

"Hi baby!" Sapa Clara lembut.

     Lengan jejaka itu cuba dipeluknya. Namun, pantas saja Fidzwan menepis kasar. Terkejut Clara dengan kelakuan Fidzwan itu. Dia hanya tersenyum.

     "You datang balik cari I ye? I know, you mesti nak bertanggungjawab atas apa yang you dah buat dekat I kan?" Soal Clara.

     Fidzwan tersenyum sinis. "Bertanggungjawab atas apa yang I dah buat dekat you? Huh? Apa yang you merepek? I tak buat apa-apa pun dekat you."

     Clara ketawa sinis. Rambutnya yang menutupi sebahagian wajah diselak ke belakang dengan gaya penuh diva. Ergh! Menyampah Fidzwan dibuatnya.

     "Fidzwan Iskandar. You dah lupa ke, apa yang kita buat masa dekat Shanghai tu? Ke, saja buat-buat lupa?" Soal Clara. Sebelah keningnya dijongket.

     Fidzwan menggengam buku limanya. Mahu saja dia lempang si Clara ni. Tapi, dia bersabar. Bersabar selagi boleh.

   "I tahu, itu semua rancangan you. Mesti you suruh orang suruhan you letakkan something dalam air I kan!? You ingat I ni bodoh sangat ke nak buat benda terkutuk tu dengan you, huh?"

     "Iwan... Dah terlambat. I mengandung okay. Anak you." Ujar Clara sambil tersenyum manis.

     Fidzwan berdecit perlahan. Apa yang perempuan ini merepek? Salah makan ubat ke apa? Atau... tak makan ubat? Atau juga terlebih makan ubat? Sah! Perempuan ini sudah tidak betul. Wayar otaknya sudah putus.

     "Clara, stop it. Tak logik kalau buat dua hari lepas, dah mengandung. And, mustahil itu anak I. Sebab kita tak pernah tidur sekali sebelum ini." Ujar Fidzwan dengan selamba.

     Wajah Clara sudah bertukar riak. Nafasnya sudah mula turun naik. "I'm sure this is your baby, Iwan! Our baby! I tak kira, you kena jugak bertanggungjawab."

     "Bukti ini anak I?" Soal Fidzwan selamba.

     Dia memeluk tubuh memandang Clara yang masih ingin mempertahankan anak yang di dalam perutnya itu ialah anak mereka. Tidak pernah-pernah di sentuh perempuan itu.

     "Aku ada bukti tu bukan anak kau."

      Satu suara membuatkan Fidzwan dan Chlorox... Eh bukan, bukan. Clara menoleh ke arah suara itu. Maaf! Tersasul pulak hehehe...

     Fidzwan menjongketkan sebelah keningnya. Syaz? Apa mamat ni buat dekat sini?

     Syaz mara ke arah Fidzwan. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu dia menunjukkan sesuatu ke arah Fidzwan. Seperti video. Syaz membisikkan sesuatu kepada Fidzwan. Clara pula seperti sudah gelisah.

     Fidzwan tersenyum sinis. Diikuti dengan Syaz. Mereka berdua kemudiannya menoleh ke arah Clara.

     Telefon bimbit itu dihalakan ke arah Clara. Mata Clara membuntang. Namun cepat saja dia mengawal reaksi terkejutnya.

     "See? Inilah rancangan you kan? You tak mengandung kan?" Soal Fidzwan sinis.

     Clara sudah terdiam seribu bahasa. Video yang ditunjukkan itu adalah video di mana Clara dan pekerja upahannya membawa Fidzwan ke satu bilik hotel. Dan video itu berakhir saat dua orang lelaki berbadan sasa itu keluar dari bilik itu. Meninggalkan Clara dan Fidzwan.

     Yang membuatkan Clara pelik, bila masa kamera litar tertutup itu berada di dalam bilik hotel itu?

     Sah! Pasti kerja Syaz.

     "I-Iwan! Dengar dulu..." ujar Clara perlahan.

     Fidzwan mengangkat sebelah tangannya. Telefon milik Syaz diserahkan kepada Syaz semula. Wajah Clara dipandang kosong.

   "Enough, Clara. I don't need you explaination. Video tu dah membuktikan segalanya. Now, you tell me. You're pregnant or not? Answer it truly."

     Clara menggenggam buku limanya. Kepalanya digeleng perlahan-lahan.

     "So, go away from my life!"

     Fidzwan terus melangkah pergi dari situ. Kakinya diatur menuju ke pintu keluar mall ini. Ya. Dia berjumpa dengan Clara di dalam sebuah mall. Nasib baik Clara tidak kecoh. Kalau tidak?

     "Iwan! Iwan!" Panggil Clara sambil mengejar langkah Fidzwan yang agak laju itu.

     Fidzwan tidak menghiraukan panggilan Clara itu. Sebaliknya dia terus saja melintas ke seberang jalan menuju ke keretanya.

     "Iwan! Iwan!!"

Baam!

     Suara Clara yang memanggilnya tidak lagi kedengaran. Hanya kedengaran suara orang ramai. Fidzwan menolehkan kepalanya. Dia tersenyum sinis.

     Clara sudahpun menemui ajalnya. Sebuah kereta telah melanggarnya. Darah berlumuran. Orang ramai pulak sudah kalut dengan situasi itu.

     Fidzwan tidak mempedulikannya. Hatinya berasa lega apabila Clara tidak akan mengacaunya lagi. Namun, satu lagi masalah yang menyerabutkan otaknya dari semalam.

     Husnina Anis.

Dua chap je lagi guysss

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua chap je lagi guysss. Bersabarlah. Cerita ni penuh kekelingan😂😂

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now