Bab 18

7.7K 269 16
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

ALHAMDULILLAH. Demamku sudahpun kebah. Hari ni, aku sudah boleh pergi kerja. Rindunya dengan bakery aku tu. Empat hari terperap je dalam rumah. Bosan.

Aku membetulkan sedikit shawl chiffon berwarna sky blue di kepala. Kekudian, aku melangkah masuk ke dalam Secret Garden Bakery ini. Kelihatan Isya sedang rancak bersembang dengan kekasihnya, Azri.

Amboi! Mamat tu tak pergi office lagi ke? Ambik MC je tahu. Then bila gaji kena potong, muka mengalahkan mangkuk tandas. Tak cukup mangkuk tandas, macam loji kumbahan air pulak. Hahaha!

Aku melangkah tenang ke arah dua sejoli itu. Mereka masih tidak perasan akan kehadiranku. Apabila sudah sampai di meja kaunter itu, aku menampar kuat meja kaunter itu. Terinjut sedikit bahu mereka dek terkejut.

"Hah! Orang kerja, koranh dating! Isya! Gaji ksu aku potong 30%." Ujarku dengan selamba.

Terlopong Isya dibuatnya. Hah, tahu terkejut. Padan muka! Dating lagi kat bakery aku ni. Mendapatlah kau.

"Apa ni, Nina?! 30%?! Banyak tu...!" Rungut Isya. Azri pula sudah ketawa kecil melihat wajah Isya yang sudah serupa asam jawa.

Aku menjelirkan lidah ke arahnya. "Do I care? Tak kira, gaji kau kena potong. Azri, silalah pergi ke pejabat anda sekarang. Sekian terima kasih. Daripada Nina yang comel ini." Aku terus masuk ke bahagian dapur.

Kedengaran Isya menghentak-hentakkan kakinya tanda protes. Azri? Dia terus blah dari situ. Isya panggil dia, dia buat-buat tak dengar je. Apa punya boyfriendlah...

Masuk saja ke dapur, ada satu kabus mara ke arahku. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Kabus tu adalah tepung. Ya. Tepung gandum yang dibaling oleh Aira. Tepung gandum tu habis, siap kau Aira. Aku cincang-cincang kau, Aira!

"AIRA AMEENA!!! Apasal kau baling tepung kat aku?! Kalau habis tepung tu, siap kau aku kerjakan!" Aku memarahi Aiea yang sedang ketawa terbahak-bahak. Lawak sangat ke aku kena baling dengan tepung ni? Hok aloh.

"Hahahaha! Relaks la. Aku saja je. Menyambut kedatangan pemilik and bakery yang dah empat hati tak datang kerja." Ujar Aira dengan selamba badaknya.

Tu perli ke apa? Kurang asam betul! Sanggup dia perli boss dia ni. Takpe. Aku potong gaji kau jugak, Aira. Kau dengan Isya dua-dua kena potong gaji. Biar padan muka korang!

"Dengan ini saya mengumumkan bahawa gaji Isya Hanani dan Aira Ameena akan dipotong sebanyak 30%. Sekian, terima kasih."

Selepas mengatakan hal itu, mulut Aira ternganga luas. Matanya sudahpun terlopong. Heh, baru kau nak besarkan mata tu ye.

Terus saja aku mencapai apron yang tergantung di dinding. Tanpa menghiraukan Aira yang dah bising macam lalat, terus saja aku mengambil bahan-bahan untuk membuat macaroon. Favourite Fidzwan ni.

Eh, jap jap! Macam mana aku tahu dia suka macaroon? Erm...Lupa dah. But, aku tahu dia suka macaroon. Whatever! Bukan untuk dia seorang je, untuk cutomer lagi.

♡♡♡

SEORANG jejaka yang segak berpakaian kemeja hitam, lengan dilipat sehingga paras siku berasa rimas dengan seorang gadis yang sedang erat memeluk lengannya. Buat kali pertama dia rimas apabila ada gadis memeluk lengannya.

Wajah gadis itu ditenungnya. Menyampah! Itulah perkataan yang bermain di dalam hatinya tika ini. Mahu saja dia meninggalkan gadis itu. Namun, gadis itu memeluk erat lengannya.

"Clara. Lepaslah. Jangan peluk lengan I, please..."

Clara memandang wajah Fidzwan. Dahinya dikerutkan. "You dah kenapa? Selalunya aku peluk lengan you, you tak marah pun. Now, tiba-tiba je. Peliklah you sekarang ni..."

Fidzwan hanya memutarkan bebola matanya. Dia mengeluh. Takkan nak cerita semuanya dekat Clara sekarang? Aish! Jangan! Lebih baik rahsiakan dulu, gumam Fidzwan di dalam hati.

"Ermm... I just tak selesa. Can we go home? Cause I rasa penat sangatlah..." Fidzwan mengeluarkan telefon pintar yang berada di dalam kocek seluarnya. Ternyata ada panggilan masuk.

Fidzwan membuat isyarat kepada Clara bahawa dia perlu menjawab panggilan itu. Clara dengan tidak relanya menganggukkan kepalanya.

Fidzwan menuju ke satu ruang yang tiada orang di situ. "Hello, bro! Apasal call aku?" Soal Fidzwan sebaik sahaja telefon pintarnya melekap di telinga kanannya.

"Aku just nak cakap yang malam ni kita ada dinner dengan V.I.P. dari Seoul tu. Buat dekat Butterfly Ballroom. But, syaratnya aku tak sure boleh ke tak kau ikut." Ujar Syaz di hujung talian.

"Hah, cakaplah."

"First, temanya kena pakai topeng. Ni kira ala-ala party ballroomlah. Second, kau kena bawak your wife..." Perlahan saja suara Syaz memberitahu ayat yang terakhir itu.

Riak wajah Fidzwan terus berubah. "What?!"

Agak kuat juga suaranya tika itu. Cepat-cepat dia melihat sekeliling. Nasib baik tiada orang. Kalau tidak, buat malu je.

"Why I need to bring my wife?" Soalnya. Eh, mengaku wife dah ke Mr. Fidzwan Iskandar?

"Diorang nak tengok your wife. Macam mana diorang tahu kau dah kahwin pun aku tak tahu. Serious bukan aku yang bagitau. Tup tup diorang suruh kau bawak Nina sekali." Balas Syaz.

Fidzwan mengeluh. Fikirannya serabut. Macam manalah V.I.P. tu boleh tahu dia sudah pun berkahwin. Syaz bagitau? Tidak mungkin! Kaean baiknya itu tidak akan sesekali memberitahu tentang statusnya tanpa kebenaran darinya.

"Erm...Tengoklah macam mana. Malam nanti jumpa kat ballroom tu. Bye!" Fidzwan mematikan talian. Dia terus keluar dari mall itu. Dia tidak teringat langsung bahawa Clara masih menunggunya.

 Dia tidak teringat langsung bahawa Clara masih menunggunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote & Comment.
Abaikan typo.

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now