Bab 3

9.6K 335 22
                                    

ISTERI MAMAT PLAYBOY


HARI yang dinanti-nantikan sudah tiba. Hari yang mendebarkan. Hari yang bakal menjadi sejarah hidupku. Namun, apakan daya. Aku terpaksa juga meneruskan perkahwinan ini. Demi orang tuaku.

Wajahku sudah siap disolek. Solekannya tidaklah terlalu tebal. Masih lagi kelihatan natural. Aku tidak suka solekan yang tebal. Cukup sekadar nampak natural.

Orang ramai sudah berkumpul di dalam masjid ini. Acara akad nikah akan bermula pada pukul 9.00 a.m. Sekarang baru sahaja pukul 8.15. Masih ada masa lagi untuk tenangkan hati dan fikiran yang sudah serabut.

Isya dan Aira yang sudah siap berpakaian baju kurung moden datang ke arahku yang setia duduk di atas pelamin serba putih ini.

"Nampaknya kawan baik kita ni bakal berkahwin la ye." Ujar Isya. Nampak macam merajuk.

"Kan. Lepas ni tak boleh la lepak selalu.." Aira mencebik. Alahai. Sedih sangat ye diorang ni.

"Ish korang ni. Ada-ada je. Dah lupa ke yang aku ni kahwin paksa?" Balasku.

"Kahwin paksa pun, kau tetap isteri orang."

"Betul tu."

"Hmm..Apa-apa je la..." Ujarku. Malas pulak nak layan 'ceramah free' Isya dengan Aira ni. Well, perkahwinan ni tidak membawa apa-apa kebahagian pun. Kami hidup macam biasa, tidak seperti suami isteri.

Tidur bilik sekali? Memang taklah. Pergi honeymoon? Maybe never. Semua itu takkan terjadi. Sebab kami bukan kahwin atas dasar cinta. Ini semua atas permintaan ibu bapa kami.

Isya dengan tiba-tiba menolak bahuku kasar. Wah wah wah. Suka hati mak nenek kau je nak tolak-tolak bahu aku ni. Tak boleh nak panggil ke? Mulut ada kan. Cakap la. Ni main tolak-tolak pulak. Ha, mulalah aku aku 'berceramah' kat sini.

Aku menjeling Isya tajam. "Kau apasal tolak-tolak bahu aku?"

"Aku panggil kau banyak kali, kau tak bagi respons pun. Tolak bahu kau tu baru la kau sedar dari alam maya kau tu." Balas Isya lalu dia merengus kasar.

Dia panggil aku ke tadi? Aku tak perasan pun. Sah aku tengah mngelamun tadi. Hahaha.

"Err..Kau memang panggil aku ke tadi?"

"Ya Allah! Habis air liur aku ni panggil kau. Tapi kau keras macam batu je tadi."

"Hehehe...Sorry. Ha, apasal kau panggil aku?"

"Tu, bakal suami kau dah sampai."

Aku terus mengalihkan pandanganku ke hadapan. Oh God! Handsomenya dia! Selama ni apasal aku tak perasan yang dia ni handsome eh? Whatever, patutlah ramai perempuan-perempuan kat luar sana tu gilakan dia.

Aku? Langsung tak ada rasa nak tergilakan dia. Apa guna kalau handsome, tapi playboy. Entah solat cukup ke tak tu. Mohon jangan terasa wahai para playboy sekalian. Patik mintak ampun.

"Ha, terbeliak mata tu tengok bakal suami dia tu..." Usik Aira sambil ketawa kecil. Diikuti dengan Isya.

"Mana ada. Aku just tengok je." Balasku yang cuba untuk cover dari diorang berdua ni.

"Oklah babe. Kami duduk kat sana dulu ye. Good luck." Ujar Isya dan Aira lalu mereka pun pergi ke satu sudut.

Acara akad nikah bakal dimulakan. Jantungku berdegup kencang. Nafasku mula tidak teratur. Ya Allah, hilangkanlah rasa gelisah yang menyelubungi lubuk hatiku ini.

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now