ISTERI MAMAT PLAYBOY
AKU mencelikkan mataku sedikit. Kepalaku terasa sedikit berpusing. Mungkin sebab menangis terlalu banyak semalam?
Terasa ada tangan melingkar pada pinggangku. Aku mula cuak apabila tangan itu beralih ke dadaku. Terus saja aku menepis tangan itu kasar. Aku memandang ke sebelah kananku.Fidzwan! Matanya dibuka sedikit apabila aku menarik comforter sehingga paras dada.
"Kau kenapa?" Soalnya sambil mengerutkan dahi.
"A-awak...buat a-apa dekat...sa-saya semalam..?"
Tergagap-gagap aku bertutur. Aku tak nak dia mengapa-apakan aku. Aku tak nak juga dia sentuh aku. Walaupun kami ini sudah sah menjadi suami isteri.
"Ada aku buat apa ke kat kau? Pakaian kau ada lagi kan?" Soalnya sinis.
Aku terus melihat tubuhku. Fuhh! Selamat! Nasib baik dia tak terkam aku semalam.
Aku bangun daripada perbaringan. Ya Allah! Baru aku perasan dia tak pakai baju. Terus saja aku mengalihkan pandangan ke arah tingkap yang masih lagi dilindung langsir.
"Awak ni tak reti nak pakai baju ke apa hah?"
Suka hati dia je. Nak bagi aku tengok? Sorry. Aku tak tergoda pun. Tengok Fattah Amin punya tergodalah. Eh? Apa yang kau merepek ni Nina?
"Suka hatilah nak pakai baju ke tak? Kau sibuk kenapa?" Sinis saja kata-kata Fidzwan itu.
Aku hanya merengus kasar. Tuala disambar lalu aku terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
♡♡♡
"Kau tak pergi kerja ke?" Soal Fidzwan sebaik saja dia berada di anak tangga yang terakhir. Aku hanya membuat derk saja.
"Hoi kau dengar tak?" Soal Fidzwan keras.
Mungkin geram kerana aku tidak melayannya. Lantaklah kat kau! Peduli apa aku. Urusan aku jangan nak kalutlah. Sibuk!
"HUSNINA ANIS!!" pekik Fidzwan betul-betul di telingaku. Ya Allah! Pekak karang aku ni. Haih! Sepak kang naya kot.
"Ish! Awak dah kenapa? Kalau ada kat rumah ni tak kerjalah!" Marahku.
Fidzwan terus berlalu pergi. Macam tu pulak? Apasal mangkuk sangat si Fidzwan tu? Dah jerkah kat telinga aku then blah macam tu je? Memang padanlah dengan mangkuk. Mangkuk ayun!
"Ni, jangan nak buat sepah dalam rumah ni. Understand?" Laa. Ingatkan blah dah mamat playboy ni.
Aku hanya membuat rolling eyes. Fikir aku ni budak-budak 5 tahun lagi? Excuse me. Aku dah besarlah. Tak payah bagitau pun tak apa. Pandai-pandai akulah. Kau just pergi kerja. Dah, settle.
"Kau dengar tak?" Soalnya dingin.
"Ya ya, dengar! Dah pergilah kerja."
Selepas berkata begitu, terus saja Fidzwan berlalu pergi. Aku menghela nafas lega. Boleh jadi gilanaku kalau duduk dengan mamat playboy tu lama-lama.
Now, aku nak buat apa? Haih. Nilah masalah duduk rumah besar sorang-sorang. Nak tengok TV, tak ada cerita best. Kemas rumah? Bersih je. Macam satu haram habuk pun tak ada.
Tanpa membuang masa, terus saja aku menuju ke dapur. Tiba-tiba ada mood nak masak. Tapi kan, mamat tu beli ke barang masakan?
Aku membuka peti sejuk. Fuyoo! Playboy pun ada beli barang masakan ke? Baru saja aku ingin mengambil bahan-bahan untuk memasak, kedengaran telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Terus saja aku mengeluarkan telefon bimbitku dari poket seluar.
📩 Mamat Playboy
-Tak payah masak. Aku makan kat luar.Ceh. Aku baru nak masak. Ahh! Lantaklah! Aku nak buat kek. Kek red velvet. Sedap woo. Terus saja aku mengambil bahan-bahan untuk membuat kek red velvet. Nasib baik ada.
Hai guys! Sorry lama tak update and sikit je update hari ni. Author sakiy kepala ni.😷 VOTE and COMMENT!
P/s: Abaikan typo
YOU ARE READING
☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
RomantizmEgolah macam mana sekalipun, bila hati dah suka ego tu turun juga. Hati juga bila dah mula sayang tidak dapat diubah. . . Was ' Encik Playboy Suamiku' ©2017