Bab 17

7.8K 294 7
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

"ASSALAMMUALAIKUM, mama..." Aku memberi salam. Daripada berdiri, aku duduk di atas katil. Demam tak kebah lagi. Duduk dalam bilik jrlah jawabnya.

"Waalaikumsalam...Nina, Nina sihat tak?" Soal mama di hujung talian.

"Erm...Tak sihatlah, mama. Nina demam...But nanti kebahlah tu..." Balasku. Suaraku sedikit serak tika ini. Elok demam, suara pulak macam ada tak ada je. Haih...

"Nina demam? Kesiannya anak mama ni...Iwan tahu tak lagi? Berapa hari dah demam? Dah pergi klinik? Dah makan ubat" Soal mama bertubi-tubi. Amboi! Banyaknya soalan mama tanya. Huhuhu. Sayang ni.

Aku meletakkan kepala di atas bantal. Terasa berat pula kepala ini. Comforter kutarik sehingga paras pinggang. Terasa dingin sahaja ketika ini. Padahal, kipas pun aku tak bukak.

"Dia dah tahu. Dah 2 hari. Tak, but Fidzwan dah beli ubat. Baru je makan tadi..."

Mama menghembus nafas lega. Risau betul ye dia. Biasalah. Mama mana tak sayang anak yang dia lahirkan? Kalau ada tu, memang aku bunuh dia. Tak sayang anak. Betapa bodohnya orang itu. Okay, just kidding.

"Mama, mama dengan papa sihat?"

"Alhamdulillah. Kami sihat dan afiat kat sini. Nina tu, jaga kesihatan. Makan juga walaupun tak ada selera. Makan ubat jugak. Mama risau..." Nasihat mama.

Aku tersenyum sedikit. "Alright. But, kalau makan tu...memang Nina tak makan pun. Hehehe..."

"Nina, kalau Nina tak makan, mama tak nak belikan handbag Gucci limited edition tu kat Nina bila kami balik Malaysia."

Uish! Mama main ugut-ugut pulak. Handbag Gucci limited edition tu! Mana boleh kalau mama tak belikan untuk aku. Wajib beli. Sebab aku ni peminat Gucci. Macam Huang Zi Tao pulak.

"Okay! Okay! Nina akan makan nanti. Dengan syarat mama belikan handbag Gucci limited edition tu kat Nina. Deal?" Ujarku.

Dapat kudengar mama ketawa kecil di hujung talian. "Iyalah. Tapi kalau mama tanya Iwan, dia kata Nina tak makan, mama takkan beli handbag tu." Ujar mama. Sisa tawanya masih kedengaran walaupun agak perlahan.

"Ye, okay. Mama, nanti Nina call balik? Nina nak tidur...Berat sangat dah kepala ni."

"Ha, iyalah. Bye, assalammualaikum." Mama memberi salam sebelum mematikan talian.

"Waalaikumsalam..."

Telefon pintarku aku lempar ke sebelahku. Main lemlar je aku ni. Kalau jatuh dari katil, menangis tak berlagu karang. Aip! Ada pulak aku cakap macam. Percakapan kita ni kan bagaikan doa. Termakbul doa tu kang apa pun tak jadi.

Elok saja aku memejamkan mata, ada satu telapak tangan diletakkan di dahiku lembut. Terkejut punya pasal, terus saja aku membuka mata. Dia lagi? Bila masanya dia balik? Aku tak dengar bunyi pintu pun.

Pada tubuh Fidzwan masih lagi dilengkapi dengan kemeja putih dan kot hitam yang diletakkan di atas lengan kirinya. Tahulah aku bahawa dia baru saja pulang dari pejabat.

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now