ENCIK PLAYBOY SUAMIKU
AKU turun dari katil dengan perlahan-lahan. Tidak mahu ganggu Fidzwan yang sedang nyenyak tidur. Tombol pintu bilik kupulas lalu aku keluar dari bilik. Pintu bilik kututup perlahan-lahan.
Kakiku melangkah menuruni anak tangga. Aku menuju ke dapur. Aku membuka peti sejuk. Air oren tropicana kukeluarkan lalu aku meletakkannya di atas meja. Aku mencapai mug. Air oren kutuang ke dalam mug itu separuh.
Haus!
Aku menuang lain air oren itu sehingga mug itu penuh. Tidak tahulah kenapa aku haus sangat. Tengah-tengah malam pulak tu. Jarang la aku terjaga sebab haus.
Aku menyimpan air oren itu. Perutku berkeroncong. Aduh! Lapar pulak dah. Nak makan apa? Maggie? Roti? Ahh roti la. Fidzwan tak bagi aku makan Maggie. Katanya tak elok.
Habis, apasal dia beli Maggie tu masa beli barang dapur? Aku tengok elok je lagi. Bukak pun tak. Baik tak payah beli. Hadoii membazir je.
Aku mengambil dua keping roti lalu aku meletakkannya di atas pinggan. Aku menyapukan roti itu dengan peanut butter. Sedap apa kan? Janji kenyang. Kenyang je an makan roti. Bagi aku la. Bagi orang lain aku tak tahu.
"Sayang..."
Suara seseorang itu membuatkan aku mendongakkan wajah sedikit. Dia terjaga la pulak. Kuat sangat ke aku letak pinggan mug ni tadi? Sampai dia terjaga.
"Abang... Kenapa abang turun?" Soalku apabila Fidzwan mengambil tempat di sebelahku.
"Sayang takde kat sebelah. Pukul berapa?"
"12.30 pagi." balasku sambil menutup bekas peanut butter.
Fidzwan meraup wajahnya. Matanya dipejamkan. "Abang ada meeting pagi esok..." ujarnya perlahan.
"Abang pergi la sambung tidur. Jangan tunggu Nina." kesian sangat aku tengok Fidzwan ni. Mengantuk sangat aku tengok. Sudah la dia ada meeting esok.
Fidzwan menggeleng perlahan. Dia meletakkan kepalanya di atas meja. "It's okay. Makanlah. Abang tunggu..."
Aku rasa serba salah pulak. Fidzwan, jangan la degil. Mata tu dah macam panda dah. Aku suruh tidur dulu, dia tak nak. Esok mengantuk macam mana? Haih...
Aku makan roti ini dengan cepat. Bukan la gelojoh. Cuma, makan cepat je. Sebab selalunya aku makan boleh tahan lambat. Ni pun sebab aku kesian dekat Fidzwan yang dah tertidur dekat meja makan ni. Haih... Inilah mengorbanan seorang suami. Sanggup tunggu isteri dia. Wuu terharu aku.
Sekejap saja aku sudah menghabiskan roti itu. Aku menuju ke sinki untuk membasuh tangan dan mug. Kemudian, aku menuju ke arah Fidzwan. Aku mengejutkannya.
"Abang... Jom, tidur kat atas." Aku menepuk bahunya lembut.
Fidzwan mencelikkan matanya. "Hmmm..."
Terus saja aku memeluk lengannya. Takut dia tak nampak sangat la nak jalan tu. Mata dia merah. Nampak sangat dia tidur betul. Fidzwan, Fidzwan...
***
KATIL yang tidak dikemas lagi itu kukemas. Aku menepuk bantal-bantal yang ada di atas katil itu. Fidzwan sedang bersiap untuk ke tempat kerjanya. Fidzwan datang ke arahku. Aku memandang pelik ke arahnya.
"Kenapa?" soalku.
"Tolong ikatkan tie ni, boleh?" soal Fidzwan sambil tersenyum.
Aku membalas senyumannya itu. Ingatkan apa la tadi. "Boleh je. Meh sini."
Aku pun mengikat tie itu dengan cermat. Fidzwan asyik tersenyum-senyum saja dari tadi. Namun, itu sudah biasa. Aku pun dah tak rasa kekok dengan dia. Cuma, ada la kadang-kadang tu asyik blushing.
"Dah siap." Aku memakaikan kot pada tubuh Fidzwan. Aku membetulka sedikit kot itu sebelum kami berdua turun ke bawah.
"Abang nak makan dulu ke?" soalku sebaik saja kami turun ke tingkat bawah.
Fidzwan menggelengkan kepalanya. "Takpe la. Abang nak diet. Nanti gemuk sebab asyik nak makan masakan sayang je."
"Diet konon. Nanti balik dua kali tambah nasi." Aku mencuit bahu Fidzwan sambil ketawa kecil.
"Siapa suruh masak sedap sangat? Abang terliur je tengok." ujar Fidzwan sambil memakai kasutnya.
"Okay. Lepas ni Nina masak tak sedap. Hangit, tawar, terlebih masin. Haa, okay?" soalku sambil ketawa kecil apabila Fidzwan ketawa.
"Takpe. Tengok sayang pun dah kenyang."
Fidzwan memeluk pinggangku. Kami berdua menuju ke pintu. Aku mengucup tangan Fidzwan. Fidzwan menarikku merapatinya lalu sebuah kucupan hinggap di dahiku.
"Jangan diri. Jangan mata tu sekali." ujarku.
Fidzwan ketawa kecil. "Ye, abang sentiasa jaga. Nina pun, jangan nak rapat sangat dengan lelaki lain."
Aku menganggukkan kepala. "Pergi la cepat. Lambat nanti." Aku menolak tubuh Fidzwan perlahan.
"Kiss?"
Alaa mengada pulak dia hari ni. Aku mendekatkan wajahku dengannya. Aku terus mencium pipinya. Fidzwan tersenyum manis.
"Bye~ I love you."
"I love you too."
Fidzwan menghidupkan enjin keretaya. Kemudian, keretanya perlahan-keluar keluar dari pengkaran rumah. Aku menutup pintu. Hari ni cuti. Sebab Isya balik kampung melawat mak ayah dia. Aira pulak ada hal keluarga.
Nak buat apa sekarang ni? Nak kemas rumah, macam takde apa nak kemas. Baju pun aku dah basuh awal-awal. Sidai pun dah. Ala, sikit je baju. Dua orang je duduk dalam rumah ni.
Aku mencapai telefon bimbitku. Nombor mama didail. Lama tak call. Rindu pulak. Tidak sampai sepuluh saat, mama sudah mengangkat panggilanku.
"Assalammualaikum, Nina. Ya Allah! Lama Nina tak call. Mama rindu." Mama memberi salam.
"Waalaikumsalam. Sorry la sebab lama tak call. Time tak kena. Nina pun rindu mama." balasku.
"Dah rindu, datang la rumah mama. Ajak Iwan sekali." ujar mama.
Aku tersenyum kecil. "Nina kena tanya dia dulu la. Erm, mama sihat?" soalku. Lupa pulak nak tanya tadi.
"Alhamdulillah, sihat. Nina?"
"Nina sihat je. Takpe la mama. Nina nak tanya Iwan dulu. Kalau dia bagi greenlight, hari ni jugak Nina pergi. Mama tunggu je." ujarku.
"Haa ye la. Mama letak dulu ye? Bye, assalammualaikum."
"Waalaikumsalam. Bye ma..."
Aku terus mematikan talian. Sungguh aku rindu mama dengan papa. Lama tak jenguk diorang. Aku menghantar pesanan ringkas kepada Fidzwan. Nak call, dia kan ada meeting. Baik mesej je. Nanti dia tengok la mesej tu.
Bersabarlah. Dah tak lama pun cerita ni. Lagi 6 chap je. 6 atau 8 chap macam tu la. Ok la ye gais kite chaw dulu. Annyeong~!^^
YOU ARE READING
☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
RomanceEgolah macam mana sekalipun, bila hati dah suka ego tu turun juga. Hati juga bila dah mula sayang tidak dapat diubah. . . Was ' Encik Playboy Suamiku' ©2017