Bab 24

7K 278 19
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

AKU melangkah masuk ke dalam Secret Garden Bakery. Kelihatan Aira sedang sibuk melayan pelanggan di kaunter. Aku melangkah ke dapur. Apron kucapai lalu aku menyarungkannya ke tubuhku.

Aku mengambil bahan-bahan untuk membuat macaroon. Perlahan sahaja pergerakkanku ketika ini. Rasa macam tak ada mood je nak kerja. Tapi, disebabkan aku bos kat sini, aku kenalah jugak kerja. Mana h7 asyik cuti je. Bos apalah kalau macam tu.

"Babe, kau okay ke tak? Aku tengok kau hari ni slow je... Apasal?" Soal Isya.

Aku hanya menggeleng. Mataku hanya tertumpu pada bahan-bahan untuk membuat macaroon ini sahaja. Sentuh pun tidak. Tengok je.

Isya mengeluh perlahan. "Nina, cuba kau bagitau aku apa masalah kau. Tak best la kalau kau senyap je." Isya mengusap bahuku perlahan.

Aku menghembus nafas perlahan. Lambat-lambat aku memandang ke arah Isya. Pandangan sayu kuberikan kepadanya.

Isya memandang pelik ke arahku. Dahinya berkerut-kerut memandang ke arahku. Terasa cecair jernih mula bertakung di tubir mata. Apabila terasa sudah memberat, cecair itu laju saja jatuh dari tubir mata.

Cecair itu mengalir tanpa henti. Isya yang terkejut denganku terus memelukku erat.

"Eh, Nina. Kau kenapa ni?" Soal Isya yang sudah panik.

Cecair jernih itu masih lagi belum berhenti. Kedengaran tanggisan kecil dalam ruangan ini. Isya mengusap bahuku perlahan. Cuba untuk menenangkan aku.

"Aku takut..." Ujarku perlahan. Namun, mampu didengari oleh Isya.

"Kau takut apa hah? Cer bagitau aku. Jangan buat aku risau, Nina..." Isya merenung segenap wajahku. Sungguh wajahnya nampak begitu risau melihat keadaanku.

"Aku jatuh cinta dengan playboy tu..."

♡♡♡

KAKI kulangkah menuju ke arah Aira yang sedang sibuk menyusun kerusi yang berselerak di dalam bakeri ini. Jam sudah menunjukan pukul sembilan malam. Hari ni kami tutup kedai awal sebab semua stok dah nak habis.

Aku membuka apron yang berada di tubuhku. Beg tanganku yang berada di atas meja kucapai lalu aku melangkah keluar dari dapur ini.

Isya sudah pulang ke rumah terlebih dahulu kerana ada kecemasan. Jadi, hanya tinggal aku dan Aira sahaja sekarang ni.

"Nina. Erm... Kau dengan Fidzwan macam mana? Okay?" Soal Aira tiba-tiba.

Aku hanya menjongketkan bahuku. Kedengaran Aira mengeluh perlahan.

"Bukalah hati kau untuk dia. Aku tahu, dia boleh berubah. Kalau bukan kau yang akan ubah dia. Please, babe. Aku tak nak kau terseksa. Terseksa sebab kau pendam perasaan tu lama-lama. " Ujar Aira panjang lebar.

Aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang perlu dibalas.

Jujur aku cakap aku keliru dengan perasaanku ketika ini. Aku takut. Aku takut untuk jatuh cinta buat kali kedua. Aku serik. Serik dengan masa lampauku.

"Aira, aku balik dululah. Bye..." Aku terus meminta diri untuk beredar dari situ.

Keluar saja dari Secret Garden Bakery, kereta Fidzwan terparking elok di hadapan bakeri ini. Fidzwan kulihat sedang bersandar di pintu keretanya sambil memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar.

Aku tidak mengendahkannya. Sebalikya aku terus berlalu dari situ. Namun, namaku dipanggil lembut membuatkan aku mengalihkan pandangan ke arahnya.

Sebelah keningku dijongketkan. "Nak apa?" Soalku acuh tak acuh.

"Jom, naik sekali dengan abang." Ajaknya lembut.

Aku hanya menggelengkan kepalaku. Terus saja aku melangkah ke arah keretaku. Belum sempat ingin membuka kunci kereta, tanganku disambar dari belakang membuatkan aku terus mengalihkan padangan ke belakang.

Wajah tenang Fidzwan kurenung. Sungguh sejuk untuk diapandang. Mataku tidak dapat bertahan lama lalu aku terus melarikan anak mataku ke arah lain. Kekok rasanya tika ini.

"Sayang... Please. Balik dengan abang." Rayu Fidzwan. Wajahku ditenungnya.

Aku tidak menjawab. Sebaliknya hanya mengeras seperti batu. Fidzwan mendekatkan tubuhnya denganku. Aku tidak mengundur. Kakiku seperti sudah digam dengan kuat.

"Sayang... Look at me." Fidzwan meraih daguku membuatkan mataku dan matanya bertembung.

"If you love me, please, balik dengan abang. If you doesn't love me, just go." Ujarnya lembut.

Aku tidal membalas kata-katanya. Lidahku bagaikan kelu tika ini. Aku melarikan anak mata apabila anak mata Fidzwan menikam tepat ke dalam anak mataku.

"Kenapa tak pergi balik lagi? Hmmm?"

"Kenapa diam? Pergilah balik. You don't love me, right? So, just go."

"Why you're still here huh?"

Air mata yang sudah tidak dapat ditahan lagi terus mengalir laju membasahi kedua-dua belah pipiku. Dalam masa yang sama, aku terus memeluk Fidzwan seerat-eratnya.

Fidzwan seperti terpaku apabila aku memeluknya buat kali pertama. Tidak terkata dibuatnya.

"Fidzwan... I love you." Ujarku dalam keadaan sedu-sedan.

Lambat-lambat Fidzwan membalas pelukanku. "I love you too, sweetheart..." Ucap Fidzwan.

Ya Allah. Terima kasih kerana telah membuka hatiku agar aku menerima Fidzwan Iskandar. Aku dapat menerimanya dengan ikhlas, bukannya paksa. Sungguh, aku tidak dapat pendam lagi perasaan ini.

I love you, Fidzwan Iskandar.

I love you, Fidzwan Iskandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hey hey guys. Mesti semua tertanya-tanya kan kenapa saya lama tk update 😁 Padan muka korang hehew. Vote and comment tau kalau tak tk update dh.😋

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now