ENCIK PLAYBOY SUAMIKU
"Hoi Nina! Kau mengelamun apa tu hah?"
Terinjut sedikit bahuku saat dijerkah oleh seseorang. Dan orang itu adalah Isya. Isya menyengol lenganku. Wajahku direnungnya. Lama.
Apabila dia perasan aku tidak melayannya, kedengaran Aira menjerit dengan kuat. Hal itu membuatkan aku terus memandang ke arah Aira. Aku mengangkat sebelah keningku.
"Apasal kau ni?"
"Kau tengoklah apa yang dah jadi dengan adunan kek tu...! Kau masukkan apa hah sampai jadi warna hijau khaki ni?!" Aira menunding jari ke arah adunan kek yang berada di hadapanku ini.
Aku terus memandang ke arah adunan kek ini. Membuntang mataku saat ini. Alamak! Apa yang aku dah buat ni?
Aku memandang ke arahku. Aku tersenyum menampakkan gigi ke arah Aira. Kepala yang tidak gatal kugaru. Aira mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia kemudiannya berlalu pergi dari dapur ini.
Isya merenungku lama. Renungannya sangatlah mencurigakan. Mana tidaknya. Dia tenung aku macam aku ni ada buat salah besar je. Alah. Adunan kek aku boleh je buat lain. Tak payahlah tenung aku macam tu.
"Yang kau ni dah kenapa, Isya?" Soalku kepada Isya.
Aku terus menuju ke arah tong sampah untuk membuang adunan kek yang telah kurosakkan sebentar tadi. Isya pula hanya mengekori aku dari belakang.
Aku pergi sinki, dia ikut. Aku pergi kaunter pembayaran sekejap, dia ikut. Sampaikan aku masuk tandas pun, dia tunggu depan pintu tandas.
Apasal minah ni hari ni? Kena rasuk jembalang tanah ke? Tak pun, tak puas hati sebab aku tak layan dia? Haish!
"Isya Hanani. Cuba kau bagitau aku, apa masalah kau? Ikut aku ke hulur ke hilir dah kenapa?" Soalku sebaik saja aku menghampirinya.
"Taklah...Aku pelik dengan kau." Balas Isya. Dia menarik kerusi plastik lalu duduk berhadapanku. Aku juga turut berbuat demikian.
"Pelik pasal aku? Apa yang peliknya aku hari ni?" soalku. Berkerut-kerut dahiku mendengar jawapan dari mulut Isya. Aku rasa dia yang pelik hari ni. Bukan aku.
Isya mengeluh perlahan. Wajahku direnungnya. "Kau...Ada masalah ke?"
"Hah?"
"Aku tengok kau asyik mengelamun je. Apasal? Kau gaduh dengan Fidzwan ke?" Soal Isya.
Ahh sudah! Dia tanya dah. Macam tahu-tahu je kalau aku megelamun sikit, mulalah tanya aku ada masalah ke tak. Biasalah kan. Kawan baik selama sepuluh tahun manalah yang tak tahu diri kita ni macam mana kan? Diorang pun dah tahu sangat yang kita ni macam mana. Macam family.
Aku menundukkan wajahku memandang lantai. Tak tahulah sama ada nak bagitau Isya pasal semalam ataupun tidak. Kedengaran Isya mengeluh.
"Ceritalah kat aku."
Aku mengangkat wajah memandang Isya. Nafas kutarik sedalam-dalamnya lalu aku menghembusnya. Isya seperti sudah tidak sabar aku memberitahunya perkara yang disembunyikan sejak tadi.
"Macam ni...Fidzwan luahkan perasan dia kat aku semalam..."
Belum sempat aku menghabiskan bicara, Isya tersembur air jus oren yang baru sahaja dihirupnya sebentar tadi ke wajahku. Aku terus memberikan jelingan maut kepada Isya yang sudah tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik.
Kurang asam sungguh! Dahlah semalam kena simbah dengan minah senget tu. Hari ni kena sembur dengan Isya pulak. Apalah nasibku...
Isya terus mencapai beberapa helai tisu lalu diserahkan kepadaku. Aku dengan kasarnya mengambil tisu itu dari Isya lalu aku mengelap wajahku yang terkena jus oren yang telah disembur Isya.
"Sorry...Aku terkejut sangat tadi. Eh. tapi kan...Seriouslah Fidzwan luahkan perasan dekat kau? Kau terima tak?" Soal Isya.
"Yes, dia luahkan perasaan dia kat aku semalam. Aku tak percaya pun apa yang dia cakap tu. Aku terus blah macam tu je semalam..."Balasku.
Terkejut aku apabila Isya tiba-tiba sahaja menampar lenganku kuat. Aku terjerit kecil. Takkanlah nak jerit kuat-kuat. Customer dengar, buat malu je. Aku megusap lenganku yang ditampar kuat oleh Isya. Pergh! Kebas kot! Tak sakit ke tangan tampar aku kuat-kuat, Isya?
"Auch! Sakitlah mangkuk! Kau ni dah kenapa tampar aku?"
"Kaulah! Kau boleh pulak buat suami kau macam tu? Nina, dia suami kau kot. Kau boleh pula tak percaya kata-kata suami kau tu..." Balas Isya. Sekali lagi lenganku ditamparnya. Tetapi kali ini tidak sekuat tadi tamparannya.
Wajah Isya yang seperti tidak berpuas hati itu kupandang. Hok aloh! Bukan suami dia, tapi dia yang tak puas hati semacam. Pelik aku. Aku ingat dia nak sokong aku ke apa. Tapi, hampa! Terus lengan au ni jadi mangsa tamparannya.
"Huh! Suami? Ada ke dia nak anggap dia tu suami aku? Dia anggap ke aku ni isteri dia? Aku tak pernahlah anggap dia suami aku! Kami berdua ni suami isteri atas kertas je. Tak ada makna pun perkahwinan kami ni!"
Selesai berkata begitu, aku terus berlalu pergi meninggalkan Isya. Belum sempat aku keluar dari dapur ini, Isya bersuara.
"Suatu hari nanti, kau dengan dia bukan lagi suami isteri atas kertas. Percayalah, korang akan bahagia..."
Aku terus berlalu pergi meninggalkan bakeri ini. Aku yang aku mahu sekarang ini, aku nak balik. Aku nak tenangkan fikiran aku yang tengah serabut ini.
Aku nak buang semuanya tentang apa yang Fidzwan luahkan kepadaku semalam. Anggap sahaja apa yang dia cakap semalam tak pernah diungkapkan. Never.
Pendek lagi la...Sedihnya...Dah type punyalah lama. Tapi tak sampai 1000 words pun. :'( Takpe2, nanti aye update lagi. But, next update yang last tau. Sbb nk kena siapkan semua homework yang dh macam gunung everest tu. Ok la. Vote & Comment. Meh la semakkan conversation aye. Hehehe.. :)
YOU ARE READING
☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
RomanceEgolah macam mana sekalipun, bila hati dah suka ego tu turun juga. Hati juga bila dah mula sayang tidak dapat diubah. . . Was ' Encik Playboy Suamiku' ©2017