Bab 25

7K 251 18
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

TERASA ada tangan memeluk pinganggku. Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan. Gerangan yang memeluk pinggangku itu adalah Fidzwan. Aku tersenyum. Aku merenung wajahnya yang masih nyenyak tidur. Tenang je rasa.

Alhamdulillah. Dia dah mula berubah. Dia tidak lagi pergi ke kelab seperti dahulu. Syukur kepada Ilahi kerana telah membuka hatinya untuk berubah.

Aku mengusap pipinya lembut. Alahai... Best pulak usap-usap pipi dia ni. Aku cuba untuk bangun. Namun, Fidzwan memeluk pinggangku dengan begitu erat sehinggakan aku tidak dapat untuk bangun.

Aku cuba untuk mengalihkan tangannya dari memelukku. Namun, dia makin mengeratkan pelukan. Aduh. Macam mana nak bangun ni? Dia tak nak lepas la pulak. Haih.

"Stay here." Ucapnya perlahan. Matanya masih tertutup rapat.

"Abang... Nina nak pergi mandi ni." Balasku.

Fidzwan hanya menggeleng. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Tidak semena-mena dia mengucup lembut bibirku membuatkan aku terpaku.

Fidzwan mencelikkan matanya. Dia merenung segenap wajahku. "Abang rindu sayang..."

"Dahlah! Pergi mandi tu. Mengada pulak dia..." Aku tergelak kecil. Tubuhnya kutolak sedikit.

Kali ni aku berjaya melepaskan diri. Tetapi Fidzwan menarik tanganku membuatkan aku berada di atas tubuhnya. Aku tergamam seketika.

"Nanti ikut abang. Tak payah pergi kerja hari ni." Ujarnya.

Aku mengerutkan dahiku. "Kenapa? Nak pergi mana?" Soalku pelik.

Fidzwan tersenyum manis. "Kita pergi dating."

Aku hanya tersenyum. Terus saja aku berlari masuk ke dalam bilik air. Ya Allah segannya!

♡♡♡

AKU menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Kulihat Fidzwan sedang menonton televisyen di ruang tamu. Kaki kulangkah ke arahnya. Fidzwan tersenyum manis ke arahku.

"Dah siap? Jom."

Aku hanya mengikut langkah Fidzwan hingga ke luar rumah. Fidzwan membuka pintu kereta bahagian pemandu untukku. Alolo. Sweetnya. Best la kalau hari-hari macam ni. Eh? Melebih pulak kau, Nina!

Aku masuk ke dalam perut kereta. Fidzwan turut masuk ke dalam perut kereta. Fidzwan memghidupkan enjin kereta. Seketika kemudian kereta Fidzwan laju membelah jalan raya.

Lagu Terasa Ada nyanyian Sufian Suhaimi berkumandang di dalam kereta ini.

Kamu...telah membuatku
Tersenyum
Dan memandang mu
Kau hadir
Menemani disampingku

Kamu...yang mewarnakan
Cinta
Yang menghidupkan
Rasa bersamamu
kubahagia

Tiada yang mampu
Memisahkan kita berdua
Tiada yang mampu
Melenyapkan perasaan ini

Biar diuji tak pernah kuterhenti
Akan kupertahankan
Hingga nafas yang terakhir


Ralit sungguh aku menyanyi mengikut lagu itu. Rasa tenang je bila dengar lagu ni. Macam kena sangat dengan situasi aku sekarang ni.

"Amboi dia... Menyanyi sakan." Ujar Fidzwan.

Aku tersenyum. "Hehehe. Lagu ni macam situasi kita sekarang. Tu yang nyanyi habis." Balasku.

Fidzwan mengggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Aku menghalakan pandangan ke luar tingkap. Nak pergi mana pun aku tak tahu. Fidzwan tak nak bagitau.

Terasa kereta yang tadinya sedang bergerak sudahpun berhenti. Aik? Sampai dah ke? Aku menjengukkan kepala. Megamall? Nak shopping ke?

"Hari ni kita shopping je la dulu. Banyak barang yang nak habis dalam rumah tu." Ujar Fidzwan seraya dia terus keluar dari perut kereta. Aku turut berbuat demikian.

Fidzwan menggengam tanganku kemas. Kemudian kami berdua berjalan masuk ke dalam megamall ini.

Kami berdua pergi ke bahagian bahan-bahan masakan. Tetiba pulak si Fidzwan ni nak makan air tangan aku. Aku pun on je la. Lagipun, dia tak pernah makan masakan aku lagi.

"Sayang... Nanti tolong buatkan spaghetti carbonara boleh? Abang teringin la nak makan." Fidzwan membuat muka kesiannya.

Aku tergelak kecil. "Ye la. Tak payahlah buat macam tu..." Aku menampar lembut pipinya.

Fidzwan menolak troli, mengikut langkahku. Aku mula memasukkan barang yang ingin dibeli. Senang kerja. Dia tolak troli, aku pilih je barang mana yang nak beli.

"Eh? Nina? Fidzwan?"

Kedengaran seperti seseorang memanggil namaku dan nama Fidzwan. Aku memandang ke sebelah. Melopong mulutku saat ini.

"Mama!" Aku terus memeluk wanita yang aku rindui selama ini.

Mama turut membalas pelukanku. Aku meleraikan pelukan. Fidzwan kulihat bersalaman dengan mama.

"Bila mama balik? Tak cakap pun!" Aku acah-acah merajuk. Aku mencebik. Mama tak bagitau pun nak balik Malaysia.

"Baru je semalam. Saja tak nak bagitau. Suprise sikit." Ujar mama sambil tersenyum manis.

"Papa mana?" Soalku. Tak nampak pulak kelibat papa.

"Papa pergi mana entah tadi. Nina nak masak apa ni? Banyak betul barang." Soal mama apabila di lihat troli hampir penuh drnagn bahan masakan.

"Ada la. Kalau mama nak tahu datanglah rumah. Nina masak lebih. Boleh kan, abang?" Aku memandang ke arah Fidzwan.

Fidzwan tersenyum. "Of course la boleh. Datanglah mama. Ajak papa sekali." Balas Fidzwan lalu dia memeluk bahuku.

Mama menganggukkan kepalanya. "Ye la. Nanti mama datang. Eh? Mama pergi dulu la ye? Karang papa cari tak jumpa."

"Okay. Jangan lupa datang tau!" Aku mengingatkan mama.

"Ye, ye. Mama datang. Ish, Nina ni." Ujar mama lalu dia pun beredar dari sini.

"Sayang, ni dah habis ke belum?"

"Dah. Jomlah pergi bayar. Nanti lambat pulak nak masaknya." Ujarku. Lalu aku dan Fidzwan terus menuju ke kaunter bayaran.


 Lalu aku dan Fidzwan terus menuju ke kaunter bayaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf la kali ni bosan. Idea utk chap ni tk masuk😪😪 K la. Vote and comment. Nak spam pun tak pe. Jgn report sudah😹😹

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now